Selasa, 27 November 2012

Jualan Pesta Buku Terbesar Di Malaysia: 3 juta buku Dijual pada Harga Diskaun sehingga 95%

with 8 comments
Jualan Pesta Buku Terbesar di Malaysia akan bermula tidak lama lagi.. Wah Bestnya!!!




Tentu ramai peminat-peminat buku yang tidak sabar untuk mengunjungi Pesta Buku ini, yang menawarkan harga buku Diskaun sehingga 95%.. 95%!! banyak tu.. 

Pastinya saya tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini.. Rasa tak sabar nak tarik troli dan pilih buku-buku yang diminati.. ;)

Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, Pelaburan ke atas ilmu adalah pelaburan paling menguntungkan sepanjang zaman.. Jadi inilah masa terbaik untuk mendapatkan buku yang kita minati pada harga yang murah.. ;)

Pesta buku ini dikenali sebagai Big Bad Wolf Book yang akan diadakan pada 7-23 Disember 2012 yang bertempat di Mines Convention Centre..


Terdapat 3 juta buku yang akan dijual sepanjang berlangsungnya Pesta Buku ini.. Tentu rambang mata melihat koleksi buku yang terdapat di sana.. ;)

Sumber : klik Di Sini

Sebanyak 3 juta buku akan dijual pada harga diskaun sebanyak 75%-95% dalam tempoh 2 minggu.. Tentu ramai peminat buku akan "menyerbu" Mines Convention Centre dalam tempoh tersebut..


Saya dan isteri telah pun membuat perancangan untuk mengambil cuti pada 7 Disember ini, sempena hari pertama pembukaan Big Bad Wolf Book Sale ini.. Menurut rakan saya yang gemar mengunjungi Pesta Buku, biasanya hari pertama tak berapa ramai orang.. Lebih-lebih lagi tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja, dan hari Jumaat.. ;)

Insya Allah.. Sekiranya tiada sebarang masalah, adalah rezeki kami dapat berkunjung ke sana pada hari pertama pembukaan.. Kalau tak ada rezeki pada hari pertama, dapat pergi hari berikutnya pun tak apa.. Takkan lari gunung dikejar... hehehe..

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengunjungi Pesta Buku Ini, anda boleh mengunjungi Mines Convention Centre dalam tempoh masa tersebut (7-23 Disember 2012).. Cara nak mengunjungi Mines Convention Centre mudah sahaja.. Anda boleh mengikuti peta ringkas di bawah.. ;)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Big Bad Wolf Books, sila layari page Facebook mereka di url berikut:  https://www.facebook.com/bbwbooks

8 ulasan:

  1. " 3 juta buku akan dijual pada harga diskaun sebanyak 75%-95% dalam tempoh 2 minggu" .. whoaaaaa... memang menarik betul ni. Kena cari jalan untuk pergi..

    BalasPadam
  2. best tu.....kalo diskuan sampai 95%, amat menguntungkan

    BalasPadam
  3. wak pon dh lama X gi The Mines.. uuHUu

    BalasPadam
  4. buku baru..takdenya sampai 95%..mesti buku lama nih. haha..

    BalasPadam
  5. nak pegi ari ni.. tapi dengar banyak buku bi.. ye ke..

    BalasPadam
  6. eh sampai 23 je ? laaa dah habis lah ni.. ruginya dapat tahu lambat.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra