Selasa, 16 Oktober 2012

Pekej Percuma Kembara Kemboja 4 Hari 3 Malam Dengan Equrban

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Bila sebut hari raya korban, kita akan membayangkan orang ramai termasuk jiran tetangga dan sahabat handai bergotong-royong untuk melaksanakan ibadah Korban.. 

Ibadah korban dilaksanakan dengan menyembelih haiwan Korban pada hari raya AidilAdha dengan tujuan untuk beribadah dan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tetapi persoalannya sejauh manakah ibadah korban ini difahami dan dihayati oleh generasi muda pada hari ini? Berapa ramai generasi muda pada hari ini yang sanggup mengorbankan wang beberapa ratus ringgit bagi satu bahagian ekor lembu untuk melaksanakan ibadah Korban?

Untuk menggalakkan orang ramai terutamanya golongan generasi muda melaksanakan Ibadah Korban..Blog Denaihati  telah menganjurkan satu kempen.. Package Percuma Kembara Kemboja 4 hari 3 malam + Duit Kocek RM300 sekiranya anda berjaya mendapatkan tempahan sekurang-kurangnya 35 bahagian @ 5 ekor lembu melalui laman web equrban (klik di sini)


Ada Pertanyaan?? (Klik Di Sini)


Satu pekej yang sangat menarik.. Sungguh pemurah hati tuan Denaihati kita ini.. Semoga beliau terus dimurahkan rezeki..

Bagaimana caranya untuk menyertai kempen tersebut?

Pertama sekali, anda perlu mendaftar sebagai rakan niaga eQurban.. Anda boleh melayari link www.eQurban.com Untuk membolehkan anda membuat Duit Sambil Beramal..  

Laman web eQurban diwujudkan oleh pihak EQURBAN RESOURCES SDN BHD untuk menjual lembu dan kambing bagi tujuan Qurban dan Aqiqah di Kemboja. 

Setiap Rakan Niaga akan diberi ‘Link Affiliate’ dan juga bahan-bahan promosi secara percuma termasuk artikel, banner pelbagai saiz dan lain-lain. Bahan-bahan promosi tersebut boleh diletakkan di blog atau laman web masing-masing. 

Bagi anda yang tiada mempunyai blog atau laman web, anda boleh menyertai cabaran ini dengan mempromosikan link affiliate anda menerusi facebook, twitter, email, Youtube dan sebagainya..

Apabila ada orang mendaftar membeli lembu atau kambing melalui ‘Link Affiliate’ anda secara automatik sistem akan merekod sumber jualan dan pihak eQurban.com akan membayar komisyen kepada Rakan Niaga tersebut.

Menarik bukan??

Dengan adanya sistem rakan Niaga eQurban ini secara tidak langsung akan menggalakkan orang ramai menyebarkan maklumat tentang ibadah korban.. Di samping membolehkan anda mendapat sedikit komisyen untuk sedekahkan ke masjid, atau boleh juga gunakan komisyen tersebut untuk melaksanakan ibadah Qurban di Kemboja untuk diri sendiri.

Harga Qurban di Kemboja melalui eQurban.com adalah seperti berikut:
  • 1 Ekor Kambing = RM550
  • 1 Bahagian Lembu = RM230
  • 1 Ekor Lembu = RM1,600
Saya percaya ramai generasi muda pada hari ini mampu untuk melaksanakan ibadah Korban tersebut.. Buktinya Tengok kereta yang mereka pakai.. Ramai anak muda hari ini mampu membeli kereta berjenama luar negara.. 


Ada dalam kalangan mereka yang memakai kereta BMW, Mercedes, Honda, Mitsubishi, Toyota, Nissan dan lain-lain..  Kemudian ditambah pula dengan koleksi gadget yang ada pada diri mereka.. kebanyakannya bernilai seribu ringgit ke atas.. Ini menunjukkan kehidupan mereka mewah dan mampu melaksanakan Ibadah korban ini.. 

Cuma kesedaran perlu diterapkan dalam diri mereka.. Tentang betapa pentingnya kita melaksanakan ibadah Korban.. 

Insya Allah.. Kesedaran tersebut akan datang kepada mereka melalui Hidayah daripada Allah S.W.T..

Tetapi hidayah tersebut tidak akan datang dengan sekelip mata.. Ianya perlu disampaikan melalui orang perantaraan seperti para pendakwah, khatib yang membaca khutbah di mimbar jumaat, para ustaz, risalah, poster, dan tidak ketinggalan juga para penulis blog yang sentiasa komited menyampaikan maklumat.. 

Ya.. blogger juga turut berperanan sebagai pendakwah secara tidak langsung dalam mengajak manusia untuk melakukan kebaikan.. ;)

Sebagai seorang blogger, Saya menjemput rakan-rakan untuk berkongsi info tentang ibadah Korban di blog anda.. Dengan perkongsian info tersebut diharap dapat menarik minat orang ramai khususnya generasi muda untuk turut bersama mengambil bahagian dalam melaksanakan ibadah korban.. 

Kita perlu meyakinkan mereka bahawa ALLAH SWT akan memberi ganjaran yang terlalu banyak kepada mereka yang melaksanakan ibdah korban. 

Kita juga perlu yakin bahawa Dengan melaksanakan Ibadah Korban, kita bukan sahaja dimurahkan rezeki tetapi turut diselesaikan berbagai masalah yang sedang melanda diri kita .. seperti masalah keluarga, masalah dengan pekerjaan, sakit atau masalah perniagaan..

Justeru itu, bagi sesiapa yang berminat boleh menempah atau daftar penyertaan Qurban sekarang secara online melalui laman web www.eQurban.com. (Langkah-langkah untuk membuat tempahan ada dinyatakan di dalam laman web tersebut).. 

Penyertaan Qurban tahun 2012 ni masih dibuka. Tarikh tutup penyertaan Qurban tahun 2012 adalah pada 19 Oktober 2012 (hari Jumaat). Layari laman web eQurban.com. untuk  mendapatkan maklumat lanjut.

4 ulasan:

  1. bagus untuk menarik generasi muda untuk menyertai aktiviti qurban nie

    BalasPadam
  2. jom sahabat ada masa lagi untuk buat ibadah korban dan saudara kita dikemboja amat memerlukan.

    BalasPadam
  3. bagus untuk generasi muda.. bila lagi kalau bukan sekarang..
    p/s; admin, jom teka benda di blog aku mana tau dapat top up free. link http://berita-harian.net/

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra