Ahad, 27 Jun 2010

Pengangkutan Ke Mukah Sarawak..

with 2 comments
Suatu ketika dahulu pengangkutan ke Mukah Sarawak merupakan suatu yang hangat diperkatakan.. Tetapi pada hari ini, walaupun isu tersebut masih ada, tetapi ianya telah sedikit reda dengan pertambahannya beberapa kemudahan pengangkutan di samping jalan utama yang menghubungi Mukah dan bandar-bandar besar semakin baik daripada sebelum-sebelum ini..

Untuk ke Mukah anda boleh menggunakan 3 pengangkutan samada melalui darat, sungai ataupun udara.. Kesemua kemudahan ini ada kelebihan dan kelemahan masing-masing namun apa yang pasti semua perkhidmatan tersebut lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Sebagai contoh pengangkutan udara telah di tambah jadual penerbangannya daripada beberapa kali seminggu kepada 3-4 kali sehari.. Jadi anda mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menaiki kapal terbang berbanding sebebelum-sebelum ini yang terpaksa bersaing untuk berpeluang menaiki kapal terbang.. huhuhu..

Menaiki kapal terbang dari Mukah ke Kuching atau Mukah ke Miri memberi pengalaman berharga kepada anda. Ini kerana ianya seakan-akan anda menaiki sebuah bas mini. Anda berpeluang untuk melihat pemandu (pilot) kapal terbang mengendalikan pesawat tersebut. Untuk saya kongsikan pengalaman tersebut, saya turut sertakan beberapa keping gambar seperti berikut:-





Bagi pengangkutan air pula anda mempunyai pilihan samada menaiki bot kecil atau bot besar. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Suatu ketika dahulu saya teringin sangat hendak menaiki bot besar. Ini kerana ianya lebih selesa dan lebih stabil. Sudah tentu saya akan dapat merasai lebih kepuasan sekiranya menaiki bot besar berbanding bot kecil. Untuk pengetahuan pembaca semua untuk menaiki bot besar dari Mukah, anda perlu berada di Jeti Dalat sebelum jam 6.30 pagi.. Dan untuk menaikinya dari Sibu anda perlu berada di jeti Sibu sebelum pukul 11.30 pagi..

Nak dijadikan cerita suatu hari saya berpeluang menaiki bot besar pada jam 11.30 pagi dari Sibu.. Tetapi pada hari itu kebetulan saya merasai suatu pengalaman yang kurang menyeronokkan semasa menaiki bot besar. Pertamanya ialah bot besar yang saya naiki di tahan oleh penguat kuasa sungai. Setiap penumpang di dalam bot diperiksa dokumen kewarganegaraan seorang demi seorang. Nasib baik saya bawa kad pengenalan, kalau tidak saya akan dibawa menaiki bot penguat kuasa sungai ke pusat tahanan di Sibu.. Huhuhu..

Disebabkan bilangan penumpang dalam bot besar tersebut ramai, pemeriksaan tersebut berlangsung selama satu jam dan membuatkan bot tersebut berhenti di tengah-tengah sungai selama tempoh masa tersebut. Hilang masa saya sejam di situ..huhuhu

Perkara ke dua yang tidak menyenangkan hati saya adalah terdapat sebuah beg yang terjatuh ke dalam sungai semasa perjalanan. Habis basah beg tersebut. Nasib baik bukan beg saya yang mengandungi dokumen-dokumen peperiksaan.. Kalau tidak nahaslah saya.. huhuhu..



Untuk pengangkutan darat pula sama seperti biasa cuma keadaan jalan semakin baik. Jika suatu masa dahulu perjalanan saya dari Sibu ke Mukah mengambil masa 4 jam, tetapi kini dalam masa 3 hingga 3 setengah jam sahaja. Jadi kepada anda yang ingin ke Mukah, anda tidak perlu lagi risau tentang pengangkutan.. Tetapi terlebih dahulu saya syorkan anda buat semakan diinternet di laman web maswing.com..

Tetapi sekiranya anda ingin menimba pengalaman untuk merasai kenikmatan menggunakan alternatif lain, ianya sangat dialu-alukan. Seperti rakan-rakan saya yang menjejaki alumni-alumni UTHM yang hadir ke Mukah baru-baru ini. Mereka berpeluang merasai pengalaman menaiki bas, menaiki bot dan akhir sekali menaiki kapal terbang.. Jadi mereka telah merasai pekej yang lengkap perjalanan ke Mukah.. Syabas saya ucapkan kepada delegasi CARE UTHM atas kunjungan ke Mukah tempoh hari..

2 ulasan:

  1. Menaiki kapal terbang dari Mukah ke Kuching atau Mukah ke Miri memberi pengalaman berharga kepada anda. Ini kerana ianya seakan-akan anda menaiki sebuah bas mini. Anda berpeluang untuk melihat pemandu (pilot) kapal terbang mengendalikan pesawat tersebut. Untuk saya kongsikan pengalaman tersebut, saya turut sertakan beberapa keping gambar seperti berikut:-
    grey couch covers
    tesco sofa covers

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra