Selasa, 17 Ogos 2021

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir.

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sudah menjadi satu kerisauan kepada para ibu bapa apabila usia anak-anak anda semakin meningkat tetapi masih tidak mampu untuk menghafal sifir.. 

Ini kerana menghafal sifir adalah asas penting yang diperlukan untuk menguasai Matematik..

Jika anak anda masih gagal untuk menghafal sifir walaupun rakan-rakan mereka sudah berjaya menghafalnya dengan mudah..

Adakah ini bermakna anak-anak anda kurang bijak ataupun ada sebarang penyakit yang menyukarkan mereka untuk menghafal sifir dengan lancar?

Rileks, ia bukanlah seperti apa yang anda fikirkan.. Setiap orang ada keistimewaannya dan cara pemahaman tersendiri dalam menghafal sifir.. Anda cuma perlu tahu sebab mengapa mereka tidak berjaya hafal sifir dan ketahui teknik yang berkesan untuk menghafalnya.. 
Teknik Menghafal Sifir
Teknik Menghafal Sifir. Sumber : Klik Di Sini


Berikut antara 5 sebab mengapa anak-anak anda sukar untuk menghafal sifir: 

#1 - Tidak Belajar Asas Sifir
Kurikulum pelajar pada hari ini adalah sangat padat dan dipenuhi dengan topik-topik baru.. Para guru selalunya terpaksa mengajar sedikit sahaja tentang asas menghafal sifir dan Matematik kerana risau mereka tidak cukup masa untuk mengejar tajuk-tajuk Matematik yang lain sebelum peperiksaan bermula..

#2 - Belajar Menghafal Sifir mengikut Turutan yang Salah
Semua menyangka bahawa perlu untuk mengajar mereka menghafal sifir mengikut turutan sifir 1,2,3 dan seterusnya, tapi sebenarnya ada cara yang lebih baik.. Anda perlu membimbing mereka dengan cara lebih strategik untuk hafal sifir - dimulakan dengan sifir 1, 2, 10, 5, 4, 3, 6, 9, 7, 8.. Ia mampu membina keyakinan dalam diri pelajar untuk menghafal sifir kerana, ianya bermula dengan sifir yang paling mudah dan berperingkat kepada sifir yang lebih sukar.

#3 - Kesilapan Dalam Teknik & Strategi Menghafal
Kita tahu bahawa strategi matematik adalah sangat penting untuk pendaraban.. Tapi jika kita menghafal sifir tanpa strategi yang betul dan berkesan, ramai pelajar terpaksa bergelut untuk menghafal sifir.. Berikan masa yang cukup untuk anak anda memahami sifir terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka menghafalnya..

#4 - Kurang Memahami "Commutative Property"
Kebiasaannya, para pelajar akan melihat nombor pertama sebelum mampu menjawab soalan berkaitan dengan sifir..  Sebagai contoh untuk sifir 7, 7x4 mungkin kelihatan agak susah untuk dijawab pada awalnya kerana 7 itu nombor besar.. Anak anda hanya perlu mengubahnya menjadi 4x7 untuk memudahkan mereka menjawab soalan sifir ini..

#5 - Tidak Melihat Perkaitan Antara Sifir
Jadual sifir darab adalah berkaitan antara satu dengan yang lain.. Anda boleh gunakan apa sahaja yang tahu untuk menyelesaikan setiap persoalan.. Ramai lihat 5x6 dan 6x6 adalah dalam jadual sifir yang berbeza, tapi realitinya 6x6 adalah kumpulan yang sama dengan 5x6 - hanya perlu tambah 6 untuk mendapatkan nilainya..

Anak anda mempunyai kebolehan yang unik dan sangat memerlukan cara terbaik dan terbukti berkesan untuk mendorong mereka menghafal sifir dengan lebih lancar.. Jika mereka mula menguasainya dengan cara yang betul, pasti tiada masalah pada masa depan..

Teknik yang paling berkesan untuk mendorong mereka menghafal sifir di rumah ialah dengan menggunakan teknik Flash Card dengan "Gaya MathMedic" yang diperkenalkan oleh Encik Osman Affan, seorang trainer yang mengajar cara untuk menguasai Matematik dengan mudah..

Dengan teknik hafal sifir "Gaya MathMedic" ini, anak anda pasti mampu menghafal sifir dengan lancar dalam masa 14 hari sahaja.. Malahan flash card yang dihasilkan juga tidak memerlukan sebarang modal untuk menghasilkannya..
Kini anak anda mampu mula menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas di rumah TANPA perlu menghantar mereka menghadiri sebarang tuisyen dan tanpa sebarang paksaan serta drama air mata lagi..

Bayangkan.. 14 hari daripada sekarang anak-anak anda mampu menghafal sifir dan menguasai Matematik dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.. Pasti para guru mereka berasa sangat terkejut melihat perubahan anak-anak anda!

Jom belajar cara menghafal sifir "Gaya MathMedic" yang mampu membantu anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas dalam 14 hari sahaja di: 


Semoga bermanfaat.


Info Berkaitan:

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra