Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni masuk gaji... Kira-kira jam 12.45 tengahari tadi saya pergi ke Maybank Sabak Bernam untuk urusan mengeluarkan duit di ATM Mesin dan seterusnya membayar bil-bil...

Apabila sampai di Maybank Sabak Bernam, saya melihat ada sebuah kereta Produa Viva di dalamnya.... Jom Tengok gambar yang dapat saya kongsikan di bawah... 













Berdassarkan maklumat yang saya terima daripada seorang awam yang berada di situ... Beliau memaklumkan pada asalnya pemilik kereta Viva tersebut Parking dihadapan Maybank... Lepas tu, semasa pemilik kereta Viva tersebut nak mengundurkan kereta, kereta tersebut meluncur kehadapan dan merempuh pintu masuk utama Maybank tersebut....

Mungkin pemilik kereta Viva tersebut tersalah laraskan gear agaknya... Nak larasakan gear reverse ter pilih gear Drive....

Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan polis... Kita sama-samalah menunggu berita sebenarnya yang mungkin akan disiarkan dalam akhbar esok...