Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Saya tertarik membaca artikel terkini Blog Denaihati yang berjudul "Blogger Jutawan Bukan Hanya Khayalan"... (klik Di sini)

Sememangnya tidak dinafikan saban hari ada sahaja blogger yang berjaya menjana pendapatan lumayan sehingga mampu menjadi jutawan...

Sumber pendapatan blog ini biasanya tidak terhad hanya kepada penulisan blog semata-mata... Tetapi turut membolehkan kita menjana pendapatan sampingan melalui beberapa sumber pendapatan lain seperti penulisan ebook, personal coaching, mengadakan seminar, tempahan grafik, dan sebagainya... Tetapi menjadikan blog sebagai medium pengiklanan dan perkongsian maklumat....

Contohnya Brader ini, yang akan saya temui pada hujung minggu ini... Tindakan beliau berhenti kerja daripada sebuah bank untuk menjadi blogger sepenuh masa, merupakan satu tindakan yang bijak... 

Beliau mempunyai prospek masa depan yang baik dalam bidang yang sedang diusahakan pada ketika ini... Menulis ebook, mengadakan seminar dan melabur dalam hartanah sudah pasti mampu menjadikan beliau seorang jutawan pada masa hadapan.. 


Inilah kelebihan seorang yang mahir dalam selok belok pelaburan hartanah seperti beliau... 

Pada hujung minggu ini, saya nak berguru dengan beliau... Saya nak belajar strategi yang telah beliau lakukan sehingga mampu mempunyai 14 buah rumah sewa (Klik Di Sini)... 

Semoga usaha saya menghadiri seminar beliau, berbaloi... Tidak seperti kata pepatah... Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.... ;)