Ahad, 10 Jun 2012

Respon anda tetang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tujuan Entri ini ditulis sekadar untuk membuat survey... dan meminta sedikit pandangan daripada pengunjung blog ini tentang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular..  

Berdasarkan maklumbalas yang saya terima daripada pengunjung blog ini.. ada rakan blogger yang meminta supaya saya menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 (ABPP 2).. Sepertimana pertandingan yang pernah saya anjurkan  pada tahun lepas.. 


Bila ada permintaan sebegitu.. saya rasa terharu.. kerana masih diberi kepercayaan untuk  menganjurkan pertandingan (ABPP)... walaupun saya akui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sepanjang saya menganjurkan pertandingan tersebut pada tahun lepas..

Dalam masa yang sama saya juga berasa gembira kerana usaha saya untuk "Menanamkan minat suka membaca dan menulis dalam kalangan rakyat Malaysia melalui bidang penulisan blog" dihargai..
 
Dalam hati saya tertanya-tanya.. Ramai ke blogger yang berminat untuk menyertai pertandingan ini? kalau setakat seorang dua sahaja.. saya rasa tidak berbaloi untuk menganjurkan pertandingan tersebut..  

Sambutan yang diberikan pada tahun lepas begitu memberangsangkan.. Syukur Alhamdulillah..  terdapat 441 orang blogger yang menyertai pertandingan ini.. Tetapi kebanyakan peserta setakat mendaftar sahaja.. Selepas mendaftar mereka terus menyepikan diri.. Tidak berusaha pun untuk mendapatkan sebarang undian.. 

Kesudahannya peserta yang terus setia "meraih undian" berjaya memenangi beberapa hadiah mingguan yang disediakan... Termasuk hadiah-hadiah untuk setiap kategori dan juga hadiah utama pertandingan tersebut..

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang.. Dan terima kasih kerana terus setia menyokong dan mengikuti perkembangan pertandingan (ABPP) sehingga tamat.. 

Pada kesempatan ini.. saya ingin memohon maaf kepada semua peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular pada tahun lepas... di atas beberapa kelemahan yang telah saya lakukan sepanjang mengendalikan pertandingan tersebut.. 

Kelemahan yang paling ketara sekali.. adalah kelewatan untuk membayar hadiah kepada para pemenang.. Pada kesempatan ini, saya ingin memberi penjelasan tentang isu tersebut..


Ceritanya begini...


Semasa saya sedang menganjurkan pertandingan ABPP ... Saya ada membuat permohonan berpindah ke semenanjung... Pada ketika itu, saya dan isteri berharap dapat berpindah ke semenanjung pada bulan Disember 2011.. 


Jadi dalam tempoh kira-kira 7 bulan yang masih ada, sempatlah kami bercuti-cuti Malaysia terlebih dahulu di kepualauan Borneo ini.. Terutamanya dalam merealisasikan impian kami untuk pergi ke Kota Kinabalu dan Tawau, empat beranak..


Dalam masa yang sama boleh juga fokus untuk memberi komitmen sebagai penganjur Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular.. ;)


Pada ketika itu, ami telah pun membeli empat tiket penerbangan pergi balik dari Miri ke Kota Kinabalu.. Kota Kinabalu ke Tawau.. Tawau ke Kota kinabalu.. dan akhir sekali Kota Kinabalu ke Miri..  Tarikh penerbangan kami adalah pada 20 Jun 2011 hingga 29 Jun 2011.. Perancangan yang saya kira cukup baik pada masa tersebut.. ;)


Dan pada ketika itu juga saya ada sedikit budget untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular dan juga Cuti-cuti Malaysia di kepulauan Borneo.. 


Budget untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular sebenarnya diperolehi daripada sumbangan beberapa orang penaja... dan juga hasil pendapatan yang pernah saya perolehi sepanjang saya menjadi seorang blogger dan juga usahawan internet..


Disebabkan wang tersebut saya perolehi melalui para pembaca blog saya.. Jadi saya ingin mengembalikan semula wang tersebut kepada mereka dengan cara menganjurkan pertandingan ini..


---------------------------------------------------


Apabila Keputusan berpindah diumumkan menerusi internet... Saya dan isteri seakan-akan tidak percaya.. Permohonan kami untuk berpindah ke semenanjung diluluskan.. Dan tarikh perpindahan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.. Iaitu dalam masa dua hari daripada tarikh keputusan tersebut dikeluarkan... 


Masa tu rasa kelam kabut dibuatnya... Terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan.. Termasuk mengemas rumah, budget pindah, percutian ke Kota Kinabalu dan Tawau, Tiket Kapal Terbang.. Dan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular..


Untuk menyelesaikan masalah ini.. saya dan isteri telah membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh melapor diri ke semenanjung selama satu bulan..Syukur Alhamdulillah.. Permohon kami diluluskan.. Kami dibenarkan untuk melapor diri pada 1 Julai 2011.. Dalam masa sebulan tersebut, sempatlah kami menikmati percutian ke Kota Kinabalu dan Tawau sebelum pulang ke semenanjung..


Sebagai kakitangan kerajaan, kami sekeluarga sepatutnya mendapat kemudahan tambang percuma untuk urusan perpindahan dari Mukah Sarawak ke Sabak Bernam, Selangor.. 


Dengan satu syarat.. kami perlu melaksanakan prosedur perjalanan yang betul iaitu dari Mukah ke Sibu, kemudian Sibu ke Kuala Lumpur.. Ataupun dari Mukah ke Kuching,kemudian Kuching ke Kuala Lumpur..   


Sekiranya kami memilih salah satu daripada penerbangan di atas.. Kami terpaksa mengorbankan percutian ke Kota Kinabalu seperti yang telah dirancang.. :(


Pada ketika ini, kami perlu membuat pilihan.. Samada nak dapat tambang berpindah secara percuma... atau nak teruskan percutian keluarga dan berpindah dengan kos sendiri..


Masa ni kami pun "belek-beleklah" buku akaun yang ada.. Nak kira duit.. Samada mencukupi untuk menampung kos pergi bercuti dan sekali gus berpindah dengan duit sendiri... Setelah selesai mengira, kami dapati memang mencukupi.. Tetapi terpaksa menggunakan hampir keseluruhan wang yang ada dalam simpanan kami..


Kami menganggap ini percutian terakhir di kepulauan Borneo.. Kalau dah balik ke semenanjung, tak tahu bila lagi dapat peluang cuti-cuti Malaysia dekat kepulauan Borneo ni.. Jadi kami perlu menikmati percutian ini dengan sebaiknya.. Masa ni kami dah nekad tak nak terlalu memikirkan wang ringgit yang terpaksa dikeluarkan.. Yang penting sekali dapat menikmati percutian yang menyeronokkan..


Apabila melihat keadaan saya ini.. Seorang rakan bertanya kepada saya.. 


Kawan : "Ko nak teruskan ke menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular ni?" 


Kawan : "Aku rasa tentu banyak duit yang ko akan gunakan untuk pergi bercuti dan berpindah ni"..


Anuar : "Berdasarkan perkiraan aku, memang banyak duit yang akan aku gunakan pada kali ni. Tapi nak batalkan pertandingan ni aku rasa malu.. Sebab dah ramai blogger yang mendaftar untuk memasuki Pertandingan ni."


Kawan :" Alah.. Ko tulis jer dekat blog.. Yang  ko terpaksa membatalkan pertandingan ini disebabkan penganjur pertandingan dah berpindah"


Anuar : " Tak bolehlah aku nak buat macam tu.. Nanti apa pula kata mereka yang dah mendaftar tu"


Kawan : "Habis tu.. Ko ada duit ker nak bayar kepada para pemenang nanti?"


Anuar : "Alhamdulillah setakat ni ada peruntukan untuk hadiah para pemenang.. Jadi, aku nak teruskan juga menganjurkan pertandingan ini"..


Saya memang nekad sekali pada ketika itu.. 
--------------------------------------------------------------------
Sebelum kami berlepas menaiki kapal terbang.. saya telah menjual semua peralatan elektrik dan perabot secara lelong kepada rakan-rakan pejabat yang berminat untuk membelinya.. 


Hasil lelongan tersebut, saya berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM1500.. Walaupun nilai tersebut agak sedikit jika hendak dibandingkan nilai barang-barang yang saya jual.. Tapi saya fikir itu merupakan satu tindakan yang terbaik pada ketika itu.. ;)
--------------------------------------------------------------------
Setelah selesai cuti-cuti Malaysia dan berpindah, saya perlu menguruskan perpindahan sebahagian besar perabot daripada Pak Ya Home Stay ke rumah sewa saya yang baru di Sabak Bernam, Selangor.. Dapat pindahkan satu lori perabot jadilah.. Sekurang-kurangnya dapat tak perlu membeli terlalu banyak perabot dalam masa terdekat ni.. 


Walaubagaimanapun, saya terpaksa juga membeli peralatan elektrik yang baru seperti televisyen, Mesin Basuh, Peti Sejuk dan sebagainya.. 


Memang betul-betul berhabis duit pada masa tersebut.. sehingga terguna wang yang sepatutnya saya sediakan sebagai hadiah untuk para Pemenang Pertandingan Anugerah Blog paling Popular.. Hehehe.. Jangan marah yer..


Untuk menggantikan wang tersebut, agak memakan masa.. Disebabkan itu saya terpaksa membayar hadiah kepada para pemenang Pertandingan Anugerah Blog Popular secara berperingkat demi peringkat.. sehingga selesai kesemuanya... Syukur Alhamdulillah.. Selesai akhirnya..

Adakah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 akan diadakan pada tahun ini?


Sekiranya ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.. Insya Allah.. Saya akan cuba usahakan..

Memang ada terlintas juga dihati untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular untuk edisi yang ke 2.. Tapi masanya belum tahu lagi bila?

Pada pendapat saya pertandingan macam ini elok diadakan pada hujung-hujung tahun.. Barulah best..

Semasa saya menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog paling Popular pada tahun lepas.. Memang saya akui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.. Terutamanya cara undian dilakukan untuk menentukan pemenang... 

Pada tahun lepas pemenang pertandingan ini ditentukan berdasarkan jumlah undian yang diperolehi pada ruangan komen ditambah dengan jumlah "like"yang diperolehi pada group Gedung Ilmu di Facebook... Mungkin cara undian seperti ini sudah tidak lagi praktikal untuk menentukan pemenang sesuatu pertandingan..

Sekarang ni, dekat Twitter sedang sibuk mmebincangkan tentang ketidak puas hatian sesetngah pihak terhadap keputusan pemenang DiGi WWWOW Awards 2012.. Mana taknya.. Ada sesetengah kategori tu dimenangi oleh laman web/blog yang selama ini kita tak pernah dengar pun nama mereka.. Tup..tup.. Tiba-tiba menjadi pemenang.. Manalah tak terkejut dibuatnya..   

Sebagai contoh (bukan cerita sebenar).. Tiba-tiba blog sembang hari yang orang langsung tak kenal berjaya menjadi pemenang dalam kategori blogger Of The Year.. Tentu semua orang akan rasa pelik.. Selama ini tak pernah dengan pun nama blog  sembang hari .. Tiba-tiba boleh menang dalam kategori blogger Of The Year.. Ini tidak adil.. Dahlah blog tak cantik.. Lepas tu guna domain blogspot jer.. Banyak lagi blog lain yang selayaknya memenangi kategori ini.. Contoh jer yer. .;)

Pada pendapat saya cara undian dengan klik like di facebook, Vote me (seperti Digi WWWOW Awards), undian di ruangan komen (macam Pertandingan ABPP) dan undian menerusi sms (macam Akedemi Fantasia) masih belum cukup memadai untuk menentukan pemenang sesuatu pertandingan...

Cara ini akan mngakibatkan.. Peserta yang menang terdiri daripada mereka yang mempunyai banyak "kroni".. Pemenang boleh jadi terdiri daripada mereka yang ada "budget besar" untuk  berkempen bagi meraih undian.. 

Bagaimana pula dengan nasib mereka yang kita lihat mempunyai banyak kelebihan berbanding peserta lain, Tapi tiada  kemampuan untuk berkempen sehebat orang lain??

Jadi sepatutnya ada beberapa kriteria lain yang ditetapkan selain daripada meraih undian semata-mata..

Berdasarkan pendapat peribadi saya.. Sebuah blog yang popular seharusnya... 

1) Mempunyai SEO Terbaik
2) Mempunyai satu artikel paling berkualiti untuk diadili
3) Mampu meraih undian daripada para pengunjung blog mereka

Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk "memperkemaskan" lagi cara pemberian markah, sila tinggalkan cadangan anda pada ruangan komen di artikel ini..

Setakat ini saya sedang membuat draf pemarkahan untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog paling Popular 2.. Manalah tahu ada rezeki lebih hujung tahun ni.. untuk membolehkan saya menganjurkan pertandingan tersebut.. Jadi, sama-samalah doakan yer..

Kalau ada rezeki, saya bercadang untuk mengadakan pertandingan tersebut pada bulan Oktober-Disember.. Jadi saya masih ada masa 4 bulan untuk mencari penaja dan mengumpulkan dana bagi menganjurkan pertandingan ini..

Dana tersebut sudah pastinya bergantung kepada pendapatan yang bakal saya perolehi melalui tiga buah blog saya iaitu:
  1. Coretan Anuar
  2. Sembang hari2
  3. Discount hari2

Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan kepada saya untuk menganjurkan pertandingan ini.. Caranya mudah sahaja.. Tolong "memberi respon" terhadap iklan-iklan yang terdapat di ketiga-tiga blog tersebut..

Semakin banyak "hadiah" yang anda sumbangkan kepada saya.. Semakin besar hadiah yang akan saya sediakan untuk Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 nanti.. Insya Allah..

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menjadi penaja, sila hubungi saya melalui:

Tel    : 016-5425547
Email : nuargto@gmail.com

Kelebihan menjadi penaja:

1) Link/Banner anda akan diletakkan pada page senarai penaja.. Dan akan kekal buat selamanya di page tersebut (Sebagai menghargai jasa penaja)

2) Link/Banner anda akan diletakkan pada artikel pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Artikel tersebut akan dipromosikan oleh rakan-rakan blogger lain yang telah menyertai pertandingan ini..

3) Ruang pengiklanan percuma selama satu tahun di blog Coretan anuar untuk satu banner bersaiz 125 X125 dan satu banner bersaiz 468 X 60

4) Satu entri khas untuk membolehkan penaja mengiklankan url blog/laman web mereka.. Entri ini akan kekal selamanya di blog  Coretan anuar ..  Tetapi entri tersebut tidak boleh mengandungi perkataan-perkataan lucah, berbaur politik atau menggandungi perkara-perkara yang boleh mengganggu kemakmuran negara.. (Mana lah tahu tiba-tiba ada pula ahli politik yang cuba untuk mengambil kesempatan menggunakan blog ini untuk berkempen)

Nota : Sekiranya terdapat sebarang cadangan, sila tinggalkan cadangan anda dengan menulis komen pada ruangan yang disediakan di bawah:

Sekian, terima kasih


10 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    untuk part undian, saya cadangkan:

    untuk part undian, saya cadangkan kalau nak join,
    1. peserta kena isi borang dengan detail seperti nama, email, website/blog, ceritakan mengenai blog/website mereka, printscreen blog dll. (nak buat borang boleh sign up kat freedback.com)
    2. after penganjur semak borang peserta so penganjur hanya copypaste detail peserta tersebut kat blog penganjur. (1 entri- 1 peserta)
    3. cara nak menang ialah peserta hanya promosikan entri penganjur yg berkaitan dgn blog mereka dengan like, tweet, google +, komen sebanyak mungkin. jumlah like, tweet, google +, komen(komen tidak termasuk komen peserta/penganjur) paling tertinggi dikira pemenang.

    Dengan cara ini pada masa yg sama membantu menaikan lagi trafik blog penganjur.

    Hanya cadangan Cik Bunny. Harap membantu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Terima kasih di atas cadangan yang diberikan.. Insya Allah.. Cadangan ini akan dipertimbangkan..

      Padam
  2. lupa nak bagitau.
    kalau En.Anuar setuju dengan cadangan ni jangan lupa pasang button share tweet, like dan google + di setiap entri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik juga tu.. Dulu ada akaun Tweeter.. Tapi dah lama tak login.. Akaun pun dah tak ingat....

      Padam
  3. nak join jgk klau ada lg..dlu x smpt join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyertaan SyUhAda sememangnya dialu-alukan.. Hadiah yang saya hantar dah sampai?

      Padam
  4. Assalamualaikum...bagus bah cadangan macam ni..bolehlah blog org kg ni cuba2 manalah tau..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Terima kasih.. Samalah kita.. Blog saya pun blog org kampung juga..

      Padam
  5. panjang betul entry ni.. hehehee..
    pepe pun... nak jadi penaja.. =)

    BalasPadam
  6. Thank you a lot for sharing this with all of us you actually realize what you're talking about! Bookmarked. Kindly additionally visit my web site =). We may have a link exchange agreement among us

    my web-site: cambodia360.com

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra