HARI ARAFAH & GANJARAN ZULHIJJAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🤍

Alhamdulillah, kita kini berada dalam hari-hari terbaik Zulhijjah — hari yang penuh keberkatan, keampunan dan peluang menggandakan pahala.

🌙 Hari Arafah bakal tiba…

Hari yang sangat istimewa buat umat Islam. Walaupun kita berada di Malaysia dan tidak berwukuf di Arafah, kita masih boleh merebut ganjaran besar dengan memperbanyakkan amal ibadah.

Amalan di Hari Arafah
Amalan di Hari Arafah


9 Zulhijjah – Hari Penuh Keampunan & Rahmat

Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
(HR. Tirmidzi)

Hari ini bukan sahaja penting bagi jemaah haji yang berada di Padang Arafah, malah umat Islam di seluruh dunia juga digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah.


Antara amalan yang digalakkan di Malaysia pada Hari Arafah:


1) Berpuasa sunat Arafah

Puasa pada hari Arafah mempunyai ganjaran yang sangat besar. Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa pada hari tersebut dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

“Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
(HR. Muslim)

Niat Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”


2) Perbanyakkan doa & istighfar

Hari Arafah adalah antara waktu paling mustajab untuk berdoa. Gunakan peluang ini untuk memohon:
  • Keampunan dosa
  • Kesihatan dan keberkatan hidup
  • Kebaikan dunia dan akhirat
  • Kemudahan rezeki
  • Kebahagiaan keluarga

Luangkan masa untuk benar-benar bermunajat kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

Boleh klik pada 2 link di bawah yang mengandungi Himpunan Doa-Doa di Hari Arafah daripada Tabung Haji:


3) Membaca Al-Quran

Ambillah masa untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Selain membaca, cuba fahami makna dan pengajaran daripada setiap ayat yang dibaca agar hati menjadi lebih tenang dan dekat dengan Allah SWT.


4) Perbanyakkan Zikir

Antara amalan terbaik pada Hari Arafah ialah memperbanyakkan zikir seperti:
  • Tasbih
  • Tahmid
  • Tahlil
  • Takbir

Basahkan lidah dengan mengingati Allah sebanyak mungkin sepanjang hari.


5) Solat sunat & qiyamullail

Dirikan solat sunat seperti:
  • Solat Tahajud
  • Solat Taubat
  • Solat Dhuha
  • Solat Hajat

Selain itu, perbanyakkan doa sama ada di rumah atau di masjid.


6) Bersedekah dan Bantu Orang Lain

Perbanyakkan sedekah dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun sedikit, bantuan yang ikhlas mampu meringankan beban saudara seagama.


7) Luangkan Masa Bersama Keluarga

Hari Arafah juga sesuai dijadikan masa untuk memperkukuhkan ukhuwah bersama keluarga tersayang. Isi masa dengan aktiviti yang membawa kebaikan dan ketenangan.


8) Ilmu & Muhasabah Diri

Gunakan masa untuk:
  • Menonton kuliah agama
  • Membaca buku ilmiah
  • Bermuhasabah diri
  • Menilai kembali amalan harian

Hari Arafah adalah waktu terbaik untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.


9) Melaksanakan ibadah korban Semasa Hari Raya AidilAdha

Bagi yang berkemampuan, boleh menyertai Ibadah Korban semasa Hari Raya Aidil Adha yang dilaksanakan di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia. 

Selain di Malaysia, kita juga boleh menyertai Ibadah Korban dan Akikah yang di laksanakan di negara-negara lain termasuk Mekah. Ramai orang suka melaksanakan Ibadah Korban di Mekah di sebabkan kelebihan bagi orang yang melakukan amal ibadah di sana.

Berminat nak tahu amalan-amalan Ibadah yang dapat kita laksanakan di Mekah, walaupun kita tidak berada di sana.. Boleh klik pada butang di bawah..


Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari neraka lebih banyak daripada hari Arafah.”
(HR. Muslim)

Hari Arafah merupakan peluang besar untuk setiap Muslim meningkatkan ibadah, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dan mengejar keampunan-Nya.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memanfaatkan Hari Arafah dengan amalan-amalan yang diberkati dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Aamiin.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan keberkatan rezeki, kesihatan serta menjemput kita semua menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci suatu hari nanti 🤍


Ikhlas daripada,


Semoga bermanfaat..


Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib 📌 Tarikh Penting Zulhijjah 1447H / 2026 🗓 1 Zulhijjah 1447H: 18 Mei 2026 (Isnin) 🌙 Puasa Sunat 1 – 9 Zulhijjah: 18 Mei hingga 26 Mei 2026 🤲 Hari Arafah (9 Zulhijjah): 26 Mei 2026 (Selasa) 🕌 Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah): 27 Mei 2026 (Rabu) 🐄 Hari-hari Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah): 28, 29 & 30 Mei 2026 Jangan lupa Save Tarikh-tarikh penting ini.. Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah 1447H.. #Zulhijjah #RayaHaji #RayaAidiladha #IbadahKorban #fyp ♬ Menuju Berkah-Mu Ya Allah - Taufiq Al-Munir

Catat Ulasan

0 Ulasan