Ahad, 4 Disember 2011

Kelebihan Berpuasa Sunat Pada 10 Muharram..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap betul masa berlalu... Seperti baru semalam kita menyambut tahun baru 1433 hijrah... Dalam tak sedar kita telah pun berada pada 9 Muharram... Tinggal satu hari lagi sebelum kita melangkah ke 10 Muharram atau dikenali sebagai hari Aasyura..

Pada hari Aasyura ini, umat Islam disunatkan untuk berpuasa... Berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya tahu, Hari Asyura merupakan hari yang paling Afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadhan dan hari Arafah...

Kelebihan berpuasa sunat pada Hari Asyura ini ialah Allah SWT akan menghapuskan dosa kita selama setahun.. Ini merupakan salah satu Anugerah Allah SWT kepada kita sebagai hambanya yang sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kelemahan..  Tambahan pula hidup dalam zaman sekarang ini, yang mana televisyen dan internet merupakan satu keperluan.. Bila kita menonton sahaja television atau melayari internet, kita tidak akan terlepas daripada melihat perempuan yang mendedahkan aurat (Dah kira berdosa dah tu)...

Kalau nak cerita bab dosa ini dah tidak dapat dielakkan pada zaman sekarang ini. Pergi sahaja mana-mana ada sahaja dosa yang menanti. Terlalu Sukar untuk kita mengelakkan diri daripada melakukan dosa pada setiap hari...

Jadi Hari Asyura merupakan salah satu hikmah daripada Allah SWT kepada hambanya sebagai sebab untuk mengampunkan dosa dan bertaubat..

Sempena Hari Asyura ini paling Afdal sebenarnya kita disunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram.. Tetapi jika tidak berupaya maka disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.. Tetapi jika tidak berupaya juga, maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram...





Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." 
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Jadi bersempena Hari Asyura ini, saya mengajak anda untuk berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.. Semoga amal ibadah kita diterima disisi Allah S.W.T dan meletakkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman...

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra