Selasa, 22 November 2011

Disney Magic English sesuai untuk anak anda...

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang satu set produk pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun untuk mempelajari Bahasa Inggeris...

Produk yang saya maksudkan adalah Disney Magic English...


Satu Set Disney Magic English ini dilengkapi dengan 26 buah buku, 26 buah DVD Interaktif dan percuma satu rak penyimpanan DVD dan buku... 


Satu Set Disney Magic English

Buku-buku dan DVD-DVD yang telah disusun di atas Rak..

Setiap buku dan DVD Interaktif ini disediakan secara berpasangan.. Setiap pasangan (DVD+buku) mempunyai isi kandungan yang sama membuatkan kanak-kanak dapat mempelajari bahasa Inggeris melalui pelbagai kaedah pembelajaran seperti pembacaan, permainan game dan menonton isi kandungan DVD...

Kanak-kanak boleh memilih isi kandungan yang dikehendaki pada setiap DVD...

Isi kandungan dalam buku dan DVD juga tidak membosankan.. Terdapat cerita, permainan perkataan, lagu, pilihan gambar, puzzle, memadankan gambar dengan suara dan sebagainya... 

Isteri saya membeli Satu set Disney Magic English ini daripada seorang jurujual di pejabat beliau bekerja tanpa meminta pendapat saya terlebih dahulu...

Apabila beliau memberi tahu kepada saya, beliau ada membeli satu set Disney Magic English dengan harga melebihi RM1,000 saya mula rasa tak senang duduk dibuatnya...rasa marah juga pada mulanya... 

Ialah beli barang mahal-mahal... Kemudian, kita pula tak tahu sejauh mana keberkesanan produk tersebut... Walaupun bayaran dibuat secara ansuran RM60 sebulan selama 2 tahun, tapi kena keluar duit jugalah kan...

Isteri saya cuba menerangkan kepada saya rasional beliau membeli produk tersebut...
  1. Anak saya suka menontot televisyen. Rancangan yang kerap ditontonnya adalah cerita kartun dan Ultraman yang tidak mendatangkan apa-apa faedah...
  2. Kami sedang mencari satu alternatif sebelum ini untuk mengurangkan atau menghindarkan anak kami daripada suka menonton cerita ultraman yang berunsur keganasan
  3. Kami sedang mencari sesuatu perkara berfaedah yang dapat menarik minat anak kami seperti bahan bacaan atau CD pembelajaran
  4. Kami tidak mempunyai kemahiran atau pendekatan yang terbaik untuk mengajar anak kami Bahasa Inggeris.. Jadi diharap melalui cara ini anak kami dapat mempelajari Bahasa Inggeris dengan mudah... 
Hari pertama isteri saya menunjukkan produk tersebut kepada anak sulung saya, Haikal (4 Tahun)... Beliau begitu berminat sekali dengan DVD interektif tersebut...  Namun begitu ianya bertahan selama 2 hari sahaja... Kemudian beliau dengan tabiat lamanya iaitu suka menonton cerita kartun dan Ultraman...

Risau juga kami dibuatnya... Kami telah mengeluarkan satu perbelanjaan yang besar ke arah kebaikan anak-anak kami tetapi ianya seakan tidak berjaya...

Tetapi kami terus bersabar dengan perangai anak-anak kami... Kami cuba pelbagai cara supaya anak-anak kami berminat untuk menonton DVD dan buku Disney Magic English tersebut... Antara langkah yang kami lakukan adalah dengan membekalkan buku tersebut semasa menghantar mereka ke rumah pengasuh...  

Syukur Alhamdulillah... Lama-kelamaan anak saya Haikal mula menunjukkan minat untuk menonton DVD-DVD tersebut dan juga kerap kali menyuruh saya membacakan isi kandungan buku-buku tersebut...

Sekarang ni setiap kali berada di rumah sahaja, beliau meminta saya memasangkan satu demi satu DVD Disney Magic English... Kemudian beliau meminta bantuan saya untuk menyelesaikan Puzzle, meneka gambar, mengisi tempat kosong dan sebagainya...

Sekarang ni saya dan isteri pula rasa sedih disebabkan tak berpeluang untuk menonton televisyen.. Walaubagaimanapun saya rasa sangat gembira disebabkan ada perubahan positif pada diri anak saya... 

Hasil daripada pembacaan buku dan menonton DVD Disney Magic English, banyaklah juga perkataan english yang terkeluar dari mulut beliau setiap kali saya bertanyakan tentang sesuatu benda...

Bila difikirkan balik, berbaloi pelaburan isteri saya membeli Disney magic English ni... Terima kasih isteriku.... Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat... Insya Allah..

3 ulasan:

  1. Boleh sy tahu berapa harga 1 set sbb sy sdg survey harga.terima kasih

    BalasPadam
  2. boleh saya tahu di mana saya boleh membeli set in dengan rak sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isteri saya membeli Disney Magic ni daripada seorang jurujual yang datang ke Office beliau... Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 2 tahun... Sekiranya awak benar-benar berminat, boleh tinggalkan nombor telefon awak... Nanti saya hubungi awak... Tq..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra