Sabtu, 9 April 2011

Karnival Inovasi Robocon Dan Go-Cart 2011

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya beberapa perkara yang telah dirancang pada minggu lepas telah pun berjaya dilaksanakan..

Ini semua berkat kerjasama, usaha gigih dan saling bantu membantu diantara rakan-rakan sekerja dan para pelajar.. Tahniah saya ucapkan..

Pada minggu lepas iaitu pada 6 dan 7 April Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak telah berjaya menganjurkan Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011 yang diadakan di Dewan Serbaguna (DSG).. Bermula jam 9.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang..

Tujuan utama Karnival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan projek-projek pelajar semester akhir untuk tatapan para pengunjung.. Disamping perkongsian ilmiah hasil daripada projek-projek semester akhir yang telah berjaya disiapkan..

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang diadakan disepanjang Karnival ini berlangsung.. Antaranya ialah:-
  1. Pembentangan dan Penilaian Projek Pelajar Semester Akhir
  2. Pameran Projek Pelajar Semester Akhir Peringkat Diploma Dan Sijil Jab. Kej. Elektrik
  3. Pameran Projek Pelajar Semester Akhir Diploma Jab. Kej. Mekanikal
  4. Pameran Projek Pelajar Semester Akhir Diploma Jab. Kej. Awam
  5. Pertandingan Robocon
  6. Perlumbaan Go-Cart
  7. Perlumbaan Formula Future
Sekiranya anda berminat untuk melihat gambar-gambar disepanjang kejohanan ini diadakan, anda boleh klik pada pautan-pautan di bawah:-

Gambar-gambar Pameran 20W Amplifire And Subwoofer (Klik Di Sini)
Gambar-gambar Pameran Robocon (Klik Di Sini)
Gambar-gambar Pertandingan Robocon (Klik Di Sini)

Karnival Inovasi ini sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan semangat inovasi di kalangan seluruh warga kerja dan para pelajar di Politeknik Mukah Sarawak..

Program seumpama ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang.. Dalam masa yang sama perlu ada penambah baikan dalam setiap projek pelajar dari masa ke semasa supaya budaya R&D dapat diwujudkan di PMU..

Sebagai contoh, pada tahun lepas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya menganjurkan program seumpama ini pada tahun lepas dengan hanya fokus pada Go-Cart semata-masa..

Tetapi pada tahun ini terdapat penambahbaikan yang telah dilakukan iaitu dengan menghasilkan minibike, pameran robot dan juga pertandingan Formula Future..

Tahniah diucapkan kepada orang-orang kuat yang bersungguh-sungguh untuk mengadakan karnival inovasi ini seperti Encik Mahdzir Jamia'an, En. Hisyamsani Bin Idris, Penyelaras projek Jab. Kej. Mekanikal, Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah dan Staf Jabatan Kej. Elektrik, Pensyarah dan Staf Jab. Kej. Mekanikal, Pensyarah Jab. Kej. Awam dan semua pelajar dan AJK yang mengambil bahagian dalam Karnival ini..

Disebabkan Karnival Inovasi ini diputuskan untuk dilaksanakan pada saat-saat akhir, jadi sudah pasti terdapat ruang penambah baikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.. Antara penambah baikan yang perlu diberi perhatian adalah dari sudut Publisiti..

Sebenarnya PMU telah berjaya mengadakan satu Karnival inovasi yang besar.. Tapi sayangnya tiada jemputan/hebahan kepada pihak luar untuk menyaksikan karnival inovasi ini terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Mukah..

Jadi cadangan penambah baikan pada masa akan datang karnival inovasi ini perlu dihebahkan kepada seluruh warga Politeknik Mukah Sarawak dan juga masyarakat di sekitar Mukah.. Secara tidak langung ia juga akan dapat mempromosikan Politeknik Mukah Sarawak..

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Akhir kata saya ingin mengatakan..

KITA BOLEH, ANDA BOLEH, SEMUA ORANG BOLEH..
KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA SEMUA..


Anda Juga Mungkin Meminati:
Karnival Inovasi Robocon Dan Go-Cart (Bah. 1)
Perkhemahan Polibriged PMU Siri 2
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra