Sabtu, 12 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 6-10)

with 0 Comment
Ok sekarang kita akan bersambung lagi dengan 5 tips yang seterusnya dalam 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg..


Tips ke 6.

Cuba masukkan diet anda dengan makanan yang mengandungi banyak air seperti tomato dan juga labu air.


Ianya mengandungi 90%  hingga 95% air, jadi anda tidak akan rugi apa-apa dengan memakan atau meminum jusnya.

Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang tanpa menambahkan berat badan anda.  

Tips ke 7.

Makanlah buah-buahan yang segar berbanding meminum jusnya.

Jus biasanya telah ditambahkan dengan gula supaya lebih manis tetapi buah - buahan yang segar mengandungi pemanis asli.

Apabila anda makan buah-buahan, anda sebenarnya telah mengambil banyak bahan fiber yang mana diperlukan oleh badan, dan buah-buahan juga adalah sumber vitamin.

Tips ke 8.

Jika anda meminati jus buah-buahan, adalah lebih baik untuk anda memilih jus yang segar berbanding dengan yang telah ditambah dengan perisa dan bahan pewarna.

Atau anda sediakan sendiri jus tersebut tanpa menambah gula kepadanya.


Tips ke 9.

Pilih buah-buahan yang segar berbanding yang telah diproses.

Buah-buahan yang telah diproses dan ditinkan tidak mengandungi banyak fiber seperti buah - buahan segar dan makanan jenis ini biasanya telah ditambahkan gula supaya ia berasa manis.

Tips ke 10.

Lebihkan kandungan fiber dalam makanan anda.
Seperti yang saya telah terangkan, badan memerlukan banyak kandungan fiber.

Jadi cuba masukkan dalam diet anda sebanyak mungkin buah-buahan dan juga sayur-sayuran.


P/s : Jangan lupa singgah ke blog saya lagi pada esok hari untuk mendapatkan 5 lagi tips yang berikutnya.. ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra