Rabu, 2 Disember 2015

Nasi Ayam Penyet dan Pecel Leleh Sedap di Kedai Bakso Goyang Lidah..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kedai Bakso Goyang Lidah merupakan antara kedai makan yang menjadi sebutan rakan-rakan sekerja saya..

Kedai makan ni takderlah besar mana... Setakat kedai kampung jer... 

Tapi.... ramai rakan-rakan saya suka pergi ke kedai ini, disebabkan keenakan masakannya...

Kalau nak diikutkan, dah banyak kali saya teringin nak singgah ke kedai ni... Tapi tak pernah kesampaian...


Sehinggalah baru-baru ni... Isteri saya mengajak kami sekeluarga makan tengahari di kedai ini.... Alhamdulillah, sampai juga akhirnya kami di sini... hehehe...

Makanan paling disukai ramai dekat Kedai Bakso Goyang Lidah ialah Nasi Ayam Penyet dan Pecel Leleh...

Nasi Ayam Penyet Sedap di Kedai Bakso Goyang Lidah.. Sabak Bernam, Selangor

Sebaik sahaja sampai ke kedai tersebut, kami terus order kedua-dua makanan ini... Haikal kongsi dengan Adam makan Nasi Ayam Penyet... Saya kongsi dengan Naila juga makan nasi Ayam Penyet... Manakala isteri saya makan Pecel Leleh.. 

Pecel Leleh Sedap di Kedai Bakso Goyang Lidah.. Sabak Bernam, Selangor

Adam dan Haikal berkongsi sepinggan Nasi Ayam Penyet..

Naila malu-malu kucing nak makan Nasi Ayam Penyet...

Sambal Nasi Ayam Penyet dan Pecel Leleh ni memang sedap... Ada yang kata cili yang digunakan untuk menghasilkan sambal tersebut digiling... Sebab itu rasanya berbeza dengan sambal nasi ayam penyet yang pernah saya makan sebelum-sebelum ni.. 

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati makan dekat Kedai Bakso Goyang Lidah ni... Isteri suka, anak-anak pun suka... Syukur Alhamdulillah... ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra