Ahad, 13 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 26-30)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi untuk perkongsian tips diet yang seterusnya iaitu tips yang ke 26-30.. Walaupun tips yang diberikan agak sedikit, tetapi ianya bermanfaat kepada anda untuk terus berdiet bagi mengurangkan berat badan.. Dalam masa yang sama dapat mengekalkan kesihatan..

Tip ke 26.

Jangan makan lebih daripada satu biji telur sehari.


Makan telur berlebihan bukanlah satu idea yang baik. Kurangkan pengambilan telur kepada hanya 3 biji seminggu. Ini kerana telur mengandungi kolesterol yang agak tinggi.. Pengambilan telur yang banyak dalam makanan akan menjejaskan aktiviti diet anda..

Tetapi bagi anda yang minat memakan telur, anda boleh makan maksimum satu biji sehari dan tidak lebih daripada itu. 

Tip ke 27.

Jadikan tabiat memakan coklat sebagai sesuatu yang mewah dan bukannya satu keperluan.

Coklat tidak seharusnya dijadikan sebahagian daripada diet anda. Jadi, jangan amalkan pengambilannya.


Namun begitu masyarakat di negara barat berpendapat pengambilan coklat semasa berdiet tidak mendatangkan sebarang masalah.. Tetapi pastikan anda hanya makan coklat dalam kuantiti yang sedikit sahaja sehari.


Tip ke 28.

Pilihlah pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan setiap hari.

Tukarkan jenis makanan dalam diet anda setiap hari. Ia adalah langkah bijak untuk mengelakkan penyakit kesan daripada kekurangan zat dan juga menolong anda untuk mencuba pelbagai jenis makanan. Jadi, anda tidak akan bosan dengan makanan yang sama setiap hari dalam diet anda.


Tip ke 29.

Elakkan minuman beralkohol.

Bir mengemukkan dan minuman beralkohol yang lain walaupun tidak menggemukkan, tetapi selepas meminumnya beberapa kali, anda tidak akan mampu mengawal diet serta selera makan anda.

Tip ke 30.

Cuba lakukan sarapan pagi anda dalam masa sejam selepas anda bangun pagi.

Ianya baik kerana badan anda akan mendapat tenaga untuk memulakan hari anda. Anda tidak sepatutnya menunggu sehingga anda berasa sangat lapar.

Sarapan pagi adalah penting dalam memulakan hidup anda seharian tetapi ia tidak sepatutnya menjadi tempat anda makan dengan banyak.

Setakat itu sahaja tips untuk berdiet yang saya dapat kongsikan pada kali ini.. Teruskan setia bersama saya untuk 5 tips yang berikutnya pada artikel yang seterusnya.. ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra