Khamis, 26 Julai 2012

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Akauntan Gred W41

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan satu berita gembira untuk Penjawat Awam iaitu: "Pemberian Bonus setengah Bulan Gaji atau bayaran minimum RM500"

Tentu pada ketika ini kebanyakan penjawat awam berasa lega dan gembira mendengar berita tersebut.. dapatlah mereka menggunakan wang tersebut untuk meraikan perayaan Aidilfitri nanti.. ;)

Setiap kali keluar berita gembira macam ini, biasanya mailbox saya akan dihujani oleh beberapa email yang menceritakan kelebihan bekerja di sektor kerajaan.. 

Saya tertarik dengan salah satu email yang saya terima.. Dalam email tersebut ada menceritakan tentang kelebihan bekerja di sektor awam dan seterusnya Tips untuk lulus peperiksaan Akauntan, Gred W41..

Semenjak pihak kerajaan melaksanakan penyelarasan gaji pada tahun 2012, ramai kakitangan awam yang tersenyum gembira, setelah berjaya memperolehi kenaikan gaji bulanan sekurang-kurangnya RM300 seorang mengikut gred perjawatan..

Berikutan kenaikan gaji tersebut, ramai yang mengimpikan untuk bekerja di sektor kearajaan... Walaupun kita semua sedia maklum, gaji sektor kerajaan tidaklah sebanyak gaji sesetengah sektor swasta, tetapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor kerajaan. Anda nak tahu kenapa?


Ini disebabkan terdapat beberapa kelebihan yang diperolehi oleh pekerja di sektor kerajaan seperti:
  1. Elaun perumahan
  2. Cost of living allowance (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  4. Kenaikan gaji setiap tahun
  5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  7. Cuti bersalin
  8. Pinjaman perumahan
  9. Caruman KWSP atau pencen
  10. Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
  11. Peluang kenaikan pangkat
  12. Peluang melanjutkan pelajaran
  13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya. Termasuk juga mereka yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi yang berminat untuk menjadi Akauntan (W41) dalam sektor kerajaan.. 


Untuk maklumat anda.. Dalam sistem kerajaan, pekerja yang mempunyai kelulusan ekonomi mempunyai tangga gaji kedua tertinggi selepas perjawatan berkelulusan kedoktoran.. 


Tapi bukannya senang nak dapat kerja sebagai Akauntan, W41 ni.. Peperiksaannya bukan senang nak lulus, dan persainganya tersangatlah hebat.. 

Sebelum ni saya tak tahu pun betapa susahnya nak lulus peperiksaan Akauntan, Gred W41 ni.. Tapi bila saya dah terbaca kisah tentang peperiksaan tersebut, di satu laman web.. baru saya tahu punyalah susah nak lulus peperiksaan akauntan.. Dah sama susahnya macam nak lulus peperiksaan PTD.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini 

Seperti yang kita semua sedia maklum, dekat Malaysia ni terdapat ramai graduan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi.. Tetapi malangnya tak ramai orang yang mempunyai kelulusan tersebut  berpeluang untuk menjadi seorang akauntan di sektor kerajaan .. 

Ini disebabkan perjawatan untuk Akauntan Gred W41 dalam sektor kerajaan sangatlah terhad.. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan hanya mempunyai perjawatan Penolong Akauntan sahaja iaitu Gred W29.. Gred W41 jarang-jarang kita jumpa di jabatan-jabatan kerajaan.. 

Apabila perjawatan tersebut sedikit, maka semakin besarlah persaingan untuk merebut perjawatan tersebut.. Biasanya hanya yang terbaik sahaja yang berjaya.. 


bagi Lulusan Sarjana Muda ekonomi lain yang tidak berjaya menjadi Akauntan gred W41.. Mereka akan mengisi jawatan lain di sektor kerajaan seperti menjadi guru, pensyarah, dan sebagainya..

Jadi sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi Akauntan gred W41, anda perlu terlebih dahulu lulus atau melepasi peperiksaan bertulis Kemasukan Perkhidmatan Awam..

Oleh itu sebelum anda menghadiri peperiksaan bertulis tersebut anda perlu melakukan persedian rapi.

Anda perlukan satu panduan yang lengkap apa yang patut dilakukan, apa yang patut dijawab dan bagaimana untuk berjaya menjawab semua soalan betulis itu.

Untuk membantu mencapai impian anda ini Infokerjaya Resources (Team Tipsptd) telah mengeluarkan satu panduan yang lengkap bagi mempersiapkan calon untuk lulus peperiksaan bertulis tersebut.. Yang dikenali sebagai: 

“Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan W41”


Sumber : Klik Di Sini

Kenapa perlu mendapatkan panduan ini daripada Team Tipsptd ?
  • Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengtahuan serta pengalaman. Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.
  • Panduan ebook yang lengkap dimana ia menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon.
  • Ianya bukan setakat lengkap malah duhuraikan secara terperinci
  • Juga dibekalkan dengan contoh-contoh soalan dan jawapan!
  • Soalan berkaitan GTP banyak ditanya dalam peperiksaan kerajaan 2012. Nota khas GTP merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!

Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang Akauntan W41, saya syorkan anda klik di sini

3 ulasan:

  1. Tahniah....dapat bonus utk raya

    BalasPadam
  2. Dulu masa kerja dgn kerajaan bila ada bonus mcm ni gembira sakan...Alhamdulillah syukur pernah juga merasa bonus mcm ni..

    BalasPadam
  3. Tapi skrg ni kena bagi bonus dgn anak2 buah pula..heee

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra