Seperti yang kita semua sedia maklum.. Pada 1 dan 2 Jun merupakan hari cuti umum bagi negeri Sarawak.. sempena sambutan Perayaan hari Gawai..
Jadi saya, isteri dan anak-anak menggunakan peluang ini untuk membawa pengasuh anak saya berserta dua orang sanak saudaranya untuk berjalan-jalan ke bandar Sibu..
Mungkin inilah peluang terakhir yang ada.. untuk kami pergi berjalan-jalan bersama-sama..
Nak dijadikan cerita.. Rakan sekerja kami suami dan isteri dengan murah hati nak belanja kami makan..
Di satu tempat yang menyajikan makanan yang enak.. Kira nak buat surprise lah tu..
Rakan saya ini merupakan owner kepada blog Jam kaki5. Sekiranya ada yang berminat untuk melihat jam koleksi boleh berkunjung ke blog beliau di pautan berikut: http://jamkaki5.blogspot.com/
Kami pun tanpa segan silu menerima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka.. Orang nak belanja.. rugi tolak rezeki.. Betul tak??
Lagipun kami dah kekeringan idea untuk mencari tempat makanan menarik di Sibu.. Balik-balik makan di tempat yang sama sahaja.. Jadi nak merasa juga makan di tempat lain yang mempunyai masakan yang sedap.. Terutamanya di saat-saat terakhir kami berkhidmat di sini..
Bila sampai masa yang dijanjikan iaitu pada jam 8 malam... Jeng.. Jeng.. Jeng...
Roy Corner..
Kedai makan ini terletak berhampiran dengan Masjid Sibu.. Bila sampai simpang Tiga penjara Sibu dan Masjid Sibu.. Belok ke kiri..
Kemudian terus sampai jumpa satu simpang.. Kedai makan ini berada di sebelah kanan jalan.. Betul-betul terletak di simpang tersebut..
Roy Corner terletak di No.4, Kg Halia..
Sehingga ke hari ini.. Inilah kedai makan yang menyediakan makanan yang paling sedap yang pernah saya dan isteri kunjungi di Sibu..
Mungkin ada kedai lain yang belum pernah saya singgah.. Tapi antara banyak-banyak kedai makan yang pernah saya singgah di Sibu.. Inilah kedai pilihan pertama yang akan saya syorkan kepada anda..
Untuk makan sahaja yer.. Untuk lain-lain saya tak syorkan anda berkunjung ke kedai ini..
Tapi malangnya, saya tak sempat nak tangkap gambar makanan disebabkan melayan ragam anak-anak saya.. Saya agak "tertinggal kapal" sewaktu aktiviti menjamu selera telah bermula..
Berselera sungguh mereka menjamu selera.. Jangan lupakan saya pula... ;)
Antara gambar pengunjung yang sempat saya ambil..
Paip air misteri yang terdapat di kedai ini.. dari mana punca air ini datang?? Dan kenapa air dalam bekas tersebut tak penuh-penuh??
Syukur Alhamdulillah.. Walaupun nasi yang dihidangkan sepinggan terlalu banyak untuk dihabiskan (Sama dengan 2 pinggan nasi di kedai-kedai makan biasa).. Tapi boleh dikatakan semua orang berjaya menghabiskan nasi tersebut..
Maklumlah ayam panggangnya sedap, sup tulangnya sedap, ulam dan sambal belacannya sedap, masakan kerangnya sedap, sayur kangkungnya sedap.. Kedai makan ini boleh mendapat 4.75 bintang daripada 5 bintang..
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat En Fadhillah dan Isteri kerana bawa kami makan di kedai ini.. Dan seterusnya belanja kami makan di sini.. Kami berasa sangat terkilan disebabkan baru pertama kali berkunjung ke kedai ini setelah lebih 5 tahun berada di Mukah..
Mungkin ini kali pertama dan yang terkahir kami dapat menikmati makanan di kedai ini.. huhuhu.. Sedihnya..
nasi ayam penyek mcm best!
BalasPadampapip air tu mcm pelik jeh
erkk..tu kan restoran "bapok"?
BalasPadamRoy bbadan sasa tu kan...pernah makan sini tiap kali out station hhahaha...sedap jugak lah!
jalan-jalan serawak melalaui blog ini...
BalasPadamPenah gi kuting sblm ni tapi sibu lum lagi.
BalasPadamFrom : Follower ke 500 (cantik gak no ni)
bukan kampung halia la...tapi kampung hilir. tentang paip air tu..bukan misteri..gunakan pam air untuk recycle airnya macam pam kolam buatan tu. tapi memang cantik deco kedai ni. ala-ala santai gitu. sekampung kami ni.
BalasPadamTerima kasih kerana perbetulkan... Tempat tersebut adalah kampung Hilir.. Dan tentang paip air misteri tersebut saya dah pun tahu rahsianya sehari sebelum saya berpindah ke semenanjung... Terima kasih di atas perkongsian info...
BalasPadamThanks for the marvelous posting! I actually enjoyed reading
BalasPadamit, you could be a great author. I will be sure to bookmark your blog and definitely will come back
someday. I want to encourage yourself to continue your
great work, have a nice day!
Also see my site > barbecue weber charbon
Salam, memang sedap betul tempat nie ek. Saya menetap di Sibu skrg, dah bbrp kali try nak g pegi makan sini, tapi selalu ada halangan...insyalah satu hari nant nak try gak makanan kat sini... satu lg tempat makan menarik yang baru buka kat sibu nie adalah kedai PAK SOH TOMYAM... tomyam dia mmg mavelouus...kedainya dekat bandung...
BalasPadamkede makan roy koh. kelas kau jahh
BalasPadam