Emas Dan Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Emas dan Perak merupakan antara cabang pelaburan yang boleh anda ceburi selain daripada pelaburan Hartanah, saham, perniagaan dan lain-lain..   

Harga pasaran emas dan Perak dunia sentiasa ada pasang surutnya.. Biasanya perubahan harga emas ini ada perkaitan dengan keadaan ekonomi dunia terutamanya melibatkan:   
  • Krisis zon Euro dijangka akan menjadi pemangkin kenaikan harga emas
  • Keadaan ekonomi di Amerika Syarikat - Beban hutang yang meningkat, cetakan wang dan kadar faedah yang rendah akan mendorong harga emas naik 
  • Pembelian emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia akan memainkan peranan di dalam kenaikan harga emas. Ini kerana kebanyakan bank pusat di seluruh dunia ingin memperbagaikan rizab mereka selain dari US Dollar yang dilihat tidak stabil.
Berdasarkan analisis yang dibuat oleh pakar-pakar daripada bank terkemuka dunia menjangkakan harga emas akan meningkat antara USD1800/Oz ke USD1900/Oz. Antara faktor-faktor yang boleh memberikan kesan positif terhadap harga emas adalah:
  • Masalah Geopolitik – Masalah ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan, Syria boleh menyebabkan harga minyak naik mendadak. Apabila harga minya naik mendadak, biasanya harga emas turut serta naik.
  • Peningkatan permintaan penghantaran emas fizikal di COMEX (Comodity Futures Exchange) boleh menyebabkan kekurangan bekalan emas fizikal. Ini boleh menyebabkan peningkatan harga emas fizikal.
  • Emas dikenali sebagai aset selamat. Ia mengekalkan nilainya semasa krisis kewangan tahun 2009 dan telah menunjukkan peningkatan harga sehingga tahun 2012. Pada masa ini, pelabur-pelabur menunjukkan keresahan terhadap pasaran bon dan hutang negara. Di dalam kitaran pelaburan, apa yang mungkin berlaku ialah pasaran bon akan jatuh menyebabkan pelabur lari kepada emas dan perak.
Situasi ini ternyata dapat memberikan keuntungan kepada para pelabur emas yang bijak mengambil peluang untuk meningkatkan stok simpanan emas ketika harga emas murah.. 

Tetapi, sebelum membuat pembelian emas, saya syorkan anda membuat semakan terhadap harga emas dunia dan bandingkan harga-harga emas yang dijual di kedai-kedai emas dengan harga-harga emas yang dijual di laman-laman web syarikat pengeluar emas.. 

Biasanya harga emas yang dijual di kedai-kedai emas meletakkan harga emas berserta upah yang perlu di bayar oleh pembeli.. Sekiranya anda tidak mahir dalam selok belok membeli emas, terdapat kebarangkalian pekedai emas meletakkan harga upah yang agak tinggi.. 

Untuk menangani situasi ini, biasanya sebelum saya membeli emas, saya akan merujuk kepada senarai harga emas yang tertera di laman web GSR2U.com.my..  Ini Kerana emas yang dijual oleh syarikat GSR2U.com.my  biasanya tidak mengenakan kos upah.. Dan penghantaran adalah Percuma ke seluruh Malaysia (Tertakluk kepada terma dan Syarat).. 

Berikut merupakan senarai harga jualan emas dan Perak di Syarikat GSR2U.com.my  

Harga emas di atas mungkin akan berubah mengikut perubahan harga emas dan Perak Dunia.. Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang harga emas dan perak semasa yang dijual di laman web GSR2U.com.my.. Sila Klik Di Sini 

Berminat untuk mempelajari Ilmu Pelaburan Emas yang sebenar daripada Azizi Ali - Jurulatih Jutawan Malaysia?

Sumber : Klik Di Sini

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra