Ahad, 18 November 2012

Pak Ya Homestay Cantik, Tapi blog tak Cantik?

with 12 comments
Syukur Alhamdulillah...

Hampir kesemua pengunjung yang menyewa Pak Ya Homestay, mengatakan Pak Ya Homestay cantik... 

Saya percaya luahan tersebut terbit secara ikhlas dari hati para penyewa Pak Ya Homestay.. Dan saya dan isteri juga turut mengakui kecantikan Pak Ya Homestay semasa pertama kali kami menjejakkan kaki ke rumah tersebut... setelah pulang dari Mukah Sarawak kira-kira dua tahun yang lalu.. 

Indah rupa dari khabar!!.. Itulah yang dapat saya perkatakan pada ketika itu, apabila melihat sendiri pak Ya Homestay buat kali pertama.. 

Ini semua berkat usaha ayah saya yang telah bersusah payah membangunkan dan menjaga Pak Ya Homestay daripada dulu sehingga kini.. Saya dan isteri hanya menyediakan budget sahaja.. 

Jadi pujian tersebut seharusnya diberikan kepada ayah mertua saya yang sememangnya pakar dalam bab-bab menghias rumah dan membuat perabot.. Terima kasih ayah mertuaku.. ;)   



Sumber : (Klik Di Sini)

Saban hari ada sahaja para penyewa yang memuji kecantikan Pak Ya Homestay..  Alangkah indahnya sekiranya mereka juga turut memuji kecantikan Blog Coretan Anuar yang berusaha keras mempromosikan Pak Ya Homestay.. Hehehe..

Tapi perkara tersebut mungkin tidak akan berlaku.. Disebabkan saya sendiri dapat "menilai baju yang saya pakai".. Betul tak?

Saya sedar, dari segi paras rupa Blog Coretan Anuar memanglah tidak cantik.. Tapi dari sudut lain, mungkin ada kecantikannya.. Jadi saya harap, orang ramai tidak menilai blog Coretan Anuar dari satu sudut sahaja..

Terima kasih saya ucapkan kepada anda.. kerana terus setia membaca Blog Coretan Anuar..

Sebagai tanda penghargaan terima kasih di atas sokongan yang anda berikan.. Saya  dengan sukacitanya menjemput anda menulis satu entri bebas berkaitan Pak Ya Homestay di blog anda.. Anda boleh mengambil gambar-gambar Pak Ya Homestay yang terdapat di blog ini untuk diletakkan dalam entri tersebut..

Setelah anda selesai menulis entri tentang Pak Ya Homestay, letakkan url entri tersebut di ruangan komen entri ini.. 

10 blog pertama yang berjaya menyelesaikan tugasan ini, akan mendapat wang tunai RM10 seorang.. Selamat mencuba ;)


12 ulasan:

  1. Semoga perniagaan Pak Ya Homestay akan terus maju selepas ini dan bertambah bilangan unit homestaynya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bro.. Semoga bro pun berjaya dalam bidang yang diceburi...

      Padam
  2. paras rupa blog tak penting, yang penting isi

    BalasPadam
  3. join ^_^ :: http://medical-chenta.blogspot.com/2012/11/pak-ya-homestay.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah.. Anda peserta pertama.. Anda layak memenangi hadiah yang ditawarkan..

      Padam
  4. semoga perniagaan bro terus sukses di masa akan datang.. tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Semoga donnyien pun berjaya dalam semua bidang yang diceburi...

      Padam
  5. plg utama isi. rupa paras hanya bonus. hehehe
    homestay plg utama bersih. kalau bersih pasti selesa kan?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra