Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebelum ini saya ada menulis satu Entri berjudul Limpahan Rezeki pada tahun 2013.. Tujuan entri tersebut ditulis ialah untuk menyertai "Blogger Contest Talkshow Limpahan Rezeki" yang dianjurkan oleh Jootawan Jannah..   

Dah lebih 1 bulan Contest tersebut diadakan.. Selepas itu dah lama saya tidak mengikuti perkembangan Contest tersebut.... 

2 hari lepas blogger terkenal Bro Shakiddo ada mengucapkan Tahniah kepada saya menerusi Facebook... Katanya kerana saya berjaya menjadi pemenang tempat pertama Contest...


Masa tu saya agak blur... Tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh bro Shakiddo.. 

Tetapi setelah membaca entri terbaru blog Cikgu Titan... Barulah saya faham apa yang dimaksudkan oleh bro Shakiddo... 

Macam tak percaya apabila entri Limpahan Rezeki pada tahun 2013 yang telah saya tulis telah berjaya memenangi tempat pertama "Blogger Contest Talkshow Limpahan Rezeki"...

Sumber :  Klik Di Sini

Hadiah-hadiah yang berjaya saya menangi dalam Contest tersebut ialah:
  • Wang tunai RM500
  • DVD Talkshow Limpahan Rezeki (bernilai RM99)
  • Hadiah misteri (bernilai RM120)

Syukur Alhamdulillah... Rezeki anak-anak... 

Pihak penganjur (Jootawan Jannah) telah pun menghubungi saya untuk proses penghantaran hadiah, yang akan dilakukan pada hari Isnin ini... 

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak penganjur di atas kesudian memilih blog Coretan Anuar, sebagai  pemenang tempat pertama contest tersebut... 

Selain itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blogger lain yang turut memenangi hadiah dalam Contest tersebut iaitu Cikgu Titan, yang telah berjaya memenangi hadiah tempat kedua berupa:
  • Wang tunai RM300
  • DVD Talkshow Limpahan Rezeki (bernilai RM99)
  • Hadiah misteri (bernilai RM120)

Dan pemenang tempat ketiga iaitu Bro Shakiddo yang telah berjaya memenangi hadiah:
  • Wang tunai RM200
  • DVD Talkshow Limpahan Rezeki (bernilai RM99)
  • Hadiah misteri (bernilai RM120)
Tahniah untuk semua..


Bagi saya menang atau kalah adat pertandingan... Tetapi bagi seorang blogger, menyertai contest atau pertandingan merupakan satu strategi terbaik untuk membina rangkaian... 

Melalui penyertaan dalam contest/pertandingan, blog kita akan lebih mudah dikenali oleh rakan-rakan blogger dan dan juga pengguna internet yang lain... ;)