Sabtu, 2 Jun 2012

Cantik, pintar, seksi, dan penggodam..

with 2 comments
Bila kita membayangkan seorang wanita yang cantik, pintar dan seksi.. Pasti mereka juga dikaitkan dengan perkataan "menggoda".. Tapi mungkin tanpa kita sedari, mereka juga sebenarnya adalah seorang penggodaaaa.....mmm.. Itulah karakter yang paling bersesuaian bagi 5 orang gadis yang terkenal dengan kelicikan mereka sebagai seorang penggodam internet..

Biasanya bidang penggodam internet didominasi oleh golongan lelaki.. seperti dalam cerita Die Hard 4.. Golongan lelaki menjadi penggodam terhebat.. Perempuan yang cantik dalam kumpulan penggodam tersebut pula jadi kaki pukul (Bodyguard).. yang ditugaskan untuk membelasah hero (Bruce Willis) dalam filem tersebut.. ;)





Masa tengok cerita tu saya seakan-akan tidak percaya dengan kemampuan penggodam tersebut..  Sehingga boleh mengawal kuasa elektrik, mengawal aliran gas, mengawal sistem aliran trafik, mengawal sistem perhubungan dan boleh transfer duit kepunyaan negara ke dalam akaun sendiri.. Hebat betul..

Tapi Itu dalam cerita Die Hard 4.. Cerita movie yang boleh di reka-reka.. Boleh ditokok tambah.. Tapi rupa-rupanya secara realiti penggodam-penggodam ini sememangnya mempunyai kemampuan sehebat  seperti dalam cerita Die Hard 4.. dan yang menariknya, bidang ini juga turut turut dikuasai oleh kaum wanita..


Lima wanita jelita ini membuktikan kepakaran mereka menggodam sistem internet tidak kalah berbanding dengan lelaki.. Mereka bukan sahaja kaya raya hasil kerja menggodam beribu-ribu akaun bank tetapi juga telah berjaya membuatkan Google meninggalkan China..

Jadi mari kita mengenali secara lebih lanjut kelima-lima penggodam wanita yang hebat ini:

Ying Kraker

Top 5 Sexiest Hackers In The World ying kracker

Wajahnya kelihatan manis, cantik dan bersih membuatkan orang ramai beranggapan Ying seorang gadis yang cukup baik dan jujur.. Tetapi sebaliknya beliau adalah seorang penggodam internet yang hebat. 

Ying merupakan seorang guru di Shanghai, China. Beliau mengajar langkah-langkah asas proses penggodam seperti cara menukar IP Address dan cara untuk memanipulasi kata laluan bagi komputer di pejabatYing juga seorang pakar dalam membangunkan perisian khusus untuk tujuan menggodam.

                                  Xiao Tian


Penggodam dari Cina ini bukan sahaja hebat bahkan jelita, seksi, elegan dan bergayaXiao Tian sangat berminat dengan dunia fesyen terutama kasut dan sentiasa menjaga penampilan diriPenampilannya yang kelihatan feminin tenyata berbeza dengan keupayaannya untuk memecah masuk ke dalam sistem keselamatan


Beliau mula menjadi terkenal ketika berumur 19 tahun setelah membentuk China Girl Security Team, iaitu satu kumpulan penggodam khusus untuk wanita yang terbesar di China.


Salah satu mangsa beliau adalah enjin carian terbesar di dunia, Google. Pada masa ituXiao Tian dan pasukannya menyerang infrastruktur Google China. Sehingga Google akhirnya tidak tahan dan memilih untuk menarik semua layanan operasinya di China akibat hentaman bertubi-tubi..


Kristina Svechinskaya


Beliau merupakan seorang pelajar di Universiti New York, America Syarikat.Kristina popular di atas kejayaannya memecah masuk ke dalam beberapa akaun bank di United Kingdom dan Amerika Syarikat dan berjaya memindahkan wang sebanyak jutaan dolar.

Bersama-sama dengan sembilan orang rakannya yang lainKristina menggodam wang daripada beribu-ribu akaun bank dengan jumlah wang bernilai jutaan ringgit sebelum ditangkap pada November 2010.

Penggodam yang jelita ini telah menggunakan virus "Zeus Trojan Horses" untuk menyerang ribuan akaun bank tersebut

Menurut satu sumber, Kristina pernah memakai coli yang disulami berpuluh-puluh butir berlian bagi menunjukkan kekayaan yang dimilikinya.. Tapi saya tidak mahu memaparkan gambar tersebut diblog ini disebabkan ianya terlalu seksi untuk ditonton oleh remaja bawah umur.. ;)

Ramai orang bersetuju mengatakan bahawa beliau adalah salah seorang daripada penggodam yang paling seksi di dunia.


Top 5 Sexiest Hackers In The World Joanna Rutkowska

Joanna adalah seorang wanita dari Poland, kelahiran Rusia yang sangat berminat dalam keselamatan komputer terutamanya dalam bidang penggodaman. Beliau sedikit berbeza dengan 4 penggodam jelita yang lain, iaitu beliau memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membina sebuah sistem keselamatan untuk mencegah jenayah.

Wanita cantik ini mula dikenali semasa sidang pertama "Black Hat Briefings" di Las Vegas pada Ogos 2006Pada masa itubeliau menyampaikan sendiri proses serangan yang telah dilakukan untuk memecah masuk ke dalam sistem keselamatan dalam Windows Vista.
 Bukan itu sahaja, Joanna juga berjaya memecahkan "Intel System Management Mod" dan "Trusted Execution Technology".

Sejak itu, Joanna sering dijemput oleh pelbagai syarikat perisian untuk memberi nasihat tentang sistem keselamatan mereka.
Top 5 Sexiest Hackers In The World Raven Alder

Gadis ini berpenampilan "gothic" menjadi wanita pertama yang menghadiri Persidangan khusus untuk penggidam di DefConTetapi beliau menyatakan bahawa dia tidak mahu dikenali hanya sebagai seorang penggodam wanita.

Menyelidik latar belakang penggodam ini, beliau sebenarnya seorang yang genius yang menamatkan sekolah menengah pada usia 14 tahun dan kolej pada usia 18 tahu..Beliau sangat tertarik dengan dunia internet, khususnya penggodam..

Raven tidak mengeksploitasi gender untuk menaikkan popularitinya dan berasa lebih gembira jika kemampuannya sebagai penggodam mendapat pengiktirafan daripada orang lain

Kemudian, beliau juga cukup aktif melakukan aktiviti mereka bentuk, membuat pengujian, membuat analisis dan mengesan keselamatan dipelbagai agensi.

Dahsyat betul kemampuan para penggodam wanita ni.. Nasib baiklah mereka tiada di Malaysia.. Kalau tak, senang-senang jer mereka menggodam laman-laman web kepunyaan bank... Dan silap-silap web hosting kepunyaan rakan-rakan blogger pun habis kena godam... Semoga kita semua dijauhkan daripada serangan penggodam ini.. ;)

2 ulasan:

  1. apa jadi dengan mereka skrang???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang kena penjara.. dan ada pula yang membantu syarikat-syarikat untuk membangunkan sistem keselamatan daripada dicerobohi oleh penggodam..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra