Isnin, 16 Mei 2016

Jalan-jalan Cari Makanan di Din's Cafe Sungai Besar dan Kek Coklat yang Gebu dan Sedap by Puan Isteri

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sabtu Ahad baru ni, kami tidak bercadang untuk kemana-mana.. disebabkan anak-anak nak periksa pertengahan tahun pada minggu ini.

Perancangan awalnya macam tu lah....

TAPI...

Baru teringat Hari isnin Hari guru... Anak saya yang sulung, Haikal siap dah pesan awal-awal... 


"Ustazah kata jangan bagi dia hadiah bunga... sebab nanti pasu bunga pecah"

Bila Ustazah dah cakap macam tu, faham-faham jerlah... Ada maksud tersirat dan tersurat...

1. Maksud tersurat - Jangan bagi hadiah bunga pada hari guru nanti.

2. maksud Tersirat - Jangan lupa bawa hadiah pada hari guru nanti.

So, saya dan isteri pun luangkan masa cari hadiah hari guru bersama anak-anak. Tak pergi jauh pun, setakat cari hadiah dekat Sungai Besar jer..

Sebelum tu perut rasa lapar... Pergi jalan-jalan cari makanan dulu...

Puan isteri teringin nak makan Chicken Chop, jadi singgahlah Din's Cafe Sungai Besar... Dekat sana ada Chicken Chop, lamb Chop, Spagetti, Sup Cendawan, dan lain-lain... Yang pasti, semuanya cukup menyelerakan... ;)

Lamb Chop sedap di Din's Cafe Sungai Besar
Lamb Chop sedap di Din's Cafe Sungai Besar.. Harga RM19.00/set

Spagetti Carbonara dan Lamb Chop sedap di Din's Cafe Sungai Besar
Haikal begitu berselera menikmati Lamb Chop dan Spagetti Carbonara di Din's Cafe Sungai Besar

Chicken Chop sedap di Din's Cafe Sungai Besar
Chicken Chop sedap di Din's Cafe Sungai Besar

Ya... Memang semua makanan yang dihidangkan di Din's Cafe Sungai Besar sedap-sedap belaka... First Time datang sini, rasa macam nak datang lagi...

Naila, anak perempuan saya... siap minta tambah lagi semangkuk Sup Cendawan... Sup cendawan tambahan lambat sampai, sempatlah dia mengamuk minta dukung... huhuhu

Wajah Naila sebelum mengamuk sebab Sup Cendawan tambahan lambat sampai.... Nampak comey jer... 

Waktu tengah mengamuk, tak usah nak cakap lah... Nak ambil gambar dia pun tak sempat... :( 

Ok... Tamat sudah Cerita untuk Hari Sabtu... Maaf tak sempat nak ambil gambar hadiah hari guru... :( 

Hari Ahad pula tak ada kemana-mana.. Suruh anak baca buku mana yang patut, sambil puan isteri buat kek Coklat yang gebu dan sedap untuk anak-anak...

Dan inilah hasilnya...

Kek Coklat yang Gebu dan Sedap
Kek Coklat yang Gebu dan Sedap by Puan Isteri

Kek Coklat Strawberry yang Gebu dan Sedap
Kek Coklat + Topping Strawberry yang Gebu dan Sedap by Puan Isteri

Betapa gembiranya anak-anak, apabila melihat hasil kek Coklat yang isteri saya masak... 

Terus tak sabar nak makan... Tak tahulah sebab excited nak makan Kek Coklat ataupun semata-mata nak makan Strawberry... ;)

2 potong Kek Coklat yang Gebu dan Sedap
2 potong Kek Coklat yang Gebu dan Sedap

Tak kisahlah... Yang penting mereka suka... Dan tidak dinafikan, sememangnya Kek Coklat ni sedap... 

Kalau tak percaya, me lah try... hehehe.... ;)




Ok.. Itu sahaja yang menarik tentang cerita kami pada hari Sabtu dan Ahad baru-baru ni.... Jumpa lagi di lain waktu... 

Selamat hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru yang membaca entri ini... ;)

Info Berkaitan:

6 ulasan:

  1. nampak sedap lamb chop tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun... Banyak pula tu... Makan sorang2 memang kekenyangan dibuatnya....

      Padam
  2. Sudah lama tidak ke Sungai Besar. Lain kali ke sana boleh singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau datang Sg. Besar bolehlah roger-roger... Mana tahu saya free masa tu.. Bolehlah kita berjumpa....

      Padam
  3. sedapnya kek coklat..tapi jarang nak buat sebab saya sorang2 je makan..suami dan anak2 suka cheese.Last2, beli je satu slice kalau teringin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun lebih suka Cake Cheese berbanding Cake Coklat... Tapi, bila isteri buat apa sahaja Kek, saya tetap akan makan.... Sebagai menghargai usaha dia buat kek untuk anak-anak.. ;)

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra