Selasa, 11 September 2012

4 Tips yang Perlu Di Lakukan Untuk Lulus Peperiksaan Bertulis SPA

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak kongsikan 4 Tips yang diberikan oleh Team Tipsptd untuk lulus Peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41..

Dengan mengikuti keempat-empat Tips yang diberikan ini diharap dapat memberikan anda sedikit semangat untuk menghadiri peperiksaan tersebut yang akan diadakan pada 15 September ini.. Dan saya doakan semoga anda dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang dan berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut..

Tanpa membuang masa di sini saya kongsikan 4 tips tersebut:


Tip 1: Hadir Peperiksaan!

Anda mungkin ketawa tetapi ini hakikatnya. Mengikut data sedia ada, jika SPA memanggil 
5,000 calon, yang hadir PASTI tak sampai 5,000, mungkin hanya 70% sahaja hadir atas sebab 
yang berbeza

Untuk sesi 15 September ini, PASTI lebih ramai yang tak hadir kerana pulang bercuti sempena 'Hari Malaysia'. Bayangkan cuti 3 hari (Sabtu, Ahad, Isnin) pasti ramai yang tak akan lepaskan peluang pulang bercuti atau mungkin 'sambung beraya'!

Nah! Jika anda calon dan anda hadir peperiksaan, peluang anda lebih cerah untuk LULUS kerana ribuan lagi tidak hadir. Peluang anda! 


Tip 2 - Tahu format!

Ini memang masalah utama calon, tak tahu bentuk soalan yang nak ditanya! Masuk exam, terkedu..

Alangkah baiknya jika calon tahu bentuk soalan, lebih yakin untuk menjawab kan?

Jika anda tahu format, bukan kah peluang untuk anda lulus lebih besar berbanding mereka yang tak tahu format?


Tip 3 - Cukup masa untuk study!

Untuk yang dah bekerja memang ini masalah buat mereka. Anda bagaimana? 

Jika anda membaca akhbar setiap hari (bukan cerita artis!), dan selalu menulis esei dan buat ujian matematik di masa lapang mesti tak ada masalah buat anda!

Tahniah untuk anda! Anda punya masa/kesempatan untuk study..

Dengan meluangkan sedikit masa untuk study, akan memberikan lebih keyakinan kepada anda untuk menjawab peperiksaan tersebut pada 15 September nanti.. Ini kerana peluang untuk anda lulus lebih tinggi!


Tip 4 - Tahu apa nak study!

Banyak sangat benda nak baca, masa suntuk!

Ianya seakan anda menembak ke langit dengan harapan 'terkena' burung. Agak-agak berapa peratus peluang anda untuk mengenai sasaran?

Tapi alangkah bagusnya kalau anda tahu apa yang mahu dibaca, apa yang perlu difokuskan.

Mereka yang berjaya semasa peperiksaan adalah mereka yang membuat persediaan yang tepat sebelum peperiksaan.

Sama kes seperti ini juga, anda dengar tip ada yang menyuruh anda baca buku 'Malaysia Kita' yang sangat tebal itu.

Buku itu sangat bagus, tapi anda nak baca semua? Kenapa tak fokus kepada beberapa bab sahaja yang berkemungkinan besar keluar?

Soalan peperiksaan SPA yang lepas ada mengenai 'Teknologi Hijau' dan '1 Malaysia'.. Cuba anda semak, Adakah isu tersebut terdapat dalam buku 'Malaysia Kita'?

- Saya percaya anda sudah ada jawapannya..-


Penyelesaian

Ambil sahaja pengalaman Infokerjaya yang dulu dikenali dengan Team Tipsptd yang telah membantu calon menduduki peperiksaan bertulis sejak tahun 2009

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan 15 SEPTEMBER nanti bagi jawatan PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41, rujukan ini bakal membantu anda

 

Sumber : (Klik Di Sini)


Salam kejayaan untuk anda!

2 ulasan:

  1. memang bermanfaat kepada graduan baru bah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga info ini dpt memotivasikan graduan baru yg bakal mencari kerja..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra