Sabtu, 20 Oktober 2012

Shabu Shabu Steamboat Manjung, Perak

with 6 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekiranya anda membawa keluarga bercuti di kawasan Pulau Pangkor, Teluk Batik, Manjung, Perak.. dan tercari-cari tempat menarik untuk makan.. Saya syorkan anda menjamu selera di Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, Lekir.. Restoran ini adalah antara tempat makan terbaik yang menjadi sebut-sebutan para pengunjung dari luar yang berkunjung ke sini..

Berdasarkan pengalaman saya.. Sekiranya anda berhajat untuk berkunjung ke Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, Lekir  .. Anda pelu merancang masa yang sesuai.. Sekiranya tersilap memilih masa berkunjung ke Restoran tersebut, anda mungkin terpaksa menunggu agak lama untuk berpeluang menikmati makanan yang anda 'order'.. ;)


Baru-baru ini, semasa saya bersama anak-anak dan adik-adik ipar berkunjung ke Manjung.. Kami mencuba destinasi jalan-jalan cari makanan seterusnya iaitu di Shabu Shabu Steamboat  di Manjung, Perak..



Shabu Shabu Steamboat terletak di kawasan belakang Kamdar Seri Manjung, Perak
Menu utama yang disajikan di Shabu Shabu Steamboat ini ialah aneka BBQ dan Steam Boat.. Selain daripada itu terdapat juga menu sampingan lain seperti nasi Goreng, mee Goreng, Bihun Goreng, maggi Goreng, kuih muih dan lain-lain..


Harga yang dikenakan oleh Restoran ini sangat berpatutan dengan kuantiti makanan yang boleh anda makan.. Makanlah apa sahaja di sini sekenyangnya dengan kadar harga for Luch RM12.90.. dan For Dinner RM18.90 per person.. Biasanya orang suka pergi time dinner.. Masanya lebih panjang.. Boleh datang dari jam 5 petang sehingga jam 11.30 malam.. Dalam tempoh tu bolehlah makan sepuas-puasnya sampai kenyang.. ;)


Dekat restoran ini anda kena layan diri sendiri.. Pandai-pandailah anda nak pilih makanan  yang anda suka.. Pihak restoran hanya menyediakan keperluan anda dekat pelbagai sudut yang terdapat di restoran ini..

Tempat minuman.. Boleh juga buat cendol, ais jagung dan ABC


Tempat Ais Krim.. Bukan anak saya jer yang suka.. Saya pun join sekaki.. ;)

Ada Kerang, Udang, daging, Ayam, Sotong, Fish Cake, Fish Ball, Ketam, Kepah dan lain-lain..


Pilih sahaja mana satu yang nak di Steam Boatkan.. Macam-macam ada..


Kalau tak cukup di sudut sana.. Meh datang ke sudut sini pula..


Macam-macam jenis 'source' ada.. Tinggal pilih jer.. 


Kuah Sup dan Kuah tomyam sudah menanti.. 

Untuk setiap periuk berserta dua kuah di dalamnya cuma kena cas RM4.00 sahaja (RM2 untuk sup + RM2 untuk Tomyam).. Jadi ada tambahan  sebanyak RM8.00 di sini..Tapi sekali dapat  pekena kuah dia, rasa nak makan lagi... Sedap... ;)

Senangnya nak jadi Chef dekat sini.. Masukkan jer makanan apa yang anda suka.. Semuanya jadi sedap.. 

Bersedia untuk makan.. Dah masak dah tu..

WiFi juga ada disediakan di Restoran ini.. 

Anda tidak boleh membazirkan makanan dekat sini.. Para pelanggan akan didenda sebanyak RM5.00 bagi setiap gram makanan yang tidak habis di makan.. Pastikan ukur makanan di perut sendiri.. Jangan mengambil makan disebabkan terlalu mengikut nafsu.. Tersilap strategi, nanti kena bayar lebih.. 

Sambil makan Steamboat, sambil makan Ais Krim..

Sudut ini yang paling saya suka.. Berpeluang mempraktikkan skill membuat ais jagung dan ABC..



Cukup menarik tak ABC ini?

Ruang solat pun ada disediakan di Restoran ini..
Dapatlah luangkan masa untuk bersolat, sebelum sambung makan semula

Sebelum dipengaruhi oleh nafsu untuk makan banyak-banyak.. Baca pesanan ini terlebih dahulu.. 

Haikal dan Maksu.. Apa yang sedang mereka fikirkan agaknya?


Mak Uda, Mama dan Adam..


Betapa seronoknya hati Mak Uda dan Mama dapat peluang makan di Shabu Shabu Steamboat 

Saya, isteri dan adik-adik ipar saya berpuas hati berkunjung le restoran ini.. Adam dan Haikal juga kelihatan turut gembira.. Mereka sempat makan dua biji telur tiga suku lagi, yang dimasak dengan menggunakan kuah tomyam.. Special tu.. hehehe..

Jadi, ini merupakan restoran kedua yang boleh saya syorkan kepada anda.. Sekiranya anda berpeluang untuk bercuti di sekitar Manjung, Teluk Batik, Lumut, Lekir dan kawasan yang sewaktu dengannya.. 

Harganya berpatutan.. Makanannya sedap..Banyak pilihan.. Cuma.. Anda kena ingat satu perkara.. Berhenti sebelum kenyang.. Nanti kalau dah terlalu kenyang, tak larat pula nak drive  kereta.. Terbaik daripada  Shabu Shabu Steamboat Manjung, Perak

6 ulasan:

  1. konsep restorant macam ni memang best n jadi tarikan.ABC tu memang menggiurkanlah

    BalasPadam
  2. hurmmm..... udah lamer benor tak balik perak nie....tetiba je rindu ngan SATAY ENDUT....hahahaha

    BalasPadam
  3. Dah lama sangat tak makan steambot ni. Tak pernah lagi makan steambot kat semenanjung. Dulu selalu makan steambot kat Sabah ja. Best. hehe. Kalau family kami makan steambot pun selalu buat dua kuah. Sebab ada yang suka pedas, ada yang tak.

    BalasPadam
  4. Minggu dpn becuti di teluk batik,bleh la nak try dinner kat cn...yummy

    BalasPadam
  5. Shabu2 nie ade lg ke kt manjung tu

    BalasPadam
  6. Kedai ni ada lagi ke kat manjung .kalau ada lagi berapa harga untuk dewasa dan berapa untuk kanak2

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra