Sabtu, 12 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 11-15)

with 1 comment
Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan 5 lagi tips diet untuk mengurangkan berat badan. Teknik yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan adalah dengan memahami keperluan pemakanan kepada kita seperti yang digambarkan dalam piramid makanan.


Terdapat 4 paras yang berbeza dalam piramid makanan iaitu:



Paras 1
Nasi, Mee, Bihun, Roti, Bijirin dan Produk bijirin lain serta ubi-ubian


Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran


Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu


Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam.


Jadi 5 tips yang saya kongsikan pada kali ini mempunyai perkaitan dengan piramid makanan tersebut:

Tips ke 11.

Lebihkan sayur-sayuran.

Sayur-sayuran adalah yang makanan terbaik dalam usaha anda untuk mengurangkan berat badan.

Sayur - sayuran berdaun hijau merupakan yang terbaik.

Masukkan salad selalu di dalam diet anda.


Tips ke 12.

Makanlah secara bijak.

Jangan sesekali makan hanya kerana anda ingin memakan makanan berkenaan.

Tanyalah dahulu diri anda samada anda benar-benar memerlukannya atau tidak.

Tips ke 13.
Lihat apa yang anda makan.

Kawal setiap benda yang masuk ke dalam mulut anda. Kadang-kadang penyeri makanan lebih banyak daripada makanan itu sendiri.

Pengiringnya juga boleh menjadi lebih banyak. Ingat, bahawa adalah menjadi suatu perkara yang paling mudah dalam dunia untuk kita makan sesuatu tanpa mengetahui bahawa kita tidak patut memakannya.

Itu adalah pilihan anda sendiri...

Tips ke 14.

Kawal diri anda daripada memakan makanan yang manis.
Ingat, makanan yang manis pada amnya mengandungi banyak kalori.

Ia adalah perkara yang biasa jika kita menyukai makanan yang manis seperti coklat dan juga manisan.

Jauhkan diri anda daripada makanan jenis ini dan setiap kali anda memakannya, anda tahu bahawa ia akan menambah kepada bahagian lain pada badan anda.

Tips ke 15.

Tetapkan masa makan anda dan amalkannya.

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari.

Masa makan anda boleh berubah dalam selang masa setengah atau  satu jam, tetapi kalau lebih dari itu maka ia akan mengubah paten makan anda yang mana akan menyebabkan anda hilang selera makan atau makan berlebihan.


1 ulasan:

  1. Makan perlukan (pada pendapat saya)untuk diet sihat;
    1. Masa yang sesuai
    2. Jenis Makan
    3. Jumlah Pemakanan
    4. Aktiviti Harian.

    betul tuan blog?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra