Kempen Digi WWWOW awards pada kali ini tidaklah semeriah dulu.. Maksud saya tahun lepas disebabkan awards ini baru diperkenalkan pada tahun lepas.. 

Pada tahun lepas saya ada juga mengikuti perkembangan Digi WWWOW awards ini.. Terutamanya dalam kategori Blogger Of The Year.. Pada ketika itu saya melihat kebanyakan blogger sibuk berkempen untuk meraih undian.. 

Blogger yang paling rajin sekali berkempen adalah Mia Liana.. yang sibuk berkempen secara online dan offline.. Beliau begitu aktif berkempen sehingga mengedarkan flyers kepada pelajar-pelajar baru OUM semester Mei 2011.. Hasilnya beliau berjaya berada
dalam senarai top 10 Digi WWWOW awards untuk kategori blogger Of The Year.. Tahniah Mia..

Blogger macho, Ben Ashaari juga tidak kurang hebatnya.. Beliau sibuk berkempen di blog beliau ala-ala YB yang berkempen untuk memenangi pilihan raya.. Dalam masa yang sama beliau juga turut berkempen untuk anak didik beliau yang comel lote iaitu Yuyu Zulaikha.. Kesudahannya Ben Ashaari nyaris-nyaris memenangi kategori Blogger Of The Year 2011.. Cuma rezeki tidak berpihak kepada beliau..


Selain itu ramai lagi blogger-blogger lain yang turut sibuk berkempen sehingga menjadikan kategori Blogger Of The Year begitu sengit sekali..Akhirnya kategori tersebut dimenangi oleh Anwar Hadi yang mempunyai strategi tersendiri untuk meraih undian.. Syabas Anwar Hadi.. ;)


Bagi saya menang kalah adat pertandingan.. Tapi saya suka tengok cara mereka berkempen.. Kata orang ada style dan gaya tersendiri..


Bagi tahun 2012, saya dapati kebanyakan blogger kurang berkempen untuk meraih undian.. Mungkin juga kerana saya dah jarang mengunjungi blog-blog lain.. Setakat ini saya ada melihat blog yang aktif berkempen adalah blog Mia Liana.. Tengok tu.. dahsyat betul cara dia berkempen.. siap ada banner lagi..




Blog denaihati pun tak kurang hebatnya.. berkempen di facebook.. Maklumlah Fan facebook beliau ada ramai pengikut..  Blog Ariffshah juga tolong berkempen untuk blog denai hati.. Memang mantaplah blog denai hati kali ni.. Nampak gaya macam ada peluang besar nak menang ni.. ;)


Selain blog Denai hati, Ariffshah juga tolong berkempen untuk rakan-rakan blogger beliau yang lain seperti Abang Ensem, 1001 resepi, zarul ambrella dan sebagainya.. Sungguh tulus murni tindakan Ariffshah.. Memang selayaknya beliau memenangi Upcoming Blogger Of The Year dalam Social Media Awards 2012.. 



Rakan-rakan blogger lain kebanyakannya ada mendaftar dalam pertandingan blogger of the year.. Tapi mereka agak kurang berkempen pada tahun ini.. Mungkin mereka mempunyai strategi tersendiri.. ataupun berkempen di saat-saat akhir pertandingan.. 

Blog Coretan Anuar nak giat berkempen memang tak ada masa.. Tapi tetap gagahkan juga untuk menyertai pertandingan ini sebab sedang mengumpul dana untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular edisi kedua.. 

Jadi sekirnya anda sokong blog ini untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2012.. Sila undi saya dengan klik banner di bawah.... dan vote pada laman web Digi WWWOW Awards 2012.. Setiap undian anda amat saya hargai.. Terima kasih ;)