Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

SUKIPT 2014 kembali lagi.. 


SUKIPT 2014

Seperti pada dua tahun lepas, pada kali ini saya masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang AJK penganjuran Pertandingan Permainan Catur Sukipt 2014..

Jadual dan venue pertandingan telah pun dikeluarkan.. Seperti juga pada 2 tahun yang lepas kejohanan Catur SUKIPT pada kali ini diadakan di Dewan Besar Politeknik Shah Alam, Selangor.. 

Pertandingan akan bermula pada 4 Februari 2014 (Selasa) sehingga 9 Februari 2014..


Jadual kejohanan dan Venue Pertandingan Catur SUKIPT 2014

Petang semalam, saya baru sahaja selesai mendaftarkan pasukan Catur PSIS untuk menyertai kejohanan ini.. Pendaftaran tersebut dibuat tanpa diadakan sesi pemilihan disebabkan saya kesuntukan masa..  

Pada kejohanan Catur SUKIPT pada kali ini, saya hanya mampu menghadirkan 4 orang pemain wanita sahaja, disebabkan kuota untuk pemain lelaki telah pun dipenuhi oleh Politeknik Shah Alam selaku tuan rumah kejohanan ini...  

Penyertaan daripada pasukan politeknik pada kali ini tidak seperti pada dua tahun lepas... Pada dua tahun lepas, setiap politeknik boleh menghantar satu pasukan.. Tetapi pada kali ini, satu zon politeknik untuk satu pasukan... 

Disebabkan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Shah Alam (PSA), berada dalam satu zon yang sama, jadi PSA menghantar pasukan lelaki manakala PSIS menghantar pasukan wanita... 

Tak kisahlah... Sekurang-kurangnya saya dapat menghantar satu pasukan...

SMS dan email arahan bertugas telah pun saya terima... Saya telah dikehendaki bertugas di PSA bermula pada 2 Februari 2014 sehingga 9 Februari 2014..

Lama juga tu.. Apabila surat arahan bertugas daripada kementerian dah dikeluarkan, hanya ayat ini sahaja yang mampu saya keluarkan... "Saya Yang Menurut Perintah"... ;)

Sekiranya saya  dipinta menjadi blogger tetap untuk kejohanan ini, seperti pada SUKIPT 2012... Saya tiada halangan untuk menerimanya...  Jadi, sama-samalah kita nantikan kemunculan semula blog http://catur-sukipt.blogspot.com/ dan Fanpagenya sekali...    

Selepas ini jadual saya bertambah sibuk, dalam usaha memberi komitmen sebagai AJK Kejohanan dan juga sebagai jurulatih kepada pasukan Catur yang akan saya bawa nanti.. 

Doakan semoga saya berada dalam prestasi kesihatan terbaik, supaya dapat menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya... In Shaa Allah..

Jadi, selepas ini, sekiranya blog Coretan Anuar tidak berupdate dalam satu tempoh masa yang agak lama... Anda faham-fahamlah dengan keterbatasan masa yang saya ada..

Bagi rakan-rakan blogger yang berada di kawasan Shah Alam, bolehlah melawat kami semasa berada di PSA nanti... ;)