Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Berdasarkan pemerhatian saya di platform Threads, facebook dan sosial media yang lain, masih ramai yang tidak yakin dan ragu-ragu dengan pemilihan kursus yang telah mereka buat untuk melanjutkan pengajian di IPTA/IPTA/IPG/Matrikulasi/Politeknik/IKM/IKBN/Kolej Komuniti/ dan lain-lain.
Untuk makluman, Permohonan UPU bagi lepasan SPM telah ditutup pada 12 April 2026. Namun begitu, Permohonan Fasa Kemaskini bagi lepasan STPM/Setaraf masih dibuka sehingga 15 Mei 2026 pada jam 5.00 petang. Jadi, bagi anda yang telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam bidang-bidang tertentu, mungkin itu adalah tawaran yang terbaik untuk anda buat masa ini.
Kepada anda yang masih rasa ragu-ragu dan was-was dengan pilihan bidang untuk melanjutkan pengajian... Bagi pendapat peribadi saya yang telah pun berada di alam pekerjaan, saya sarankan supaya anda menyambung pengajian dalam bidang yang mempunyai peluang pekerjaan setelah tamat pengajian. Senang cerita, bidang yang senang dapat kerja dan mempunyai banyak peluang pekerjaan.
Sekiranya anda nak pilih menyambung pengajian dalam bidang yang anda minati semata-mata, tanpa melihat peluang pekerjaan yang menanti anda... Anda kena mempunyai sasaran selepas menamatkan pengajian untuk menjadi seorang usahawan yang mana anda menjadi seorang yang mencipta peluang pekerjaan. Bukan mencari Kerja.
Sekiranya anda nak pilih menyambung pengajian dalam bidang yang anda minati semata-mata, tanpa melihat peluang pekerjaan yang menanti anda... Anda kena mempunyai sasaran selepas menamatkan pengajian untuk menjadi seorang usahawan yang mana anda menjadi seorang yang mencipta peluang pekerjaan. Bukan mencari Kerja.
Dengan adanya teknologi AI pada hari ini lebih memudahkan untuk kita mengenalpasti bidang pengajian yang mempunyai peluang pekerjaan pada 4 atau 5 tahun yang akan datang (Anggaran Tahun anda menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda).
Berikut merupakan hasil yang saya perolehi daripada ChatGPT.
20 Pekerjaan Popular Tahun 2030 dan Kursus yang berkaitan
![]() |
| 20 Pekerjaan Popular Tahun 2030 dan Kursus yang berkaitan |
1) Data Scientist
- Kursus: Data Science, Statistik, Sains Komputer
2) AI Engineer
- Kursus: Artificial Intelligence, Kejuruteraan Perisian
3) Cybersecurity Analyst
- Kursus: Keselamatan Siber, IT, Sains Komputer
4) Doktor Perubatan
- Ijazah Perubatan (MBBS / MD)
5) Jururawat (RN)
- Kursus: Kejururawatan
6) Pakar Kesihatan Mental (Psychologist/Counselor)
- Kursus: Psikologi, Kaunseling
7) Fisioterapis / Rehabilitasi
- Kursus: Fisioterapi, Rehabilitasi
8) Jurutera Tenaga Boleh Baharu
- Kursus: Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal, Tenaga Hijau
9) Software Developer
- Kursus: Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer
10) UX/UI Designer
- Kursus: Reka Bentuk Interaktif, Multimedia Kreatif
11) Pakar Pemasaran Digital
- Kursus: Pemasaran Digital, Perniagaan
12) Content Creator / Influencer Strategist
- Kursus: Komunikasi, Media Digital, Pemasaran
13) Guru STEM / Pendidikan Khas
- Kursus: Pendidikan STEM, Pendidikan Khas, TESL
14) Genetic Counselor
- Kursus: Bioteknologi, Genetik, Sains Hayat
15) Jurutera Robotik
- Kursus: Mekatronik, Elektrik, Automasi Industri
16) Cloud Computing Specialist
- Kursus: Cloud Computing, Teknologi Maklumat
17) Data Analyst / Business Intelligence Analyst
- Kursus: Analitik Data, Statistik, Sistem Maklumat
18) Blockchain Developer
- Kursus: Sains Komputer, Kriptografi, Blockchain
19) E-commerce Specialist
- Kursus: Perniagaan Digital, Pemasaran, E-dagang
20) Sustainability Specialist / ESG Analyst
- Kursus: Sains Alam Sekitar, Pengurusan Lestari, ESG
Walaupun senarai di atas dihasilkan dengan menggunakan AI (ChatGPT), tetapi kita boleh melihat rasional bagi setiap senarai pekerjaan tersebut, sekiranya ia dikaitkan dengan keadaan semasa dan ekonomi semasa.
Untuk lebih detail, mungkin anda boleh melihat potensi dan peluang-peluang tersebut di beberapa platform yang ada menawarkan peluang pekerjaan seperti SPA, Job Street, dan lain-lain.
Kita juga oleh merujuk kepada senarai Panduan/Rujukan yang ada dikeluarkan untuk pekerjaan-pekerjaan tertentu -> Klik Di Sini
Rujukan/Panduan tersebut dihasilkan berdasarkan kepada "demand" atau permohonan yang tinggi terhadap pekerjaan tersebut. Tanpa adanya "demand", siapa yang sanggup nak menyediakan Panduan/Rujukan bagi pekerjaan tersebut... Betul kan?
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Info berkaitan:
- Akibat #COVID19 Bidang IT semakin mendapat tempat di hati LEPASAN SPM
- SENARAI 30 BIASISWA TERKINI 2026 LEPASAN SPM TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN SEGERA!!
- Hebahan Panggilan Temu Duga Calon-calon Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2026
- Senarai Jadual Temuduga SPA Bagi Bulan Mei 2026
- Peluang Kerjaya Lepasan STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Diploma : PENOLONG PEGAWAI ARKIB GRED S5 - ARKIB NEGARA MALAYSIA
- Tips dan Rujukan Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41
- 7 Kelebihan Menyertai AI Academy + 2 BONUS

0 Ulasan