Ahad, 15 April 2012

Bijak! Bijak!

with 0 Comment
Wawa pergi ke sungai untuk membasuh pakaian.. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wawa menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara.


Gambar Hiasan..


Ikan: Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati, tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan.. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda..


Wawa: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.


Ikan: Tetapi suami puan akan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini..


Wawa : Tiada masalah


Lalu Wawa menjadi wanita paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wawa ingin menjadi kaya


Ikan : Sekiranya puan ingin menjadi kaya, suami puan akan menjadi 10 kali lebih kaya


Wawa : Tak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. 


Maka, jadilah Wawa wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.


Ikan: Permintaan ketiga puan?


Wawa : Aku nak serangan jantung yang ringan..


P/s: Cerita ini tidak harus dicontohi oleh para isteri di luar sana.. Janganlah kita asyik memikirkan dunia semata-mata sebaliknya fikirkan juga kehidupan kita diakhirat kelak.. Fikirkanlah kesejahteraan hidup bersama suami di dunia dan akhirat.. Semoga kita akan sentiasa mendapat kesenangan hidup untuk selamanya..

Sumber : Mingguan Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra