Khamis, 17 Mei 2012

Hasil Tulisan Blog Kereta Mayat kini dibukukan

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada kali ini saya nak berkongsi cerita tentang sebuah buku yang baru diterbitkan.. Dan sedang hangat dipasaran pada ketika ini, berjudul Permata Yang Hilang kini dijumpai..

Buku ini mengandungi himpunan hasil tulisan blog Kereta Mayat.. Disebabkan hasil penulisan blog beliau yang menarik, ada penerbit yang berminat untuk menghimpunkan hasil penulisan beliau ke dalam sebuah buku.. Murah rezeki penulis blog ini..  Kalau anda belum pernah melawat blog Kereta Mayat, saya cadangkan anda lawat blog tersebut..

Blog ini antara blog yang popular di Malaysia.. Walaupun penulis blog ini (Hamka) bukan seorang ustaz, ulama, mufti, kiai atau ahli fatwa kebangsaan.. Tetapi beliau menulis
berdasarkan keikhlasan hati beliau untuk pesanan/peringatan buat diri sendiri dan orang lain yang sudi membaca blog beliau..

Jadi kalau anda rasa selesa membaca blog beliau, anda tidak perlulah membeli buku Permata yang hilang kini dijumpai.. Tetapi sekiranya anda lebih suka membaca dalam keadaan santai, sambil menonton tv atau berkhelah di tepi pantai, saya syorkan anda membeli buku beliau yang berharga RM25 (Harga promosi sehingga 31 Mei sahaja)..

Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:
  • Bagaimana atasi masalah onani.
  • Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
  • Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
  • Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
  • Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
  • Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
  • Dan lain lain..

Buku ini mengandungi 55 bab dengan pelbagai cabang tajuk yang Hamka hadapi dan bagaimana dari kisah Hamka dalam buku ini, dapat kita jadikan panduan dalam mencari kebahagaian seni rumah tangga.

Nasihat Hamka dalam buku ini mungkin tidak sehebat nasihat ustaz ustaz di luar sana, namun dalam setiap pengalaman manusia, terselit jua pengajaran pengajaran yang mungkin berguna pada kita di waktu yang belum pasti suatu hari di mana kita jua menghadapinya...

Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian: 
  • bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
  • bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
  • bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
  • bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...

Pendek kata Buku ini adalah himpunan karya terbaik bab laki bini yang telah di tambah baik, dan di setiap bab akan di wujudkan keisinambungan bagi setiap artikel agar tiada atau kurang ‘plot hole’, dan di hujung setiap bab juga di tambah dengan artikel yang belum pernah di tulis di  blog Kereta Mayat .

Selamat membaca.. ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra