Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Macam dah lama je tak buat giveaway kan?...

Sempena musim cuti sekolah kali ni, teringin pula nak buat satu Giveaway tentang Carian Homestay Malaysia

Maklumlah time musim cuti sekolah... memang ramai orang yang suka mencari homestay. Terutamanya kalau bercuti bersama Family yang agak besar... nak sewa lebih daripada sebilik hotel, rasa macam tak berbaloi.. Mahal Sangat!... Kalau duduk dekat homestay, besar mana family pun masih boleh muat lagi... ;)

Giveaway kali ni simple jer... Tak perlu nak karang ayat panjang-panjang.. Tak perlu nak belajar tektikal tentang SEO... Tak perlu nak dapatkan banyak backlink... 

Tak perlu!... Tak perlu!... Semua tu tak perlu!... 

Giveaway kali ni simple sangat... TAPI.... Pemenang akan ditentukan berdasarkan KEPANTASAN DAN KETEPATAN.

Baiklah... Jom baca syarat-syarat untuk menyertai Giveaway Carian Homestay Malaysia 

Syarat Penyertaan Giveaway Carian Homestay Malaysia

1. Buat satu entri penyertaan bertajuk "Giveaway Carian Homestay Malaysia"

2. Tak perlu nak tulis panjang-panjang. Tulislah secukup rasa mana yang patut. Terpulang nak tulis berapa bilangan patah perkataan.

3.  Wajib letak banner Carian Homestay Malaysia dalam entri penyertaan.
Giveaway Carian Homestay Malaysia
Banner Carian Homestay Malaysia

4. Copy and Paste html kod banner di bawah. Dan letakkan juga dalam entri penyertaan.



5. Dalam banner Carian Homestay Malaysia, terdapat 9 gambar yang digabungkan menjadi 1 gambar. Setiap peserta perlu meneka dengan tepat gambar-gambar tersebut diambil dari homestay mana. Kesemua Jawapan ada dalam blog CoretanAnuar.com. Jawapan anda perlu ditulis seperti contoh berikut: (Nama Homestay + Link Homestay)
  1. (Homestay 1) 
  2. Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)
  3. (Homestay 3)
  4. (Homestay 4)
  5. (Homestay 5)
  6. (Homestay 6)
  7. (Homestay 7)
  8. (Homestay 8)
  9. (Homestay 9)
Pastikan Jawapan anda tepat mengikut turutan nombor. Walaupun anda berjaya menjadi peserta terpantas menghantar penyertaan, tetapi sekiranya jawapan anda salah, anda tidak layak untuk memenangi sebarang hadiah.

6. Sila Hantar url entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini dan juga di Group Carian Homestay Malaysia (Klik Di Sini). WAJIB!

"Setiap penyertaan hanya boleh dihantar pada 28 Mei  2016 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam. Penyertaan yang dihantar sebelum dan selepas daripada tarikh dan masa tersebut tidak akan diterima. Bermula dari sekarang, anda sudah boleh mula menulis Draf entri penyertaan terlebih dahulu!"  

7. Hadiah yang disediakan untuk para pemenang adalah seperti berikut:
  1. Tempat Pertama : Wang Tunai RM150
  2. Tempat Ke 2 : Wang Tunai RM100
  3. Tempat Ke 3 : Wang Tunai RM50
  4. Tempat Ke 4 : Wang Tunai RM30
  5. Tempat Ke 5 : Wang Tunai RM30
  6. Tempat Ke 6 : Wang Tunai RM30
  7. Tempat Ke 7 : Wang Tunai RM30
  8. Tempat Ke 8 : Wang Tunai RM30
  9. Tempat Ke 9 : Wang Tunai RM30
  10. Tempat Ke 10 : Wang Tunai RM30

8. Para pemenang akan ditentukan berdasarkan peserta yang paling pantas menghantar penyertaan (di ruangan komen entri ini dan juga di Group Carian Homestay Malaysia) dengan jawapan yang betul

Contohnya Ali peserta pertama yang berjaya menghantar penyertaan. Tetapi dalam jawapa Ali terdapat satu kesalahan. Secara Automatik Ali tidak layak untuk menjadi pemenang di tempat pertama. Peluang untuk menjadi pemenang tempat pertama akan diberikan kepada peserta terpantas kedua yang menghantar penyertaan, dengan syarat jawapan Peserta di tempat kedua 100% adalah betul.

Begitulah juga seterusnya untuk pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat. Hanya Peserta yang Terpantas dan Berjaya Meneka dengan betul sahaja layak untuk menjadi pemenang.

9. Setiap peserta hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja... Dan hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. 

10. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Good Luck Semua.. Semoga Berjaya!!


Tips Untuk Jadi Pemenang:
Bermula dari sekarang, dah boleh mula buat draf entri penyertaan terlebih dahulu... Cari Jawapan yang betul!! (Sila pastikan Jawapan anda benar-benar betul). Kemudian nantikan tarikh hantar penyertaan pada 28 Mei 2016, tepat jam 8.00 Pagi.... Jadilah Peserta terawal, supaya tidak terlepas peluang untuk memenangi hadiah tempat Pertama.