Jumaat, 13 Mei 2016

Selamat Hari Guru 2016

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan pembaca blog ini... Tak kiralah anda menjadi guru secara Rasmi atau tidak rasmi... 

Terutamanya buat isteri saya Norsuzana Zakaria yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik...
...
Semoga terus sabar dan tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik... In Shaa Allah, mendapat kejayaan di dunia dan akhirat... 

"Tema Hari Guru 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat hari Guru 2016
Selamat Hari Guru 2016

"Guru, Cikgu, Ustaz, Sifu, teacher, sensei, 教師, 老師, शिक्षक, معلم.. 
Walau apa pun PANGGILAN KAMI,Tugas Kami adalah MENDIDIK!.. 
Asal sahaja anda mempunyai Kelebihan berbanding orang lain,anda akan dipanggil Guru, Cikgu, Ustaz, Sifu, Teacher, Sensei dan sebagainya.... 
Tidak kiralah anda benar-benar seorang guru... ataupun anda mempunyai kelebihan pengetahuan/pengalaman dalam bidang masing-masing seperti Sains, Muzik, Pemasaran, Pelaburan, Perniagaan, penulisan, Seni Kreatif, Fesyen dan sebagainya.... 
Asal sahaja anda mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang yang anda ceburi,Anda layak mendapat panggilan-panggilan tersebut... 
- Guru, teacher, ustaz, ustazah yang kita kenali di sekolah... sudah pasti merupakan seorang guru.... 
- Ibu dan bapa dirumah yang mengajar kita erti kehidupan... juga salah seorang guru dalam hidup kita.... 
- Pengasuh yang menjaga kita sewaktu kecil.apabila ibu bapa keluar bekerja... juga merupakan salah seorang guru dlm hidup kita.... 
- Jadi, tak mustahil apabila seorang Penyanyi walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi, tapi boleh dapat Title Sifu!.. 
- Pelabur Hartanah berjaya walaupun tidak mempunyai pekerjaan tetap, boleh dapat Title Sifu.... 
- Tak Hairanlah ada Surarumah Tangga Sepenuh masa Duduk rumah jaga anak sambil pakain kain pelekat... kemudian  menulis Blog, boleh dapat Title Sifu.... 
- Tak hairanlah ada orang duduk dekat rumah goyang kaki, tapi pakar dalam pemasaran internet... boleh dapat Title Sifu.... 
Asal sahaja anda mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu..anda layak mendapat gelaran Guru, Cikgu, Sifu, Teacher, Sensei dan sebagainya.... 
TAHNIAH dan TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran.... 
Perkongsian pengalaman anda, pastinya sangat dihargai oleh MEREKA YANG MEMERLUKAN.... 
P/S : Tag sesiapa sahaja yang layak anda panggil guru, cikgu, ustaz, ustazah, sifu, teacher, sensei dan sebagainya.." 
Sumber : https://www.facebook.com/Coretananuar/

..
Share jika Bermanfaat..

9 ulasan:

  1. Selamat hari guru kepada semua cikgu2 yang dah mendidik gua ketika di sekolah.. tak lupa jugak pada cikgu2 online.. ehehe

    BalasPadam
  2. tanpa cikgu, kita surely takkan belajar dengan sendiri walupun diberikan sebuah buku text.

    alhamdulillah, dalam doa saya masih mendoakan untuk guru-guru saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Semoga dapat melakukan amalan baik ini secara berterusan.... In Shaa Allah ada keberkatannya di dunia dan di akhirat.....

      Padam
  3. selamat hari guru.. ungkapan yang patut diucapkan pada cikgu kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ungkapan yang wajib diucapkan pada 16 Mei setiap tahun..

      Padam
  4. selamat hari guru buat semua guru-guru seluruh Malaysia..Walaupun dah lama meninggalkan alam persekolahan, jasamu tetap dikenang sampai bila2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah juga dengan saya... Walaupun saya bukan seorang guru, tetapi seorang pendidik.... tetapi rasa terharu bila ada bekas student ucapkan selamat hari guru kepada saya..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra