Isnin, 6 Ogos 2012

China Mengungguli Kutipan Pingat Emas Olimpik 2012

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Malam tadi kita dikejutkan dengan kekalahan Jaguh Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di tangan musuh tradisinya Lin Dan..
Walaupun Datuk Lee Chong Wei telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, tapi apakan daya rezeki untuk membawa pulang pingat emas Pertama sukan Olimpik tidak kesampaian..

Saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara live pada malam tadi disebabkan menunaikan solat terawih di Masjib besar Felcra Changkat Lada.. Sempena Bulan Ramadhan ini, ibadah menjadi keutamaan berbanding sukan Olimpik.. ;)

Walaubagaimanapun, saya berkesempatan menonton perlawanan ulangan setelah selesai  menunaikan solat Terawih.. Pada ketika itu keputusan perlawanan telah pun saya ketahui menerusi Facebook..

Jadi saya tidak merasai debaran sewaktu menonton perlawanan ulangan tersebut.. Walaupun memang saya akui perlawanan di antara dua seteru utama itu begitu sengit.. Terutamanya pada penghujung pusingan ketiga.. 

Masing-masing cuba menguasai gelanggang dengan mempamerkan kehebatan seorang pemain badminton berkelas dunia.. Saling kejar-mengejar mata.. Saling berbalas pukulan.. Kesudahannya tuah berpihak kepada Lin Dan..
Kekalahan tersebut secara tidak langsung telah menyaksikan pertambahan pingat emas yang berjaya dikumpul oleh kontijen negara China dengan 30 pingat emas, yang membolehkan mereka menguasai temasya olimpik pada kali ini..

Kutipan Pingat Terkini Olimpik 2012 pada 5 Ogos 2012
RankNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1China30171461
2United States28141759
3United Kingdom16111037
4Korea104620
5France87924

Tahniah diucapkan kepada negara Cina di atas pencapaian tersebut... 

Untuk pengetahuan anda, negara China mensasarkan untuk menjadi juara dalam temasya olimpik pada kali ini.. Sedangkan negara kita hanya mensasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu pingat emas..

Datuk Lee Chong Wei berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat emas olimpik pertama negara.. Sedangkan Lin Dan Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbangkan pertambahan pingat untuk negara China..

Semoga China berjaya mencapai visi mereka di kejohanan Olimpik pada kali ini.. Dan diharapkan Malaysia juga berjaya mencapai sekurang-kurangnya satu pingat emas melalui baki acara yang masih ada.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra