Khamis, 24 Mei 2012

Haikal sedih tak dapat hadiah semasa menyertai Pertandingan mewarna..

with 1 comment
Sempena Pesta Konvo PSIS ke 7 baru-baru ini, anak saya yang pertama Haikal turut menyertai pertandingan mewarna yang diadakan.. Haikal ni takdelah pandai sangat mewarna.. Belum sempat lagi nak berguru dengan ibu beliau "Cikgu Suzana".. ;)

Kalau nak harapkan ayah Haikal yang ajar, lagi tak berkesan.. Sebab level kemahiran mewarna ayah Haikal terlalu tinggi rendah.. Kalau saya masuk pertandingan mewarna dengan budak sekolah rendah pun belum tentu boleh menang.. hehehe ;)


Tak sangka pula anak saya ni bersemangat sungguh nak masuk pertandingan mewarna ni.. Masa Haikal tengah mewarna, ibu beliau sempat menyaksikan skill-skill mewarna Haikal.. Inilah hasilnya..


Haikal berasa sedih disebabkan tidak berjaya mendapat sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.. Maklumlah peserta-peserta lain ramai lagi yang lebih pandai mewarna daripada Haikal.. 

Takperlah Haikal.. Jangan bersedih.. Ini baru kali kedua Haikal menyertai pertandingan mewarna.. Masih ada banyak peluang lagi untuk Haikal.. Ayah nampak pada kali ini ada peningkatan jika nak dibandingkan dengan penyertaan pertama dahulu.. Jangan berputus asa.. Boleh cuba lagi pada lain kali..

Pada kesempatan ini, saya ingin mengabadikan hasil karya Haikal yang ditujukan khas kepada saya dan isteri sempena:
  • Hari Ibu (Untuk Ibu Haikal)
  • Hari Guru (Untuk Ayah dan Ibu Haikal)
  • Hari Ayah (pun ada juga... hehehe)


"Haikal Sayang kamu Ibu-Guru-ayah"

"Selamat Hari Ibu-Guru Ayah 2012"

Saya dan isteri rasa begitu terharu apabila Haikal memberikan kad ucapan yang beliau hasilkan dengan bantuan cikgu beliau, sambil mengucapkan selamat hari Guru dan Hari Ibu.. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Haikal... 


"Ayah hari ni kan hari jadi Ibu, kenapa kita tak belikan kek untuk mama"


Tersentuh hati saya mendengarnya.. Tak sangka anak saya dah dewasa, dah boleh menghargai kami sebagai ibu bapanya.. Terima kasih Haikal.. Terima kasih kepada guru sekolah tadika, pengasuh-pengasuh Haikal, dan semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu saya memberi pendidikan tidak formal kepada Haikal.. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua.. 


Aku bersyukur kepadamu ya Allah.. Di atas segala nikmat yang engkau kurniakan kepada kami sekeluarga.. Amin..

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra