Isnin, 4 Jun 2012

Cerita yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini tentang perkahwinan..

with 16 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dekat laman web facebook sekarang ni sedang hangat membincangkan tentang hantaran perkahwinan mengikut taraf akademik.. Isu ini juga mungkin sedang hangat diperkatakan 'time' cuti sekolah ini.. Terutamanya dirumah-rumah yang ada anak dara yang sedang menunggu untuk disunting sang teruna.. ;)


Letihlah nak berjual beli pantun..Dah tu harga hantaran semakin naik.. Kenalah pantun panjang-panjang sikit.. Ayat kasi Power..Nak bagi kurangkan sikit hantaran..huhuhu..

Tentu ramai teruna yang tangah pening kepala memikirkan wang hantaran perkahwinan yang perlu mereka sediakan untuk meminang kekasih hati.. Nak kahwin dah ada calon.. Tapi keadaan masih belum mengizinkan.. nak buat macamana ni??





Niat di hati untuk mendirikan masjid dengan kadar segera sedikit terhalang dengan peningkatan taraf ekonomi pada hari ini.. kalau nak kahwin juga nampak gayanya perlu buat pinjaman bank..


Bagi yang bekerja makan gaji, takperlah.. Pihak bank boleh meluluskan pinjaman dengan kadar segera.. Terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan... Boleh membuat pinjaman peribadi tanpa penjamin.. Bagi pihak bank, perkataan 'kerajaan' sudah cukup kuat untuk menjadi penjamin bagi pinjaman mereka..


Tapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi?? Lepas tu pula nak menyunting si kekasih hati yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana..


Mana nak cari RM15,000-RM20,000 sebagai hantaran?? 


Itu baru duit hantaran, belum lagi duit belanja kahwin untuk menguruskan majlis perkahwinan seperti kos jamuan untuk mengadakan kenduri, tempahan baju, tempahan kad jemputan, pengangkutan, dan lain-lain lagi.. 


Kesian kan??... dekat anak teruna zaman sekarang ni..


Pada pendapat peribadi saya, walaupun nilai hantaran perkahwinan yang disenaraikan dalam gambar di atas bersesuaian dengan keadaan ekonomi pada zaman sekarang ni.. Tapi sebagai orang yang lebih berpengalaman kenalah juga bertimbang rasa..


Orang yang nak dikahwinkan tu anak anda.. Dan orang yang bakal dikahwini oleh anak anda tu, bakal menjadi ayah kepada cucu-cucu anda.. kalau dah dapat bakal menantu (lelaki) yang baik, berbudi bahasa dan beriman.. Segerakanlah perkahwinan mereka tanpa memikirkan sangat senarai hantaran perkahwinan di atas.. ;)


Dalam islam, tidak mansyaratkan berapa wang hantaran yang perlu diberikan kepada bakal isteri.. Perkara yang wajib untuk berkahwin adalah mas kahwin.. Ada kemampuan untuk membayar mas kahwin dah memadai untuk mendirikan rumah tangga..


Tak perlulah nak terlalu berkira dengan menetapkan nilai hantaran yang tinggi.. Kononnya untuk menjaga status keluarga.. Tapi kesudahannya anak dan menantu anda yang akan menanggung akibatnya pada kemudian hari.. Kahwin dah 10 tahun, tapi hutang kahwin tak habis bayar lagi... Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.. Wallahualam..


P/s: Fuhh.. Lega!! Nasib baiklah saya dah kahwin pada 5 tahun yang lepas..   

16 ulasan:

  1. HEHEH...ABAH CIK EN MMG SUGGEST HARGA CMTU...TP LEH DAPAT DISKAUN KLU NAK,..
    HAHHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa persent dapat diskaun?? Kena ada sesi jual pantun dulu ker? Bertuahnya cik abang awak..

      Padam
  2. hehe... macam2 harga ada... penikahan dinilai dgn harga pulak yer... yang teruna harus susah untuk miliki si isteri nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian dekat orang terunakan.. Rasa segan nak meminang anak dara yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi..Takut tak mampu nak sediakan wang hantaran..

      Dekat anak dara pun kesian juga.. Bila dah belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD, orang tak berani nak masuk meminang.. Macam-macam dunia zaman sekarang ni..

      Padam
  3. saya kawin dlm tahun 2009..kami suami isteri bersepakat share2 utk hantaran dan segala jenis persiapan..buat seringkas yg mungkin..mana yg tak dapat beli kami pinjam,barang2 atas dulang 2 tahun sebelum kami dah start beli..mcm buah,kek,manisan suruh je adikberadik sponsor,bakal isteri perlu bertolak ansur mengikut kemampuan bakal suami..alhamdulillah saya tak de berhutang masa lepas kahwin..lagi best masa lepas sanding saya masih mampu masuk rumah baru..alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah.. Beruntung tuan dapat bakal isteri yang boleh bertolak ansur.. Siap dpat masuk rumah baru lepas bersanding..

      Murah rezeki tuan.. Semoga perkahwinan yang dibina bersama pasangan tuan, kekal hingga ke akhir hayat..

      Padam
  4. Assalam..
    Bertambah banyak maksiat kalau hantaran tak mampu nak bawak..
    Pihak perempuan memang sedap sebut je harga, yang susahnya pihak lelaki..
    Kalau nak kawin cepat dan kesiankan pihak lelaki, boleh la kurangkan sikit belanja tu, buat ala kadar je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Saya setuju.. Kesian dekat orang lelaki kan.. Tapi emak ayah zaman sekarang ni jarang yang nak buat ala kadar..

      Terutamanya kalau yang berkahwin tu anak perempuan sulung.. Seboleh-bolehnya mereka nak ajak semua kenalan untuk menghadiri majlis perkawinan anak perempuan sulung mereka.. ialah baru first time terima menantu katakan..

      Tapi betullah.. Kalau kita tahu anak perempuan kita dah asyik berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.. Eloklah segera disatukan.. kalau tak boleh terjerumus untuk melakukan maksiat...

      Sebab Syaitan akan sentiasa berusaha untuk memperdayakan keturunan adam..

      Padam
  5. Musim cuti ni cerita perkahwinan memang antara yang popular :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time cuti sekolah nilah ramai orang sibuk dak mendirikan masjid.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga semakin bertambah umat nabi Muhammad S.A.W dengan terjalinnya ikatan pernikahan yang sah.. Amin..

      Padam
  6. haha.. kat twitter pon ada orang bincang pasal ni..

    BalasPadam
  7. itu belum masuk lagi kalau dah kerja dengan kerajaan ,,,lagi mahal kot...nasib aku dah kahwin...

    BalasPadam
  8. Tak salah letak hantaran tinggi yang penting lelaki aka bakal suami berkemampuan..
    Dan tak semestinya ianya akan menjamin kebahagiaan.

    Apa yg penting kat sini keikhlasan.

    BalasPadam
  9. ukur baju badan sendiri..
    kalau masing-masing mampu itu mmmg bukan masalah..tapi kalau ikut trend tu memang tak patut..berpada-pada je lah kan..

    BalasPadam
  10. biasanya....bukan yg nak kawin yg letak harga tu....tapi ibu bapa mereka juga yg nak macam tu.... hahaa

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. sheila percaya niat utk mendirikan rumahtangga akan direstui Allah. sheila dengan suami buat majlis kecil2 je. buat yang penting. jangan fikirkan sangat hantaran beribu, pelamin beribu tu. apa yang penting, wajib. bida'ah yang lain ditinggalkan :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra