Contest SEO Terbaik 2015...



Setelah agak lama menyepi, disebabkan sibuk dengan kerja-kerja ditempat saya bertugas... Akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan salah satu projek yang saya usahakan untuk tahun 2015...

Projek ini nampak simple jer... Sebenarnya memang simple pun... Dalam usaha saya untuk berkongsi sepotong kek dengan rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini...

Kalau kita dapat kek besar, In Shaa Allah, kita akan kongsikan potongan kek yang besar-besar... Kalau kita dapat kek yang kecil, kita jamahlah potongan kek kecil seadanya.... 

Syukur Alhamdulillah... Di penghujung tahun 2015, akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk menganjurkan satu lagi contest SEO...  Contest ini bagi saya merupakan Contest SEO terbaik 2015... Dimana tujuan contest SEO ini diadakan ialah untuk memberi situasi menang-menang kepada 3 pihak iaitu Penganjur, Penaja dan semua peserta... 

" Tak menang pun tak kisah... Yang penting semua orang gembira dapat Hadiah"

Ya... Inilah antara  perbezaan yang cuba saya tampilkan dalam contest SEO pada kali ini... Berbeza dengan 3 contest SEO yang pernah saya anjurkan sebelum ini....

In Shaa Allah... Contest SEO kali ini akan berjaya memberi manfaat kepada semua pihak... Sama-sama kita doakan yer...

Untuk tidak melengahkan masa lagi... Berikut merupakan beberapa syarat yang akan dikenakan kepada para peserta contest ini. Sila baca yer...

  • Isi borang pendaftaran secara Online di LINK INI . Syarat utama menjadi peserta ialah url blog perlu berumur sekurang-kurangnya setahun.. URL blog yang baru didaftarkan semalam atau bulan lepas, atau dua tiga bulan lepas tidak dibenarkan untuk mengikuti contest ini
  • Setiap peserta perlu menulis satu entri bertajuk "Nak Simkad ONEXOX PERCUMA". Semasa mengisi borang pendaftaran, anda perlu sertakan URL bagi entri tersebut sebagai salah satu syarat untuk memiliki Simkad ONEXOX PERCUMA. 
  • Setiap peserta boleh memilih salah satu nombor SIMKAD ONEXOX PERCUMA yang masih belum bertuan semasa mengisi borang penyertaan contest ini.
  • Selepas maklumat anda disahkan benar, sekeping Simkad ONEXOX PERCUMA akan diposkan ke alamat yang telah anda berikan sewaktu mengisi borang pendaftaran.
  • Apabila Simkad ONEXOX Percuma telah sampai ke tangan anda, Anda perlu mengaktifkan Simkad tersebut dengan menjadikan nombor ONEXOX penaja anda sebagai rujukan
  • Bilangan peserta yang akan menyertai Contest SEO ini dihadkan kepada maksimum 100 Peserta sahaja...
  • Selepas sebulan anda menggunakan SIMKAD ONEXOX, para peserta perlu menulis sebuah entri yang bertajuk "Pengalaman Bersama ONEXOX". para peserta perlu berkongsikan pengalaman anda bersama ONEXOX selama sebulan dengan jujur. Kalau ok kata ok.. kalau tak ok kata tak ok... Tetimoni yang peserta berikan akan dapat memperbaiki lagi perkhidmatan syarikat TELCO ini dari masa ke semasa. Sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk menulis entri blog, anda boleh dapatkan bahan Promosi di LINK INI. (Anda boleh gunakan gambar, Video dan sebagainya yang terdapat di page tersebut.) 
  • Antara syarat yang ditetapkan dalam entri penyertaan.. Setiap peserta perlu meletakkan URL Blog/laman web semua penaja dan banner contest dalam entri penyertaan masing-masing.. URL Blog atau Laman web Penaja terkini akan diupadate di page SENARAI PENAJA (Klik Di Sini).
  • Setiap peserta perlu mendaftarkan url entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini (KLIK DI SINI). Setelah selesai melakukan pendaftaran url entri penyertaan, para peserta boleh menyemak status lengkap pendaftaran anda di page SENARAI PESERTA (Klik Di Sini) 
  • Setiap peserta akan bertanding dalam kategori SEO berdasarkan carian keyword "Pengalaman Bersama ONEXOX". Penilaian Blog akan dilakukan terhadap SEO melalui kata kunci "Pengalaman Bersama ONEXOX" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) pada tarikh 21 Januari 2016.
  • Apabila penilaian dilaksanakan, Peserta yang berjaya menempatkan entri penyertaan di ranking pertama hasil carian google akan memenangi hadiah tempat pertama, di kedudukan ranking kedua akan menjadi pemenang tempat kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah pemenang tempat ke 10. 
  • Setiap pemenang akan dihubungi dengan menggunakan nombor phone ONEXOX yang telah anda perolehi.... Sekiranya nombor ONEXOX anda tidak dapat dihubungi samada melalui panggilan telefon atau SMS, kemenangan anda dalam contest ini dikira terbatal secara automatik. Oleh itu, setiap peserta perlu memastikan Simkad ONEXOX anda terus aktif sehingga berakhirnya contest ini... Bila contest ini dah berakhir nanti, terpulanglah kepada anda... Samada nak terus menggunakan Simkad ONEXOX, atau bertukar kepada TELCO asal sebelum anda menyertai contest ini.
Banner "Contest SEO : Pengalaman Bersama ONEXOX"


Hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pemenang Contest SEO adalah seperti berikut:
  1.  Pemenang tempat Pertama : Wang Tunai RM1,000
  2.  Pemenang tempat Ke 2 : Wang Tunai RM500
  3.  Pemenang tempat Ke 3 : Wang Tunai RM300
  4.  Pemenang tempat Ke 4 : Wang Tunai RM200
  5.  Pemenang tempat Ke 5 : Wang Tunai RM100
  6.  Pemenang tempat Ke 6 : Wang Tunai RM50
  7.  Pemenang tempat Ke 7 : Wang Tunai RM50
  8.  Pemenang tempat Ke 8 : Wang Tunai RM50
  9.  Pemenang tempat Ke 9 : Wang Tunai RM50
  10.  Pemenang tempat Ke 10 : Wang Tunai RM50

Good Luck diucapkan kepada semua peserta contest ini... ;)

Nota Penting : Setelah anda mendapatkan Simkad ONEXOX secara percuma, sebenarnya anda sudah boleh mula MENJANA PENDAPATAN PASIF TANPA MODAL. Nak tahu caranya? Saya akan maklumkan rahsia ini secara terperinci melalui email. Jom daftar sekarang!!