Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Korban atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha. Pada ketika ini, saya percaya tentu ramai rakan-rakan kita yang telah mengambil cuti untuk pulang berhari raya ke kampung halaman.. 

Tentu sambutan hari raya AidilAdha di kampung lebih meriah berbanding sambutan hari raya di bandar.. Di Kampung Anak dan Cucu berkumpul beramai-ramai.. dan ini adalah masa yang terbaik untuk Si Atuk melaksanakan Ibadah Korban/ Akikah.. 

Bolehlah Si atuk mengerahkan tenaga anak dan cucu untuk bergotong-royong bersama orang kampung... "menewaskan lembu" dan seterusnya melapah daging korban/akikah.. Kata orang yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.. Alangkah Meriahnya kehidupan di kampung..;)

Pada masa tersebut bolehlah masing-maing saling berkenal-kenalan dengan anak dan saudara mara jiran tetangga.. Boleh bertukar-tukar nombor telefon untuk menambahkan kenalan.. Secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwah dan tali siratulrahim di antara kita.. 

Dua dalam satu.. Lembu berjaya diselesaikan, dalam masa yang sama dapat menambahkan kenalan.. Silap2 dapat mendirikan sebuah masjid.. Rezeki namanya tu.. ;)

Sebelum tibanya Hari Raya AidilAdha.. Seperti yang anda semua sedia maklum, esok merupakan hari Khamis bertarikh 9 Zulhijjah 1433 hijrah (tarikh dalam Islam)..Pada 9 Zulhijjah, umat islam disunatkan untuk berpuasa sunat (Dikenali dengan puasa sunat Arafah)..seperti yang terkandung dalam hadis nabi seperti berikut:  
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Antara kelebihan dan fadhilat puasa sunat Arafah pula ialah:
Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”

Jadi malam ni marilah kita bersama-sama berniat untuk menunaikan puasa sunat pada esok hari.. kalau tak tahu niat dalam bahasa Arab, niat dalam bahasa melayu pun jadilah..
"Sahaja Aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"
Semoga ibadah kita di terima oleh Allah S.W.T.. dan Alangkah indahnya sekiranya hari raya disambut dengan kemanisan beribadah.. Selepas itu, tentu berseri-seri rasa di hati apabila nak menghantar sms ucapan hari raya kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan..

Jadi di sini saya nak kongsikan Koleksi Ucapan Hari Raya AidilAdha yang pernah singgah di kotak sms telefon bimbit saya.. (Saya percaya koleksi sms ini juga mungkin pernah anda perolehi daripada kenalan anda..) 

Sumber : Klik Di Sini

=======================================================================
"Bila ayam dah tak selera makan,kambing pula resah,lembu pura2 buat gila,unta jer nampak cool,tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN"
=======================================================================
"ku pegang kau punya… kau pegang ku punya, ku ramas kau punya… kau ramas ku punya, ku goncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen), kemudian kita goyang bersama. itulah tanda kita bersalam mesra,
SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…"
=======================================================================
"Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkan! Pasti terjadi! Kita akan bemandi darah di sluruh negara. Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisau dll dr skrg hingga 19hb ini, Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.Slmt Hari Raya Qurban.."
=======================================================================
"Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHaSELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR."
=======================================================================

Inilah sahaja koleksi SMS terbaik yang pernah saya dapat setakat ini.. Sekiranya anda mempunyai lebih banyak koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha, bolehlah dikongsikan di sini dengan menulisnya pada ruangan komen yang disediakan..

Selamat Hari Raya AidilAdha.. 

P/S: Kalau makan daging korban tu, ingat-ingatlah dekat saya yer... hehehe..