Cara Buat Video AI : Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu (Belajar AI Siri 10)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam post pada kali ini saya akan kongsikan Cara Buat Video AI yang cute Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu
..
Cuma saya tidak akan kongsikan terlalu detail cara untuk menghasilkan video ini.. Disebabkan saya dah kongsikan teknik-teknik menghasilkannya dalam post-post sebelum ini... Asyik nak ulang perkara basic, nanti anda rasa bosan pula..

Bagi anda yang baru pertama kali belajar nak buat video Ai, boleh baca post-post sebelum ini...

Baiklah, kali ni saya kongsikan Cara Buat Video AI Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu ...

Yang nampak menarik pada pandangan peribadi saya... Sebab rasa cute, boleh tengok dua haiwan comel ni bawa kereta..


Cara Buat Video AI : Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu..
 
Video AI : Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu
Video AI : Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu



1) Hasilkan Prompt Video di ChatGPT 

Minta ChatGPT hasilkan Prompt untuk hasilkan Video AI Bila Oyen Bawa Kereta Hujung Minggu.
Tak perlu ChatGPT berbayar.. ChatGPT percuma sahaja sudah memadai.

Tulis sahaja Prompt apa yang anda nak ChatGPT sediakan..
Jadikan ChatGPT ni macam kawan kita..
Minta jer macam-macam sampai kita rasa puas hati.. 

Contoh yang saya buat:



Sebenarnya saya dah pun generate Video melalui Prompt Json asal yang telah diberikan..
Cuma saya tidak berpuas hati dengan hasilnya..

Jadi, saya pun komenlah kepada ChatGPT, minta baiki Prompt..
Anggap ChatGPT ni macam kawan kita..
Minta macam-macam dengan ChatGPT..

Bila dah siap satu video, nak tambah lagi kandungan video, juga boleh tambah order prompt tambahan... Macam kita tambah order makanan dekat kedai Mamak...
Senang kan.. ;)





Hasil Format JSON Prompt untuk Video pertama 


Hasil Format JSON Prompt untuk Video Kedua 




3) Copy Prompt dari ChatGPT dan Paste di Google Flow untuk Hasilkan Video Ai.


Login guna akaun Gmail :

Setiap hari Google akan berikan 50 kredit secara Percuma
Setiap hari Google akan berikan 50 kredit secara Percuma

Klik Butang Project baru
Klik Butang Project baru

Paste Prompt di sini
Paste Prompt Video Pertama Format Json Code di sini

Ikut setting seperti dalam gambar

  • Pilih Video - Sebab kita nak buat video
  • Pilih Ingrediant - sebab kita nak hasilkan video dengan Prompt
  • Pilih saiz 9:16 untuk paparan video di Tiktok
  • Pilih 1x untuk menghasilkan 1 video sahaja (Setiap video yang dihasilkan minimum 10 kredit akan ditolak)
  • Boleh pilih ikut qualiti video yang anda inginkan:
           - Veo 3.1 - Lite (10 kredit)
           - Veo 3.1 - Fast (20 kredit)
           - Veo 3.1 - Quality (100 kredit)

  • Tekan butang anak panah untuk generate Video

Nota : Disebabkan kredit Percuma yang disediakan cuma 50 kredit sahaja sehari, jadi anda hanya sesuai menggunakan Veo 3.1 - Lite sahaja dengan penolakan 10 kredit bagi setiap video yang dihasilkan. Nak dapatkan kredit yang banyak Pada harga harga yang murah? Boleh sertai -> AI Academy

Video pertama telah dihasilkan

4) Cara hasilkan Video Kedua
  • Tekan Button Extand supaya dapat sambung Video yang seterusnya
  • Paste Prompt Video kedua Format Json Code

Ikut setting seperti dalam gambar
  • Boleh pilih ikut qualiti video yang anda inginkan:
           - Veo 3.1 - Lite (10 kredit)
           - Veo 3.1 - Fast (20 kredit)
           - Veo 3.1 - Quality (100 kredit)

  • Tekan butang anak panah untuk generate Video

Nota : Disebabkan kredit Percuma yang disediakan cuma 50 kredit sahaja sehari, jadi anda hanya sesuai menggunakan Veo 3.1 - Lite sahaja dengan penolakan 10 kredit bagi setiap video yang dihasilkan. Nak dapatkan kredit yang banyak Pada harga harga yang murah? Boleh sertai -> AI Academy

Video kedua yang telah dihasilkan



5) Cara Nak Download (Muat Turun) Video
  • Tekan Button anak panah ke bawah di sebelah penjuru kanan laman web
  • Pilih samadan nak download Full Video, Video 1 (Clip 1) dan Video 2 (Clip 2)



Sekiranya anda muat turun video satu persatu, anda perlu menggunakan Capcut atau Tiktok untuk mencantumkan semula video-video tersebut.

Tetapi, kalau anda nak memudahkan kerja.. Anda download terus Full Video..
kedua-dua video telah digabungkan menjadi satu video seperti di bawah post blog ini.

@muhamadanuarmarsib Bila Oyen bawa kereta hujung minggu.. Penumpang disebelah tak senang duduk.. Oyen Cuba menenangkan sahabatnya.. #Oyen #Kucing #FYP #AI #BelajarAI ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan