Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam saya bawa isteri pergi klinik untuk memeriksa kandungan.... Hasilnya..


Due Date : 15 Oktober 2013.. 

Syukur Alhamdulillah...

Lepas ni Haikal dan Adam dapat seorang lagi adik... Insya Allah.. Cuma jantina belum dapat lagi untuk diketahui samada lelaki ataupun perempuan...


Dah lama tak jaga baby... Perasaan berdebar untuk mendapat cahaya mata ke tiga mula dirasai...  Lebih-lebih lagi ini pengalaman pertama isteri saya mengandung semenjak berpindah ke semenanjung.. Pengalaman mendapat baby sebelum ini:
  • Haikal : Lahir pada 5 Oktober 2007 di Hospital Batu Gajah, Perak
  • Adam : Lahir pada 23 Disember 2009 di Hospital Mukah, Sarawak

Kedua-dua anak saya sebelum ini lahir selepas menunaikan Solat Zohor.. Orang kata kalau lahir selepas Zohor, baran orangnya... Setakat ini sememangnya saya mengakui kebenaran kata-kata tersebut....

Setelah dua kali Bersalin dekat hospital kerajaan.. Pada kali ini isteri saya meminta untuk bersalin di Hospital Swasta (Islamik).. Insya Allah, saya cuba untuk memenuhi permintaan beliau... 

Setakat ini kami bercadang untuk menyambut kelahiran baby ke 3 di Pusat Perubatan Ar- Redzuan, Ipoh... Berdasarkan pengalaman adik Ipar saya Bersalin dekat sana layanan yang diberikan sangat memuaskan... Seorang ahli keluarga dan kanak-kanak boleh tinggal sebilik dengan ibu sebelum bersalin, suami boleh berada di sisi isteri di saat hendak bersalin, doktor yang menyambut kelahiran adalah Doktor perempuan, dan kemudahan yang disediakan juga sangat memuaskan..

Diharap rakan-rakan pembaca dapat mendoakan kesejahteraan isteri saya dunia dan akhirat.. Semoga anak dalam kandungan isteri saya juga berada dalam keadaan sihat dan selamat dilahirkan... Insya Allah...