Rabu, 16 Mac 2016

Marvel Restaurant di JPH PSIS... (Semalam Punya Cerita)

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hajat di hati pada minggu ni... nak merasa masakan student Program Diploma Hotel dan Katering, JPH, PSIS..

Salah satu sebabnya, untuk memenuhi jemputan salah seorang bekas student Kelab catur pada semester lepas... Masdiana namanya... orangnya comel.. chiness look.. sedap mata memandang... berbudi bahasa, tuturkatanya pun sopan.. antara student ahli kelab catur yang agak rapat dengan saya...

Masdiana ni memang rajin promote aktiviti masak-memasak kelas beliau yang diadakan pada setiap hari Selasa, dalam Group Whatssapp kelab Catur... ;)

Marvel Restaurant di PSIS pada 15 Mac 2016 (Selasa)

Ya... Pada awalnya memang teruja betul nak pergi.... Siap saya dah maklumkan kepada Puan Isteri...

Kebetulan pula, Masdiana join Pertandingan Catur yang saya anjurkan pada Hari Sabtu (12 Mac 2016)... Masa tu sempat sembang-sembang tentang aktiviti masak-memasak kelas beliau pada minggu ni..

Antara topik perbualan kami di Whats App tentang aktiviti masak-memasak kelas beliau.. ;)


Tiba di hari kejadian....

Jemmm...

Puan isteri teringin pula nak makan Ikan Siakap Sweet Sour... Sepatutnya saya beli ikan Siakap ni pada Hari isnin... Tapi,  pada hari tersebut, saya dah terbeli ikan Kembung... huhuhu...

So, kena ganti beli ikan Siakap pada hari Selasa... 



Bila puan Isteri masak ikan Siakap dekat rumah... Takkanlah saya tak balik, makan masakan puan isteri.... Betul tak?

Nampaknya, terpaksa cancel merasa masakan Student saya pada minggu ni.... 




Senarai menu di Marvel Restaurant di JPH PSIS
  • Black Paper Chicken Burger
  • Black Paper Beef Burger
  • Fried Chicken Burger
  • Roasted Chicken 
  • Breaded Chicken 
  • Chicken Submarine
  • Black Paper Meatball

So... Kempunanlah saya nak makan Burger Special... hasil masakan student saya.... Huhuhu...

Tak per....  Mujur minggu depan ada lagi.... Kali ni menu yang lain pula... 

In Shaa Allah.... Harap ada rezeki saya pada minggu depan..


4 ulasan:

  1. Love your story. Thank you for sharing :)

    BalasPadam
  2. marvel, tapi kenapa superman dan batman..hehehe

    BalasPadam
  3. Dengar je nama Marvel, terus terbayangkan watak-watak kartun dari Marvel Comics.

    Cuma peliknya, Batman dengan Superman tu bukan dari Marvel ho ho dorang tu dari DC Comic

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra