Sabtu, 18 Ogos 2012

Puisi Hari Raya Aidilfitri Untuk Semua


Apabila Takbir Raya menggantikan Solat Terawih pada malam hari,
Itu menandakan esok kita tak perlu berpuasa lagi,
Satu Syawal telah menjelma kembali,

Solat Sunat Aidilfitri harus terlebih dahulu dijalani,
Sebelum Juadah hari raya kita nikmati,
Hulurkanlah salam kemaafan supaya hidup lebih diberkati,
Hulurkan sampul raya kepada si kecil agar mereka turut memahami,

Kunjung mengunjungi amalan tradisi,
supaya kita saling kenal mengenali,
Ziarahilah pusara mereka yang telah pergi,
Agar roh mereka tenang bersemadi,

Sebelum daku menamatkan puisi yang tak seberapa ini,
Ku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri,
Salah dan silap daku dan keluarga harap dimaafi..
Terimalah kad raya yang tidak seberapa ini sebagai pengganti diri.. ;)



6 ulasan:

  1. Selamat hari raya untuk bro sekeluarga dan maaf zahir batin

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya untuk anda sekeluarga.

    BalasPadam
  3. wahh, siap ada puisi lagi tu.

    BalasPadam
  4. selamat hari raya aidil fitri.

    BalasPadam