Selasa, 22 Mac 2016

Renovate Rumah Subsale Corner Lot RM140K untuk dijadikan homestay

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ni, ayah mertua saya ada terjumpa dua buah rumah Subsale Corner lot yang ingin dijual pada harga RM140K. Kedudukan kedua-dua rumah ini, saling berhadapan diantara satu sama lain.

Keluasan rumah takderlah besar sangat.. Tapi lot tanah tepi tu, boleh tahan juga besarnya..

Ayah mertua saya berminat untuk membeli salah satu daripada rumah Corner lot tersebut. Kemudian, beliau mencadangkan kepada saya dan isteri supaya membeli rumah rumah yang sebuah lagi... 


Rumah Subsale Corner Lot RM140K dalam pembinaan untuk dijadikan homestay


Tapi sayangnya, keadaan kewangan kami tidak mengizinkan pada ketika ini.. Setelah kami membeli sebuah rumah Corner Lot 2 tingkat yang terletak di Seri Iskandar Perak

Ya... Bila difikirkan balik memang rugi, sebab kami tak dapat nak membeli Rumah Corner Lot Subsale pada harga RM140k ni... Murah kot..

Tapi nak buat macamana... Bukan rezeki kami.. 



Jadi, ayah mertua saya meneruskan niatnya untuk membeli rumah subsale corner lot ini...

Sebaik sahaja geran rumah berpindah milik, tanpa membuang masa.. ayah mertua saya terus renovate rumah ini, untuk dijadikan sebagai Homestay.

Proses Renovate Rumah bermula

Renovate Pagar Rumah.. Pandangan dari sisi

Renovate Pagar dan bahagian Dapur Rumah... Pandangan dari sudut sisi rumah

Renovate Pagar dan bahagian Dapur Rumah.. Pandangan dari belakang rumah

Anilah hasilnya bila binaan pagar rumah telah siap... Tinggal nak cat jer lagi..

Di bahagian dalam rumah pula, ayah mertua saya plaster Syiling pada bahagian ruang tamu dan bilik... 

Hasil selepas plaster Syiling selesai dilakukan pada bahagian ruang tamu... Kipas syiling pertama sudah siap dipasang ketika gambar ini diambil.

Hasil selepas plaster Syiling selesai dilakukan pada bahagian ruang tamu... Kipas syiling kedua masih belum dipasang ketika gambar ini diambil.

Nak tahu hasil selepas proses renovation selesai dilakukan? Boleh baca sambungan entri seterusnya... Tunggu...

4 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra