Tinggal kenangan : Tapak rumah arwah emak Dan ayah saya dekat kampung Ulu Kayan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tinggal kenangan...
Baru-baru ni saya pergi Melawat tapak rumah arwah emak Dan ayah saya dekat kampung ulu kayan..
..

Tinggal tempat tadahan air untuk mandi sahaja yg masih ada
Tinggal tempat tadahan air untuk mandi sahaja yg masih ada

Tinggal tempat tadahan air untuk mandi sahaja yang masih ada..
Yang lain Semua dah roboh..
Reput dimakan anai-anai...

Bahagian rumah yang lain Semua dah roboh
Bahagian rumah yang lain Semua dah roboh

Di sinilah tempat saya membesar..
  • Main Parit... Berkubang...
  • Cari ikan dalam parit...
  • Main guli..
  • Main lompat getah...
  • Main gundu...
  • Main lastik..
  • Main gasing..
  • Main pondok-pondok... 
  • Main perang-perang...
  • Main ceper..
  • Main dam haji.. 
  • Main baling selipar..
  • Dan lain-lain...

Terlalu banyak permainan di kampung yang dapat kami mainkan semasa kecil..
Tanpa ada batasan ruang Dan tempat... 



Tiang rumah reput di makan anai-anai
Tiang rumah reput di makan anai-anai

Main merata..
Balik lambat kena marah dengan emak ayah..
..
Pergi sekolah naik basikal sejauh dalam 5km...
Bermula Dari darjah 1 lagi, saya sudah mengayuh basikal pergi ke sekolah.
Bertolak dari rumah seawal jam 6.30 pagi.
Sempat sampai sekolah awal, sebelum lonceng dibunyikan.


Bila saya masuk darjah 4.. kami sekeluarga berpindah ke Felcra Changkat Lada Seberang Perak..
..
Kehidupan anak-anak zaman sekarang tidak sama dengan pengalaman yang kami lalui..
 
Semasa Zaman saya kecil tiada gadget..
Tengok TV pun Masih TV Hitam putih..
Tengok TV hanya pada waktu malam sahaja..
Waktu siang tak teringin langsung nak tengok TV..
Sebab ada lebih banyak pengisian yang lebih menyeronokkon bersama kawan-kawan di luar rumah..
..
Setiap hari ada sahaja perancangan nak main permainan yang berbeza..
..
Hari ni kita nak main apa?
Main guli...
Masing-masing akan datang bawa guli..
..
Esok nak main apa?
Main Getah.. Gundu
Masing-masing akan datang bawa getah..
..
Lusa nak main apa?
Main Combat..
Yang ni lebih menarik..
Macam-macam senjata yang digunakan.. 
Ada masa kami 'berperang' guna straw..
Menggunakan peluru buah kunco atau biji Kajang hijau.. 
Ada masanya kami gunakan pelepah daun betik.. 
Ada masanya kami gunakan senapang kayu .. 
Paling special 'bom atom' guna telur tembelang.. hahaha...
Nasiblah siapa yang terkena 'bom atom'.. ;) 
..
Begitulah..
Terlalu banyak perkara yang boleh dimainkan pada ketika itu..
Permainan yang melibatkan fizikal, emosi, dan minda.. 
..
..
Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan..
Al-fatihah untuk arwah emak Dan ayah yang telah membesarkan kami..
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
.. 
Untuk mengingati semua kenangan-kenangan silam semasa kami kecil..
Pada minggu lepas kami adakan Family day bertemakan permainan yang kami main semasa kecil.. 


Family day Keluarga Marsib Dan Surati

Tarikh : 1 & 2 Februari 2026
Tempat : Kuala Kangsar, Perak
Tema : Permainan kami semasa kecik-kecik dulu..
Objektif : Supaya anak-anak dapat merasai permainan kami semasa kami kecil..


Cuma ada 5 jenis permainan sahaja, tak banyak
Cuma ada 5 jenis permainan sahaja, tak banyak

Satu keluarga dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Setiap acara ada mata kemenangan.
  • No 1 - 10 point
  • No 2 - 8 point
  • No 3 - 6 point 
  • No 4 - 4 point

Mata-mata ini akan dikumpulkan untuk menentukan pemenang tempat pertama hingga ke 4

1) Guli bulatan
  • Terdapat 2 bulatan yang disediakan.
  • Dalam setiap bulatan mengandungi bilangan guli yang sama iaitu 70 biji guli
  • 2 kumpulan akan bersaing untuk mengeluarkan guli-guli yang terdapat dalam setiap bulatan mengikut penggiliran dan peraturan yang ditetapkan
  • Setelah semua guli dalam bulatan berjaya dikeluarkan, Kumpulan yang berjaya mengeluaran bilangan guli paling banyak dikira sebagai pemenang.



Bulatan 1 : Kumpulan 1 Vs Kumpulan 2
Bulatan 1 : Kumpulan 1 Vs Kumpulan 2

Bulatan 2 : Kumpulan 3 Vs Kumpulan 4
Bulatan 2 : Kumpulan 3 Vs Kumpulan 4

2) Baling Guli/getah Dan menang
Terdapat 2 kategori iaitu:
- kategori anak-anak
- kategori emak dan
  • Masing-masing akan membaling guli/getah ke 'landasan' yang mempunyai nombor 4, 6, 8, dan 10.
  • Terdapat hadiah yang disediakan bagi setiap nombor.
  • Setiap orang akan dapat satu hadiah sahaja berdasarkan kedudukan guli/getah yang mereka baling.
  • Kesemua nombor-nombor yang diperolehi oleh setiap kumpulan dikumpulkan untuk menentukan pemenang bagi acara ini.

3) Lastik Getah (Gundu)
  • Setiap kumpulan diberikan masa 5 minit untuk menyiapkan gundu masing-masing.
  • Mereka bebas menggunakan rujukan seperti facebook/Youtube/Tiktok untuk mengetahui cara untuk membuat gundu.
  • Maksimum bilangan Gundu yang dibenarkan oleh setiap kumpulan ialah 2 gundu sahaja
  • Setiap kumpulan akan melastik gundu Secara bergiliran ke sasaran yang ditetapkan
  • Pada sasaran tersebut terdapat susunan getah-getah yang bilangannya sentiasa akan ditambah oleh urusetia dari masa ke semasa.
  • Setiap getah yang berjaya dituju dan jatuh ke tanah, boleh di ambil oleh kumpulan tersebut.
  • Kumpulan yang berjaya menjatuhkan getah paling banyak dikira sebagai pemenang.

4) Roket kertas
  • Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit untuk menyiapkan roket kertas masing-masing.
  • Mereka bebas menggunakan rujukan seperti facebook/Youtube/Tiktok untuk mengetahui cara untuk membuat roket kertas.
  • Setiap kumpulan boleh membuat seberapa banyak roket kertas yang dapat mereka siapkan dalam tempoh 10 minit
  • Setiap kumpulan akan menerbangkan roket kertas masing-masing di kawasan yang ditetapkan secara bergiliran (mengikut kumpulan)
  • Hanya roket yang mempunyai kedudukan paling jauh sahaja dikira sebagai wakil (mata) bagi setiap kumpulan
  • Kedudukan Roket (wakil) bagi kumpulan paling jauh akan dikira sebagai pemenang untuk mendapatkan (10 mata, 8 mata, 6 mata dan 4 mata)
 
5) Baling Dan susun selipar jepun
  • Permainan ini terbahagi kepada 2 pusingan
  • Dalam setiap pusingan akan melibatkan persaingan antara 2 kumpulan.
  • Dalam pusingan 1 : Kumpulan 1 lawan kumpulan 2, dan kumpulan 3 melawan kumpulan 4.
  • Dalam pusingan 2 : Kumpulan yang kalah akan melawan kumpulan yang kalah untuk menentukan tempat ke 3 dan ke 4, manakala kumpulan yang menang akan melawan kumpulan yang menang untuk penentuan tempat pertama dan kedua
  • Setiap kumpulan akan membuat balingan selipar secara bergilir-gilir
  • 1 mata diperolehi sekiranya berjaya menjatuhkan selipar yang disusun (Sekurang-kurangnya berjaya menjatuhkan 2 selipar)
  • Dalam setiap pusingan, kumpulan yang terlebih dahulu mendapat 3 mata dikira sebagai pemenang.

Baling Selipar : Kumpulan 1 Vs Kumpulan 2
Baling Selipar : Kumpulan 1 Vs Kumpulan 2

Baling Selipar : Kumpulan 3 Vs Kumpulan 4
Baling Selipar : Kumpulan 3 Vs Kumpulan 4

Alhamdulillah..
Selepas tamat kesemua permainan..
Berikut merupakan jumlah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap kumpulan.

Jumlah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap kumpulan
Jumlah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap kumpulan


Tempat ke 4 : Kumpulan 3
Tempat ke 4 : Kumpulan 3

Tempat ke 3 : Kumpulan 2
Tempat ke 3 : Kumpulan 2

Tempat ke 2 : Kumpulan 4
Tempat ke 2 : Kumpulan 4

Tempat Pertama : Kumpulan 1
Tempat Pertama : Kumpulan 1
 

Gambar kenangan Hari Keluarga di Kuala Kangsar Perak

..
@muhamadanuarmarsib Tempat-Tempat Menarik di Melaka.. Boleh bawa keluarga datang bercuti di sini.. #Melaka #melakabandarayabersejarah #FYP #JomCutiDiMelaka #TahunMelawatMalaysia2026 ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan