Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Semalam dengan izin Allah S.W.T, saya telah bertemu dengan Room Mate semasa belajar di KUiTTHO dulu... Azlan namanya.. atau lebih dikenali dgn nama glamor Wak Lan..

Dah lebih 10 tahun kami tak pernah berjumpa... 

Kali terakhir berjumpa, rasanya pada tahun 2005... Masa tu saya dan isteri masih belajar di KUiTTHO lagi... Tengah ambil master Edu.. 

Azlan pula masa tu dah bekerja... Tapi Sekali-sekala rajin juga dia turun ke Parit Raja... Betul Kata orang "Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat Belajar".. ;)

jejak kasih alumni uthm
Sempat Berselfie.. Untuk dijadikan Kenangan setelah lebih 10 tahun tak berjumpa...

Nak dijadikan cerita... Semalam Azlan baru balik bercuti bersama isteri di Lumut Perak..

Dalam perjalanan pulang tu dia lalu dekat kawasan Kampung Gajah, Perak.. Tak jauh dari rumah emak saya..

Masa tu dia teringat Kampung saya ada berdekatan dengan kawasan ini... Jadi, dia pun cuba cari nombor contact terkini saya di facebook... Maklumlah nombor lama saya dah tak digunakan lagi semenjak saya Bertugas Di Mukah Sarawak.. 

Kebetulan pula, masa tu saya sedang 'berfacebook'.. Saya baca mesej yang beliau hantar... "Urgent, nak nombor telefon saya segera!"

Saya pun bagi nombor phone saya pada beliau... Dalam masa seminit lepas tu dia call saya.. Bagi tahu dia ada dekat Kampung Gajah...

Jadi, memang cantik sangatlah... Kami pun setting tempat nak berjumpa.. lepas tu saya pun pergi ambil dia, dan bawa ke rumah emak saya di kampung...

Walaupun pertemuan kali ni sangat singkat... Cuma 2 jam sahaja... Tapi sempatlah bertanya khabar berita.. Bertanya tentang perkembangan masing-masing... Perkembangan kawan-kawan lama.. dan lain-lain..

10 tahun dulu saya sorang-sorang jer... Sekarang ni dah ada 4 orang askar...

Yurp...

Setelah lebih 10 tahun berlalu.. Masing-masing dah berubah... Dah tak sama macam dulu... Masing-masing dah ada tanggungjawab sebagai ketua keluarga... dan juga pelbagai urusan di tempat kerja..

Badan pun masing-masing dah naik... Dah tak slim macam masa muda-muda dulu... hehehe.. ;)

Gambar saya dan Azlan (Wak Lan) masa muda-muda dulu, dirumah sewa kami di Parit Raja, Johor.
Sumber : Klik Di Sini

Semoga pertemuan pada kali ini, dapat mengeratkan semula siratulrahim di antara dua sahabat lama yang dah lama tidak bersua muka...

10 tahun bukan satu tempoh yang singkat... Dalam tempoh 10 tahun macam-macam perkara boleh berlaku..



Terima kasih saya ucapkan kepada Azlan (Wak Lan) dan isteri kerana sudi singgah dirumah emak saya di kampung... Lain kali kalau ada program/bercuti/mesyuarat dekat kawasan Lumut/Manjung/Setiawan bolehlah roger-roger saya...

In Shaa Allah, kalau ada dekat kampung masa tu, boleh kita berjumpa lagi... ;)

Info Berkaitan: