Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Masa saya mula-mula bekerja sekitar tahun 2006-2007, ada rakan sekerja saya yang dikenali sebagai Man Toba (bukan nama sebenar) memberikan teka-teki lucah kepada saya dan juga rakan sekerja yang lain..

Man Toba (bukan nama sebenar) ni agak terkenal dekat kawasan Bintulu dan Mukah, Sarawak dengan pelbagai cerita dan jenaka yang boleh menggetarkan hati orang yang mendengarnya.. Bila ada sahaja Man Toba dekat satu-satu tempat, pasti ada sahaja bahan jenaka yang keluar daripada mulut beliau.. Sehingga membuatkan orang ramai tak kering gusi mendengarnya..

Masa awal-awal bekerja dulu kata orang otak hijau lagi.. Masih suci.. Tak berapa tahu sangat nak berfikir tahap IQ tinggi untuk menjawab teka teki lucah yang disoal oleh Man Toba.. Biasalah kita baru mengenali alam pekerjaan.. Tak biasa lagi nak berjenaka cara orang-orang 'lama' ni.. Tapi masa tu saya layan jer.. 


Dan Alhamdulillah.. Semua rakan sekerja masa tu pun sporting.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Malah ustaz-ustaz pun boleh layan sekali jawab teka-teki lucah Man Toba ni.. ;)

Bila dah biasa sangat dengar teka-teki lucah daripada Man Toba ni.. Sekarang ni dah banyak juga koleksi teka-teki lucah yang ada dalam kepala saya ni.. Cuma ingat-ingat lupa sahaja.. Tapi kalau ada orang yang menyoal saya dengan soalan-soalan cepu emas tersebut, reti jugalah saya nak "melencong"kan otak saya untuk mencari jawapannya.. ;)

Tapi ni cerita dekat tempat kerja saya dululah.. Dekat tempat kerja sekarang pun saya tak berani nak menyoal teka-teki lucah tersebut dekat rakan sekerja yang lain.. Lagi pula sekarang ni kebanyakan rakan lelaki dekat tempat kerja saya dah berpindah ke tempat lain.. 

Dalam pejabat saya tinggal saya dengan seorang sahaja rakan sekerja lelaki.. Kalau tak kena gaya saya menyoal teka-teki lucah ni, silap hari bulan saya kena cas buat gangguan seksual di tempat kerja pula.. tak ke naya nanti... Jadi, saya simpanlah teka-teki lucah tu buat selamanya..

Walaupun sebenarnya teka-teki lucah ni sangat melucukan.. Bila dengar soalan, letih juga nak mencari jawapannya.. Biasanya jawapan demi jawapan yang diberikan juga melucukan, walaupun tidak setepat skema jawapan yang diberikan oleh si penyoal.. 


Tentu anda pun nak tahu macamana contoh soalan teka-teki lucah nikan?? 

Oklah.. Saya akan kongsikan sebahagiannya di sini.. Sekiranya anda pandai cubalah cari jawapannya..

1. Apakah perbezaan di antara Lampu Bilik dengan lampu Stadium?

2. Kenapa orang lelaki tidak boleh mandi air laut?

3. Apakah persamaan antara Pencuri di tangkap polis, Ubi jadi kayu, dan ibu mengandung?

4. Apakah perbezaan antara daun betik dengan tangan perempuan?

5. Sah tak kalau sembahyang pakai seluar dalam?

Sebenarnya saya pun tak berapa ingat jawapannya.. Cuba anda jawab dahulu pada ruangan komen.., nanti kalau saya dah teringat jawapannya, saya akan memberikan jawapannya pada ruangan komen di bawah...


P/s: Jangan sesekali anda menggunakan soalan teka-teki ini di pejabat anda, sekiranya anda mendapati ada rakan sekerja anda yang tidak spoting..terutamanya golongan wanita..

 Rahsia Suami Isteri