Kebanyakan daripada kita tentunya telah mula kembali ke tempat kerja untuk mula bertugas. Kepada yang sedang memandu saya ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.
Bagi rakan-rakan yang ingin kembali ke Mukah, saya doakan semoga anda terus tabah melalui jalan-jalan berliku Diantara Persimpangan Balingian dengan Selangau.. Perjalanan saya pulang ke Kampung pada kali ini melalui jalan udara. Jadi saya tidak berpeluang untuk merentasi jalan tersebut yang penuh dengan cabaran dan dugaan..
Kali terakhir saya menggunakan jalan tersebut adalah pada 21 Julai 2010.. Pada ketika itu jalannya masih agak teruk dan saya beranggapan ianya sudah semakin baik sempena musim perayaan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa kali terakhir melalui jalan tersebut iaitu pada 21 Julai 2010.
Persoalannya, adakah jalan tersebut telah semaik baik atau semakin teruk?
Jalan raya sejauh 52 km ini dijangka akan siap pada penghujung tahun ini. Saya percaya ramai orang mengharap supaya jalan ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ini kerana jalan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Mukah dengan bandar-bandar besar seperti Bintulu, Sibu, Miri dan Kuching..
Diharapkan jalan ini akan sentiasa menjadi semakin baik dari hari ke hari. Ini supaya, kita dapat menarik lebih ramai orang luar untuk datang ke Mukah dalam keadaan yang tenang dan selesa.
0 comments:
Catat Ulasan