Sabtu, 30 Disember 2017

Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan

with 21 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rasanya ramai yang dah tahu projek terbaru yang sedang saya bangunkan pada ketika ini..

Kalau ada yang belum tahu, mungkin setelah anda melihat cover ebook di bawah... anda tentu dapat agak projek terbaru yang sedang saya bangunkan untuk tahun 2018..



Ya betul!!

Saya sedangkan menyiapkan sebuah ebook bertajuk "Senarai Homestay di Malaysia". Ebook ini akan diupdate isi kandungannya sebulan sekali... bermaksud pada setiap bulan, setiap pemilik ebook ini akan dapat update terbaru ebook ini yang akan dihantar melalui email.

Apa yang terkandung dalam setiap update terbaru ebook tersebut?

Pada setiap bulan saya akan update 500 senarai homestay baru yang akan dimasukkan dalam ebook ini. Senarai homestay tersebut akan dimasukkan berdasarkan permintaan pemilik homestay atau maklumat yang saya terima daripada komen rakan-rakan di ruangan komen halaman download ebook ini..

Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan

Ok.. berbalik semula kepada tajuk post ini iaitu Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan...

Ya.. saya ada menyediakan sedikit peruntukan sebanyak RM500 untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan pembaca blog saya..

Daripada jumlah wang tunai RM500 ni, siapa yang rajin bolehlah dapat banyak sikit agihan tersebut berbanding rakan-rakan lain.. siapa yang tak rajin, boleh tolong tengok jer rakan-rakan lain buat kerja..

Syarat nak melayakkan dapat sebahagian daripada Agihan duit RM500 ni:

1) Download ebook Senarai homestay di Malaysia dengan mengikuti langkah-langkah berikut: (WAJIB!! Kalau tak download berkemungkinan akan jadi sia-sia usaha anda)

a) Cuma Perlu Klik pada link ini -> http://www.myhomestay4u.net/p/ebook-senarai-homestay.html 

b) Rujuk pada gambar di bawah:

Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik button "Download Ebook"

c) Semak email anda (Email yang anda isi dalam borang di atas). Cuba semak dalam "Inbox". Kalau tak ada dalam Inbox cuba semak dalam ruangan Spam

d) Klik link pengesahan yang terdapat dalam email tersebut.

e) Selepas itu, semak balik email anda... Cuba semak dalam "Inbox". Kalau tak ada dalam Inbox cuba semak dalam ruangan Spam

f) Email pertama yang anda terima merupakan pengesahan email. Email kedua yang anda terima mengandungi link download ebook..

2) Cari dekat google senarai homestay yang belum lagi dimasukkan dalam ebook senarai homestay di Malaysia

3) Anda taip maklumat homestay-homestay tersebut di ruangan komen post ini 
->  http://www.myhomestay4u.net/p/ebook-senarai-homestay.html 
(Boleh tengok contoh-contoh komen yang ada di page tersebut. Dalam setiap komen cuma perlu tulis maklumat bagi satu homestay sahaja)

4) Setiap satu homestay yang anda taip akan melayakkan anda mendapat bayaran sebanyak RM1.
Kalau anda berjaya taip sebanyak 100 homestay, maka wang tunai sebanyak RM100 akan menjadi milik anda.. (pastikan homestay yang anda taip tidak berulang, masih belum terdapat dalam ebook ini dan masih belum di taip oleh rakan-rakan peserta yang lain)

5) Sekiranya anda menulis maklumat homestay yang telah sedia ada dalam ebook atau dalam komen rakan-rakan lain, saya tidak akan membayar RM1 untuk Maklumat homestay tersebut. Dan komen bagi homestay tersebut akan saya delete. Tapi maklumat homestay-homestay lain yang anda taip akan dikira untuk pembayaran.

6) Maksimum jumlah bayaran yang akan saya bayar untuk kempen ini ialah sebanyak RM500.00 sahaja. Tak lebih dan tak kurang daripada RM500.00. Bermakna hanya 500 komen maklumat homestay sahaja yang akan di bayar. Jadi, siapa yang cepat dan pantas akan dapat sebahagian besar daripada jumlah peruntukan RM500 ini.

7) Senarai nama peserta dan pendapatan yang berjaya diperolehi akan dipaparkan dalam blog ini setelah cukup 500 senarai homestay yang diperlukan... dan maklumat pembayaran wang tunai juga akan diupdate dalam artikel tersebut.

Good luck semua.. selamat mencuba..

Semoga anda menjadi salah seorang penerima wang tunai yang disediakan dalam kempen ini..

21 ulasan:

  1. Sangat menarik!

    Siapa ada FREE time, boleh join.

    Tiberrr akhir tahun nii banyak pulak dateline ..

    BalasPadam
  2. menarik..sbb ada kawan yang ada homestay..nanti berkesempatan ciktom join..

    BalasPadam
  3. menarik..tapi nak tulis kat mana nama2 homestay tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda taip maklumat homestay-homestay tersebut di ruangan komen post ini
      -> http://www.myhomestay4u.net/p/ebook-senarai-homestay.html

      Padam
  4. menarik sekali proyek anda tuan semoga banyak yang join ini

    BalasPadam
  5. Dah join komen senarai homestay..tp xdpt nak show semua komen sediada dalam pages..pluss komen sendiri pun xnampak..haha...

    BalasPadam
  6. Semoga kita semua dimurahkan rezeki pada tahun hadapan 2018. semoga dipermudahkan semua urusan tuan admin

    BalasPadam
  7. Banyak tu RM500. Semoga dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  8. Waa menarik. InsyaAllah saya akan cuba pada masa terluang.

    BalasPadam
  9. Semoga kita semua dimurahkan rezeki pada tahun hadapan 2018

    BalasPadam
  10. pergh...antara peluang yang sangat menarik ditawarkan oleh tuan untuk menjana duit

    BalasPadam
  11. menarik cara ni..win-win situation ni.. malam ni nak start buat la..

    BalasPadam
  12. Awal tahun baru 2018 dah dihidangkan dengan peluang nak buat duit :) siapa grab tawaran ni untung la.

    BalasPadam
  13. Whoa kena rajin.. peluang mudah bagi yg nak cari extra income, kan!

    BalasPadam
  14. Bila announce nama yg bertuah tu? Takut terlepaas 😊

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra