Jumaat, 29 Jun 2012

Saham Felda Global Ventures (FGVH)

with 9 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apabila saya mula-mula membaca satu artikel tentang Saham Felda Global Ventures (FGVH) akan didagangkan di Pasaran Terbuka.. saya tidak nampak ada kesan buruk yang mungkin berlaku.. Apa yang terlintas difikiran saya pada ketika itu ialah... 

"Beruntunglah peneroka Felda boleh dapat saham FGVH secara Percuma.. Semakin betambah rezeki para peneroka selepas ini"


Tetapi apabila saya terbaca artikel ini.. Saya melihat penyenaraian Saham Felda FGHV di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL).. seperti ada udang disebalik batu.. ;)

Walaupun pada hakikatnya..  penyenaraian Saham Felda FGHV di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL), boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada para pelabur bumiputra yang bijak mengambil peluang ini, seperti rakan saya denaihati  ... 


Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, penyenaraian saham FGVH adalah penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas facebook.. 

Apabila melihat situasi ini.. kita dapat menjangka, saham FGVH berkemungkinan akan melonjak naik.. Sama seperti yang berlaku kepada saham facebook yang telah didagangkan pada 18 Mei lalu.. 

Potensi untuk saham FGVH melonjak naik memang sangat besar.. Lebih-lebih lagi apabila saham tersebut melibatkan sektor perladangan.. 

Berdasarkan pemerhatian saya, ke atas beberapa saham milik Koperasi Kerjasama Serbaguna Sdn. Bhd. yang turut terlibat dalam sektor perladangan.. Saya mendapati, saham seumpama ini boleh memberikan pulangan pelaburan sehingga 30%-40% setahun.. 


Banyak tu.. Kalau nak diikutkan, boleh kalah saham bank rakyat dan juga pelaburan emas.. 

Ini disebabkan.. harga komuditi seperti getah dan minyak sawit sentiasa mununjukkan peningkatan dari masa ke semasa.. Berikutan permintaan yang tinggi daripada beberapa negara maju di seluruh dunia.. 

Jadi, tak rugi sekiranya kita melabur dalam saham seumpama ini..

Tetapi dalam bidang pelaburan.. macam-macam kebarangkalian boleh berlaku.. lebih-lebih lagi apabila saham FGVH diniagakan secara terbuka, yang boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di luar sana..

Perkara yang paling membimbangkan kita ialah, sekiranya saham FGVH ini dimanipulasi oleh golongan tertentu untuk mengaut keuntungan.. Seperti yang telah berlaku kepada saham facebook..

Semasa saham facebook disenaraikan di NASDAQ pada 18 Mei.. ramai orang menjangkakan saham tersebut akan melonjak naik.. Jangkaan tersebut dilakukan berdasarkan reputasi facebook, yang merupakan laman web jaringan sosial yang paling berpengaruh pada ketika itu.. 

Tapi siapa sangka.. Harga saham Facebook naik setinggi USD43 dan ditutup pada USD38.23 pada hari pertama berbanding harga offer USD38. 

Kemudian selepas 24 hari ia didagangkan, Saham tersebut “jatuh terduduk” pada harga USD 25.52 sesaham atau jatuh 32.8% .

Inilah kebarangkalian yang akan kita hadapi, apabila terdapat mana-mana saham yang berada dalam pasaran terbuka.. Termasuk juga saham FGVH..

Dalam situasi di atas, sekiranya facebook tergadai disebabkan kejatuhan saham dalam pasaran terbuka.. mungkin tidak ada sesiapa yang terlalu ambil kisah.. Ini disebabkan laman web facebook hanya berada di alam maya sahaja.. 

Habis kuat pun, para pelabur cuma bertepuk dahi disebabkan terpaksa menanggung kerugian.. Ianya tidak akan meninggalkan kesan yang besar kepada masyarakat lain yang berada disekitarnya..

Tapi untuk saham FGVH ini, saya kurang pasti samada nilai saham tersebut melibatkan aset seperti tanah dan bangunan sedia ada milik Felda, ataupun tidak.. 


___________________________________________________________________________________
Berdasarkan pemerhatian saya ke atas saham milik Koperasi Kerjasama Sdn. Bhd... Biasanya nilai saham yang dipunyai oleh "share holder" termasuk dalam hartanah, bangunan dan fasiliti milik syarikat..  


Keuntungan yang akan pemegang saham perolehi bergantung kepada pulangan yang berjaya syarikat perolehi hasil kejayaan ke atas projek-projek tertentu.. seperti projek pertanian, ternakan, beli dan sewa hartanah, dan sebagainya..


Sekiranya syarikat ingin menambahkan pelaburan dengan membeli aset baru,..contohnya seperti membeli tanah baru untuk dibuat ladang.. 


Pembelian tersebut biasanya akan ditampung oleh "kewangan semasa" syarikat.. Jadi, Dividen pemegang saham berkemungkinan akan dikurangkan pada tahun tertentu, untuk dilaburkan ke atas pembelian tanah baru tersebut.. 


Dengan erti kata lain, pendapatan (ringgit) pemegang saham akan berkurangan pada tahun tersebut.. tetapi nilai saham akan bertambah..
___________________________________________________________________________________
Itu cerita tentang saham milik Koperasi Kerjasama Sdn. Bhd.. Saya percaya Saham Felda Global Ventures (FGVH) berkemungkinan juga melaksanakan pendekatan seperti itu..


Seandainya sebegitu..  Pemegang saham terbesar boleh mendominasi kekayaan milik Felda.. 


Disebabkan itu saya amat berharap supaya tanah dan bangunan milik Felda yang sedia ada ini, tidak dimasukkan ke dalam nilai saham yang didagangkan tersebut.. 

Cuba anda bayangkan sekiranya pemegang saham terbesar tersebut dimonopoli oleh pelabur-pelabur dari negara luar seperti EURO atau US.. Apakah kesan yang bakal dihadapi oleh rakyat negara kita, khususnya para peneroka Felda?  


Untuk menyelamatkan keadaan ini.. saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh denaihati.. Supaya pemilik saham jangan sesekali menjual saham FGVH kepada orang lain.. Simpan sahaja saham tesebut buat selama-lamanya, walaupun mungkin satu hari nanti nilai saham tersebut melonjak tinggi... ;)


Tanah merupakan warisan nenek moyang kita.. Itulah yang seharusnya kita pertahankan untuk anak, cucu dan cicit kita nanti..


Saya percaya niat untuk memperdagangkan Saham Felda Global Ventures (FGVH) merupakan satu niat murni oleh kerajaan pemerintah pada hari ini.. Dengan cara ini secara tidak langsung akan dapat menarik lebih banyak pelabur luar, untuk "menyumbangkan dana" bagi pembangunan negara.. 


Tetapi dalam masa yang sama kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati.. Kita pernah mengalami "situasi yang sukar" pada tahun 1997.. Diharap situasi yang sama tidak akan membelengu negara kita pada masa akan datang... Wallahualam..

Bila terbaca tentang isu ini, saya teringat kepada sebuah lagu lama yang seringkali kami nyanyikan semasa di zaman persekolahan dulu.. Tajuk lagu tersebut kalau tak silap saya adalah "warisan"..


Marilah kita bersama-sama menghayati lirik/senikata lagu ini..


------------------------------------------------------

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang,

Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa di antara kita,
Cinta lenyap di arus zaman,

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Kita kan merintih sendiri,

Jangan buang waktu lagi,
Majulah raih sebuah mimpi,
Hapuskan sengketa,
Teruskan usaha,
Kita kan gagah di nusantara,

Kita kan gagah di nusantara,
Kita kan gagah di nusantara,
Kita kan gagah di pentas dunia,


---------------------------------------------------------

Ps: Alangkah indahnya sekiranya lagu tersebut dinyanyikan oleh Eyriqazz Vs Denaihati.
Pss: Bagaimana agaknya perkembangan Contest cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati?  

9 ulasan:

  1. saya tak berapa paham..
    tapi kalau camtu lah kesannya. memang bahaya tu

    BalasPadam
  2. Saham GLC Malaysia juga Saham FGVH tidak sama dengan pegangan saham Facebook. Saham Facebook terbuka kepada mana-mana pelabur. Berbeza saham FGVH dimana peratusan yang besar dipegang oleh beberapa institusi seperi PNB dan KWSP. Pelabur runcit hanya memagang peratusan yang kecil yang tidak memberi pengaruh besar dalam pada harga pasaran. Lihat sahaja harga saham GLC yang semuanya pada nilai yg berpatutan.

    Kejatuhan harga yang melampau akan hanya berlaku sekiranya berlaku krisis ekonomi dunia yg teruk seperi pada tahun 1997. Jika berlaku krisis ekonomi pasti harga getah dan kelapa sawit juga jatuh jadi kalau Felda tak di senaraikan peneroka tetap rugi kerana kejatuhan harga komoditi.

    Pada pandangan aku terlalu banyak prasangka buruk dikalangan rakyat dalam kes penyenaraian FGVH yg tak berasaskan fakta tapi lebih kepada sentimen politik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betu tu saya setuju.. Terlalu banyak andaian yang saya dengar semasa kerajaan mengumumkan untuk menyenaraiakan FGVH dalam pasaran Saham..

      Termasuk juga para peneroka Felda.. ada peneroka yang ragu-ragu dengan usaha kerajaan tersebut..

      Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.. Saya cuba untuk memahami pendekatan yang cuba disampaikan oleh pebagai pihak.. Dan cuba menyuarakan isi hati saya setelah cuba memahami apa yang disampaikan oleh kdua-dua pihak tersebut..

      Terima kasih kepada Tuan denaihati kerana sudi memberi respon terhadap "suara hati" saya tentang isu FGVH ini..

      Padam
  3. Balasan
    1. Sebenarnya saya pun tak berapa pandai sangat bab Saham ni.. Tapi sedang cuba memahaminya sedikit demi sedikit..

      Padam
  4. Kita cuma berharap tidak berlaku krisis ekonomi global yang boleh mempengaruhi saham FGVH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Saya setuju..

      Semoga negara kita (Malaysia) akan terselamat daripada krisis ekonomi global yang mungkin boleh melanda dunia pada bila-bila masa sahaja...

      Padam
  5. Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.. Saya amat berharap semoga semua orang berniat baik demi kesejahteraan dan masa depan negara kita Malaysia..

      Jauhkan sifat tamak haloba dan hasad dengki.. Dengan adanya sifat tersebut boleh menjejaskan impian kita untuk mencapai negara maju mejelang 2020..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra