Khamis, 24 Mac 2016

Dekorasi Rumah Bajet By Puan Isteri dan Adik Ipar

with 8 comments
Memiliki rumah idaman yang cantik, kemas dan selesa merupakan impian setiap orang. Konsep "Rumah ku Syurgaku"  akan dapat diterapkan kepada seluruh ahli keluarga, apabila rumah kita sentiasa kelihatan kemas, cantik dan Selesa. Disebabkan itu, Dekorasi Rumah sudah menjadi satu keperluan pada hari ini.

Untuk mendekorasi Rumah, tidak semestinya kita perlu mengeluarkan Bajet yang besar. Sediakan bajet mengikut kemampuan kita sudah memadai, asalkan kita berpuas hati dengan hasil Dekorasi yang kita inginkan.    

Justeru itu, dalam entri kali ni saya nak kongsi pengalaman Dekorasi Rumah Bajet By Puan Isteri dan Adik Ipar saya.


Dekorasi Ruang Tamu
Dekorasi Rumah Bajet By Puan Isteri dan Adik Ipar

Pada 2 minggu lepas kami baru sahaja berpindah rumah. Sebelum ini, kami menyewa rumah yang terletak sejauh 25 KM dari tempat kerja saya dan sekolah anak-anak. Untuk menjimatkan kos minyak kereta dan mengelakkan daripada terkejar-kejar pada waktu pagi sewaktu menghantar anak ke sekolah, kami telah mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Rumah yang baru kami duduki ini terletak berdekatan dengan tempat kerja dan dalam 3km dari sekolah anak-anak.

Oklah. Meleret pula cerita tentang kami berpindah rumah.. Hehehe.. Untuk tidak memanjangkan entri ini, saya akan kongsikan kisah kami berpindah rumah dalam entri yang lain. Dalam entri kali ni cuma nak kongsi pengalaman Dekorasi Rumah Bajet yang telah dilakukan oleh isteri saya dan adik ipar saya.

Hampir semua tempat dalam rumah kami sekarang ni telah selesai di buat dekorasi. Kecuali master Bed Room (Bilik Tidur Utama), disebabkan tak cukup masa. Lagipun master Bed Room tersebut kami putuskan untuk dijadikan tempat tidur tetamu seperti emak ayah, adik beradik dan saudara mara. Jadi, buat masa sekarang ni kami tak sempat lagi nak buat dekorasi dekat ruang tersebut. 

Jom kita tengok Hasil Dekorasi Bajet yang telah dilakukan oleh Puan Isteri dan adik ipar saya.


Dekorasi Ruang Tamu Pertama 


Berikut merupakan gambar-gambar dekorasi ruang tamu. Maaf sebab kualiti gambar kurang memuaskan.

Dekorasi Rumah Bajet
Derkorasi Bajet Ruang Tamu Pertama


Dekorasi yang ringkas. Dinding di sebelah kanan Sliding Door dihiasi dengan wall paper, Frame gambar keluarga, Kabinet Jati tempat untuk meletakkan TV, ASTRO Decoder, dan sedikit hiasan.

Dekorasi Ruang Tamu Bajet

Dinding di sebelah kiri Sliding Door dicat dengan menggunakan warna "Ginseng" dan seterusnya dihiasi dengan Frame Koleksi Seni Khat Kufi, Perabot Jati, dan sedikit hiasan. 

Manakala, pada bahagian tengah pula dihiasi dengan Karpet kecil, meja dan bunga hiasan.

Dekorasi Rumah Bajet
Gambaran Keseluruhan Dekorasi Bajet untuk Ruang Tamu Pertama.

Pasang Wall paper Bajet
Koridor Tengah yang menghubungkan Pintu Ruang Tamu Pertama ke master Bed Room, Dapur, Ruang Tamu Kedua, Master Bed Room Kedua, Bilik Tidur Anak Lelaki dan Bilik Tidur Anak Perempuan.


Dekorasi Ruang Tamu Kedua

Ruang Tamu Kedua menjadi tempat untuk kami sekeluarga berehat. Ini disedbabkan ruang Tamu Kedua menghubungkan Master Bed Room Kedua, Bilik Anak lelaki dan Bilik Anak Perempuan.

Jadi, memudahkan kami untuk memantau anak-anak sambil beristirehat di sini.


Dekorasi Ruang Tamu 2
Derkorasi Bajet Ruang Tamu Kedua


Seperti juga ruang tamu Pertama, Dinding di sebelah kanan Sliding Door ruang Tamu kedua dihiasi dengan wall paper. Kemudian diikuti dengan Kabinet kecil untuk menyimpan permainan anak-anak, TV (di gantung pada dinding), dan sedikit hiasan.

Dekorasi Ruang Tamu Bajet 2
Gambar ini ditangkap dalam keadaan Baby Aisy tengah tidur di atas lantai.

Dinding di sebelah kiri Sliding Door kedua juga dicat dengan menggunakan warna "Ginseng" dan seterusnya dihiasi dengan jam dinding.

Pada bahagian tengah, hanya dibentangkan Karpet Patchwork Cotton dan dihiasi dengan koleksi bantal-bantal kecil.


Dekorasi Bajet Bilik Tidur anak lelaki

Dekorasi bajet Bilik Tidur Haikal dan Adam.... Coming Soon Baby Aisy Firash pun bolah join sekali..

Dekorasi Bilik Tidur Anak
Katil 2 tingkat + Extra Katil Tarik untuk bilik tidur anak lelaki.

Disebabkan kami ada 3 orang anak lelaki , jadi katil ini memang sesuai diletakkan dalam bilik mereka. Tangga katil ini menjadi tempat letak beg mereka, manakala laci-laci yang terdapat pada setiap tingkat tangga katil dapat dijadikan tempat untuk menyimpan buku sekolah Haikal dan Adam. 

Dekorasi Bilik Tidur Anak 2
Meja Kecil untuk anak-anak belajar dan wall paper sebagai penghias bilik tidur anak lelaki

Wall Paper juga digunakan untuk menceriakan Bilik Tidur anak lelaki, disamping meja kecil untuk anak-anak belajar. Harapnya macam tulah. Setakat ni lebih banyak bermain daripada belajar. Huhuhu..


Dekorasi Bajet Bilik Tidur anak Perempuan

Bilik Tidur Naila (My Only Princess).. Yurp!! Kami cuma ada seorang sahaja anak perempuan. Jadi, bilik tidur kecil ini sesuai untuk Naila.

Dekorasi Bilik Tidur Anak Perempuan
Katil Single dan Karbinet untuk bilik tidur anak Naila.

Bilik tidur ini hanya dihiasi dengan katil single dan Karbinet pakaian yang ringkas. Simple kan?

Kalau naila dah besar nanti, mungkin dia boleh gunakan meja abang-abang dia untuk belajar, disamping boleh juga belajar dekat Ruang Tamu kedua.


Dekorasi Bajet Master Bed Room Kedua

Sama juga seperti bilik Tidur anak lelaki, Master Bed Room Ke dua dihiasi dengan wall paper di satu bahagian dinding. Manakala bahagian dinding yang lain dicat dengan wrana ginseng. 

Dekorasi Bilik Tidur Utama
Katil Queen Size, Almari Solek, Meja Kecil antara yang menghiasi Master Bed Room kedua.

Dekorasi Master Bed Room

Dekorasi yang ringkas untuk bilik tidur kedua. Yang pasti, memberi keselesaan kepada kami.


Dekorasi Dapur

Akhir sekali, Dekorasi Bajet untuk Dapur...

Dekorasi Dapur
Sekadar Wall paper sebagai hiasan pada dinding dapur

Dekorasi Dapur Bajet
Dekorasi bajet yang ringkas dan murah untuk menceriakan dapur.


Syukur Alhamdulillah...

Akhirnya isteri dan adik ipar saya berjaya menyiapkan Dekorasi Bajet rumah kami. Paling merisaukan dan mencabar sebenarnya ketika nak pasang Wall paper. Ingat senang ke nak pasang Wall Paper? Terutamanya memasang wall paper yang berbunga. Kalau tersalah pasang wall paper ni, boleh jadi tak sepadan coraknya.


Berkat kesabaran Puan Isteri dan adik ipar, akhirnya mereka berjaya memasang kesemua wall paper tersebut.

P/S: Siapa yang teringin nak mendapatkan lebih banyak idea dekorasi Bajet, bolehlah klik pada banner di bawah.. Pastinya, ia sangat membantu

8 ulasan:

  1. Wah, memang suka pakai wallpaper yang dinding tu ek.. meriah...

    BalasPadam
  2. bab dekorasi rumah ni, abah saya expert! hehe

    BalasPadam
  3. Ada anak-anak yang kecil sukar untuk menjaga susun atur rumah. Selalu sahaja berubah dek anak-anak. Tunggu besar sedikit untuk atur dan akan kekal kemas. :)

    BalasPadam
  4. Wah menarik, kemas dan memang sesuai gaya dekorasi yang isteri aplikasi kan tu....tak sabar pula saya nak pindah rumah baru

    BalasPadam
  5. dekorasi dan perpaduan warna yang di ciptakan sangat menarik, membuat semakin nyaman untuk berlama-lama didalam rumah

    BalasPadam
  6. dekorasi sebenarnya tidak perlu berbelanja besar..
    tuan kalau ada kelapangan mohon isi kajiselidik saya ni http://bit.ly/sistem_sewa

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra