Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam pelaburan mempunyai banyak kemungkinan... Ada masa untung, ada masa rugi... Ada masa untung banyak dan ada masa untuk sedikit.. Biasalah tu adat pelaburan

Tiada jaminan pelaburan anda boleh sentiasa memberi keuntungan yang lumayan sehingga berlipat kali ganda... Terutamanya dalam pelaburan-pelaburan yang melibatkan unit Amanah dan koperasi di Malaysia seperti ASN, ASB, Tabung Haji, Bank Rakyat dan sebagainya.. 

Hmm.. Bila sebut ASB, saya tertarik melihat graf Dividen + Bonus ASB yang semakin menurun.. 

Graf Dividen + Bonus ASB (1990 - 2014)


Seperti yang diumumkan oleh  Amanah Saham nasional Berhad (ASNB), dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2014 adalah masing-masing sebanyak 7.50 seunit dan 1.00 sen seunit. Jumlah Dividen + Bonus ASB = 8.50 sen seunit (paling rendah dalam sejarah setakat ini)..


Sumber : Klik Di Sini

Buat masa ini urusniaga ASN dan ASB ditangguhkan buat sementara waktu sehingga 1 januari 2015.. Selepas itu, pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai 2 Januari 2015..


Jadual Statistik Pembayaran Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1990 - 2014 


Jadual : Statistik Dividen + Bonus ASB (1990 - 2014)

Dividen dan bonus ASB turun lagi untuk tahun 2014..  Wajarkah anda mencari Pelaburan Alternatif pada tahun 2015?

Jawapannya Perlu... Mencari pelaburan Alternatif yang lebih menguntungkan dan paling penting mematuhi syariat Islam..

Isu Halal Atau Haram Dalam Pelaburan ASB

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan dengan Isu Halal dan Haram dalam Pelaburan ASB.. Kedua-dua fatwa ini perlu kita sama-sama rujuk dalam membuat pertimbangan sewajarnya.. 

Fatwa Pertama dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah pun memutuskan skim pelaburan ASB dan ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus hukumnya.

Dalam muzakarah yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut diwakili mufti-mufti seluruh Malaysia dan individu-individu berkepakaran dalam bidang fekah dan muamalah mengharuskannya atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar."


Fatwa Kedua dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor

"Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011, memutuskan skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal kerana bertentangan dengan hukum syarak.

Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.

Untuk pengetahuan, di bawah Suruhanjaya Sekuriti terdapat resolusi syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran dalam aktiviti dan operasinya.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh syariah seperti konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu.

Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.

Walau bagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti."



Persoalannya sekarang fatwa manakah yang hendak dituruti?

Sekiranya anda mempunyai sedikit keraguan atau kerisauan tentang status HALAL dalam pelaburan ASB, sebaiknya anda perlahan-lahan beralih arah kepada pelaburan alternatif yang lain... 

Bukankah banyak lagi pelaburan alternatif lain yang boleh anda sertai?

Kalau anda rasa tak tahu nak melabur dekat mana, saya syorkan anda masukkan simpanan anda ke dalam Tabung Haji... Duit pembayaran zakat simpanan pun anda dah tak perlu nak fikir... sebab pihak Tabung Haji akan menguruskannya untuk anda.. 

Cukup wang simpanan, boleh Pergi Haji untuk menunaikan Rukun Islam ke 5... In Shaa Allah, mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...