Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebenarnya dah lama saya nak tulis perkara ni..
Iaitu sejak bermulanya game pertama Argentina di peringkat kumpulan lagi..
Tapi disebabkan keterbatasan masa yang ada, membuatkan saya terpaksa menangguhkan dahulu penulisan ini.
..
Kalau korang perasan, setelah berakhir cabaran World Cup 2022..
Ramai yang menyangka, kemungkinan Messi tak akan bermain dalam World Cup 2026..
..
Kalau main pun, sekadar untuk melengkapkan sebuah pasukan.. disebabkan umur beliau 39 tahun, yang boleh dikatakan agak tua untuk beraksi sebagai pemain profesional, terutamanya di pentas bola sepak paling berprestij di dunia.
Kredit dari Youtube : Perlawanan Pusingan Separuh Akhir WorldCup 2026
..
Sebenarnya saya juga mempuyai pendapat yang sama... Iaitu kehadiran Messi menyarung Jersey Argentina berperanan sebagai "otak" argentina, sebagai motivator, sebagai ketua, sebagai pendorong, sebagai pembakar semangat dan yang seumpama dengannya.
..
Bukan lagi sebagai seorang penyerang atau pemusnah seperti barisan pemain-pemain muda yang lebih bertenaga lincah dan agresif.
..
Bukan lagi sebagai seorang penyerang atau pemusnah seperti barisan pemain-pemain muda yang lebih bertenaga lincah dan agresif.
..
Tetapi, siapa sangka...
Dalam usaha beliau memainkan peranan sebagai "otak" argentina, sebagai motivator, sebagai ketua, sebagai pendorong, sebagai pembakar semangat.. Mampu meledakkan 3 gol (hatrik) dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, sekaligus menyamai rekod penjaring terbanyak kejohanan WorldCup sepanjang masa...
..
Kemudian diikuti dengan jaringan gol demi gol yang berterusan dalam setiap perlawanan.. sehingga berjaya mendahului carta jaringan gol terbanyak bagi World Cup 2026 setakat ini dengan 8 gol dan 4 "assist"..
Kemudian diikuti dengan jaringan gol demi gol yang berterusan dalam setiap perlawanan.. sehingga berjaya mendahului carta jaringan gol terbanyak bagi World Cup 2026 setakat ini dengan 8 gol dan 4 "assist"..
..
Memang ramai yang tidak menyangka perkara ini akan berlaku dari seorang pemain yang telah berumur 39 tahun..
Tapi Messi telah melakukannya..
dan telah membuktikannya..
Ramai orang ingat Messi memimpin dengan kaki dia. Tapi Lautaro kata, sebenarnya kata-kata Messi lagi mahal daripada assist dia.
Gol kemenangan Lautaro Martínez ke atas England pada minit 90+2 memang akan diingat sebagai satu lagi assist Lionel Messi. Kalau tengok statistik nanti, orang cuma nampak nombor 1 assist. Habis cerita.
Tapi bagi Lautaro, ada satu benda yang lagi besar... benda yang langsung tak masuk dalam statistik.
Masa kedudukan masih 1-1 dan perlawanan dah masuk minit-minit terakhir, Messi datang dekat Lautaro dan cakap ringkas jer...
"Lari masuk ruang antara pertahanan mereka. Kejar bola tinggi. Teruskan berlari."
Lautaro terus ikut. Tapi tak menjadi. Ruang tu belum terbuka, bola pun tak sampai.
Kalau pemain lain, mungkin dah tukar cara. Lautaro sendiri sempat pandang ke arah Messi, macam tunggu arahan baru.
Tapi Messi cuma bagi isyarat...
"Teruskan."
Tak perlu ubah apa-apa.
Terus buat benda yang sama.
Macam dia dah tahu, peluang tu memang akan muncul. Bukan sebab nasib, tapi sebab dia nampak sesuatu yang orang lain belum nampak.
Dan beberapa minit kemudian...
Betul-betul jadi.
Ruang yang tadi sentiasa tertutup akhirnya terbuka.
Messi terima bola, angkat kepala dan hantar bola tepat ke ruang yang dia tunjuk dari awal tadi.
Lautaro buat larian yang sama macam sebelum ni.
Kali ni... menjadi.
Gol pada minit 90+2. Argentina pun sah mara ke final Piala Dunia.
Lautaro kata..
"Itulah bezanya Messi dengan pemain lain."
Ramai orang akan puji gol, assist atau skill mengelecek dia.
Tapi pengaruh paling besar Messi sebenarnya datang daripada benda yang kamera tak selalu rakam.
Cara dia baca permainan.
Cara dia nampak peluang lebih awal.
Dan cara dia buat rakan sepasukan terus yakin, walaupun cubaan pertama tak berjaya.
Kredit dari Youtube : Perlawanan Pusingan Separuh Akhir WorldCup 2026
Sekarang umur Messi dah 39 tahun.
Mungkin dia dah tak selaju dulu.
Dah tak selalu mengelecek lima-enam pemain macam zaman muda-muda dulu...
Tapi, ada satu benda yang masih sama...
"Otak bola" dia masih beberapa langkah di depan pemain lain.
Bukan sebab kaki dia lebih laju.
Tapi, sebab fikiran dia sentiasa nampak permainan lebih awal.
Sebab itulah setiap kali Argentina berada dalam keadaan susah, semua pemain tetap akan cari Messi.
Bukan semata-mata sebab dia kapten.
Tapi sebab mereka percaya...
Kalau Messi dah nampak jalan keluar, tinggal tunggu masa je sebelum jalan itu betul-betul terbuka.
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
- Tahniah Spain dan Argentina atas kejayaan Mara ke Final World Cup 2026
- Good Luck Messi!!
- Senarai 4 pasukan yang berjaya mara ke Separuh Akhir World Cup 2026
- Senarai 8 Pasukan Yang Berjaya Mara ke Peringkat Suku Akhir World Cup 2026
- Senarai 16 Pasukan Berjaya Mara ke Pusingan Top 16 World Cup 2026
- Cabaran World Cup 2026 : Hadiah Menarik menanti anda
- Senarai 32 Pasukan Berjaya Mara ke Pusingan Top 32 World Cup 2026
- Video : Jaringan Messi di Perlawanan ke dua Peringkat Kumpulan telah memecahkan Rekod Penjaring Gol WorldCup Terbanyak Sepanjang Zaman
- Anuar Bercerita Tentang Bola Sepak
- Brazil Bakal Menjulang Trofi Piala Dunia 2014?
- Jaringan Leonel Messi membantu Argentina mengalahkan Bosnia 2-1
@muhamadanuarmarsib Sempena kejayaan Messi dan Argentina mara ke Final WorldCup 2026, Jom Masak Laksa Lemak bersama Anuar.. #FifaWorldCup #FifaWorldCup2026 #LaksaLemak #DapurAnuar #Messi ♬ original sound - blog Zahin Travel




0 Ulasan